11 tahun tempoh perkenalan dan 3 tahun tempoh menyimpan duit kahwin dalam menghalalkan seorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan satu tempoh yang sekejap.Kepuasan pastinya dapat dirasai apabila gigih berusaha sendiri, tanpa mengharapkan bantuan kewangan daripada kedua mak ayah untuk mengadakan majlis perkahwinan mahupun belanja urusan hantaran ini.
Pecah Tabung Buluh “Lemang Duit”
Dalam satu perkongsian yang sedang viral di TikTok ‘Paansam’, lelaki ini dan beberapa orang ahli keluarga sedang mengira selonggok timbunan wang kertas nilai RM20, RM10 dan RM5.
Lelaki ini juga berkongsi detik memecahkan sebanyak 5 buah tabung daripada batang buluh yang dinamakan “Tabung Nak Kawen” setelah berusaha gigih selama 3 tahun untuk menyimpan duit di dalamnya.
Alhamdulillah, penantian selama 11 tahun berkenalan dengan pasangan hati, akhirnya pasangan ini berjaya diijabkabulkan baru-baru ini.Tahniah!
Ads
Rezeki Selepas Kahwin
Sementara itu, Paan juga menambah berkat rezeki selepas kahwin juga melimpah ruah. Tawaran kerja sebagai Deejay di kenduri majlis perkahwinan juga penuh.
Ramai yang berkongsi rasa terharu dengan kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit untuk belanja kahwin, malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit demi tujuan menghalalkan pernikahan dengan pasangan tercinta wajar dijadikan inspirasi buat anak muda lain. Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya.
“Kumpul sikit demi sikit, untuk kegunaan terdesak.” Alhamdulillah akhirnya barang kemas ditemui semula oleh pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Prai.
Atas kegigihan mereka, barang kemas yang hilang ditemui semula. Benarlah jika masih rezeki tuannya, ianya akan kembali semula. Syukur Alhamdulillah.
“Pada awalnya saya reda bila barang kemas tersilap buang itu tidak ditemui, namun siapa sangka Wira Oren (pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai) sanggup berkorban masa dan tenaga mereka membantu menggeledah timbunan sampah untuk mencari sehingga ditemui semula,” kata Rohaya Ismail.
Rohaya, 31, yang juga anggota polis di Balai Polis Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang, berkongsi mengenai perkara itu melalui Facebook (FB) miliknya sehingga tular dan mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan mulia sekumpulan pekerja MBSP itu.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia yang membuang lampin pakai buang anaknya tidak menyedari turut terbuang sekali satu beg kecil mengandungi sejumlah emas miliknya yang dibeli dan disimpan sejak berusia 18 tahun.
“Barang kemas itu sangat bermakna kerana saya bukan berasal dari keluarga senang. Ayah meninggal dunia masa usia saya 14 tahun dan saya cuba mengumpul emas itu sedikit demi sedikit semasa bekerja kilang untuk kegunaan masa terdesak.
“Saya tidak tahu macam mana boleh terbuang, sebaliknya sedar beg kecil itu hilang pada 7.45 pagi semalam dan masa itu memang rasa hendak menangis sebab emas itu begitu berharga.
“Kebetulan abang saya ingin pergi buang sampah pada 9 pagi hari sama dan saya minta dia tolong cari, tetapi tidak jumpa. Abang pergi berjumpa lori MBSP tidak jauh dari kuarters yang saya didiami yang mereka (pekerja) minta pergi ke depo pembersihan di Tasek Gelugor,” katanya lagi.
Menurutnya, dia tidak menaruh harapan tinggi sama ada barang kemas miliknya itu ditemui semula, tambahan pula bukan mudah untuk mencarinya disamping tidak boleh sewenang-wenangnya kerana perlu mengikut prosedur.
Katanya, dia reda jika tiada rezeki serta serahkan semua urusan kepada Allah.
“Saya tidak sangka MPSP dari pihak atasan sehingga bawah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk turun mencari dalam timbunan sampah yang begitu banyak.
“Tidak lama kemudian (1.30 tengah hari) abang saya menghubungi menerusi panggilan video menunjukkan barang kemas saya ditemui semula dalam satu beg plastik hitam. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat sekumpulan Wira Oren dan perasaan ini tidak terungkap dengan kata-kata.
“Walaupun pekerjaan mereka (Wira Oren) ada yang pandang serong, tetapi bagi saya mereka adalah wira negara yang ikhlas serta jujur apabila sanggup berkorban mencari barang kemas saya sehingga jumpa,” katanya yang merahsiakan nilai keseluruhan barang kemas miliknya itu.
Terdahulu, hantaran wanita itu tular di media sosial dengan mendapat ribuan tanda suka dan dikongsi ratusan pengguna FB.
Menurut posting itu, wanita terbabit turut memberikan sedikit sagu hati kepada pekerja MBSP berkenaan sebagai tanda penghargaan selepas bertungkus lumus menggeledah, mengorek dan mencari emas miliknya dalam timbunan sampah sehingga ditemui.
Membeli emas sekarang mudah, kumpul duit sikit-sikit dan bila sudah cukup duitnya boleh beli online kalau malu nak ke kedai emas. Pastikan seller tersebut dipercayai barulah order. Pilih mana satu yang berkenandi hati dan ikut bajet, kemudian bayar. Mudah sungguh.
Mingguan Wanita : Terima kasih kepada wira oren yang memahami situasi yang dilalui oleh wanita ini. Bayangkan barang kemas yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hilang, sudah tentu timbul perasaan ralat dan kecewa. Syukur akhirnya ditemui juga.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Taktik berkesan mahu anak berganjak ke belakang kereta, mak acah-acah buat LIVE suruh ‘report’ polis!.
Keletah anak-anak kecil bila naik kereta adakalanya memang pelbagai ragam. Situasi yang selalu terjadi apabila anak-anak akan berebut nak duduk di bahagian tempat duduk hadapan bersama mak. Malah bila disuruh duduk belakang, memang tak mahu dan macam-macam alasan diberi.Keadaan ini pastinya membahayakan dan membuatkan mak-mak rasa tidak selesa serta tidak selamat.
Baru-baru ini viral video di TikTok@gengjuniorberkongsi ‘cara halus’ supaya anak berganjak duduk di tempat duduk belakang tanpa perlu di suruh seperti selalu.
Perkongsian video pendek ini, menunjukkan seorang mak penuh bersemangat berkongsi membuat ‘LIVE’ menceritakan situasi anaknya yang pada ketika itu tidak mahu berganjak ke tempat duduk belakang. Malah dalam nada penuh ‘serius’ menyuruh sesiapa yang menyaksikan video tersebut, membuat laporan di Balai Polis berhampiran.
Terasa diri menjadi ‘topik’ di dalam LIVE tersebut, anak wanita ini dengan sendirinya berganjak ke belakang tanpa perlu di suruh.
Memang ‘halus’, kreatif dan berkesan sungguh taktik yang digunakan mak anak 5 ini dalam menangani ragam anak-anak. Mak-mak yang lain, jika alami situasi yang sama, boleh cuba taktik ni nanti.
Elfira tunjuk skil bagi makan ubat pada anaknya Rayyan, peminat hargai dan berterima kasih kerana bagi idea.
Apabila si kecil anda jatuh sakit dan perlu makan ubat, ibu bapa akan mula rasa gelisah. Ini kerana ibu bapa tahu betapa sukar untuk beri bayi makan ubat tanpa sebarang pujukan atau paksaan.
Ibaratnya kalau nak bagi makan ubat terpaksa berperang dulu baru boleh masuk ubat dalam mulut.
Menerusi perkongsian sebuah video menerusi entri di akaun rasmi Instagram pelakon, Elfira Loy menunjukkan skil dirinya memberikan ubat kepada anak kesayangannya Rayyan yang kini sedang sakit.
“Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang- sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu .
“Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat , bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar .
“Orang yang tak suka ubat, kena bagi orang lain makan ubat,” tulis Elfira.
Perkongsian tersebut ternyata mendapat maklum balas yang cukup positif dari netizen yang juga merupakan kaum ibu.
“The dinosaur part! Thanks mommy bg idea, smoga Rayyan cepat sihat active macam biasa,” puji salah seorang netizen menerusi akaun _fatin.ghani.
Selain itu diruangan komen juga dibajiri doa oleh pengikut Elfiraa agar Rayyan cepat sembuh seperti sediakala.
Untuk pengetahuan, Elfira telah memaklumkan anaknya yang kerap demam, batuk, selesema sebelum ini disahkan doktor mengalami jangkita kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.
Berita baik buat rakyat Malaysia, pengeluaran wang ATM antara bank kini percuma tanpa caj RM1 mulai 1 Julai 2026. Inisiatif ini membolehkan pelanggan mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara.