Penderita Resdung, Ini 7 Tip Redakan Sakit Ikut Saranan Doktor ENT

Derita penyakit resdung bukan ‘kecik-kecik anak’ sakitnya. Bila dia datang boleh jadi penderita resdung akan bersin tak berhenti, bernafas saja pun sudah berbau dan macam-macam lagi simptom yang pesakit alami.

Orang lain cuma boleh memerhati dan simpati. Yang menanggungnya penderita itulah sendiri. Jadi, sebelum melarat, sebelum anda sumbat hidung itu dengan macam-macam rawatan yang bukan-bukan..

Hadamkan kemas-kemas 7 panduan selamat yang Doktor telinga, hidung dan tekak (ENT), Dr Ezairy M.Sallih kongsikan ini.

 

Penderita Resdung, Ini 7 Tip Redakan Sakit Ikut Saranan Doktor ENT

7 Tip Untuk Pesakit Resdung

Anda seorang pesakit resdung? Kerap gatal-gatal dan tersumbat hidung?

Ini 7 Tip untuk pesakit resdung

IKLAN

1. Konsisten dengan ubat yang doktor beri.

2. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan simptom anda menderita resdung makin menjadi-jadi. Doktor sendiri sukar untuk mengenalpasti, berbanding pesakit.

3. Ujian allergic skin test boleh membantu mengenalpasti punca alahan.

4. Elak segala punca yang menyebabkan gejala resdung anda datang.

IKLAN

5. Elakkan segala rawatan yang bukan-bukan di luar sana. Patuhi kebersihan dalam merawat penyakit anda.

6. Elakkan di kawasan habuk, ramai orang, kawasan tertutup yang tiada ruang pengudaraan, cuaca sejuk dan lain-lain.

Cuaca sejuk akan merangsang cholinergic system dan menyebabkan engorgement of blood vessel in the nose dan menyebabkan penghasilan lebih mukus. Kita sebut sebagai cold-induced rhinitis. Boleh rujuk sini dan ada beberapa journal lain. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/24239316/

IKLAN

Ada juga pesakit yang sensitif kepada perubahan cuaca dan akan menyebabkan simptom bertambah kepada pesakit.

7. Pembedahan diperlukan atas nasihat doktor bergantung gejala anda alami.

Sebar-sebarkan info ini. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.

 

 

Sumber/Foto : Dr Ezairy M.Sallih (Doktor telinga, hidung & tekak), says.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI