Hiburan

Penangan 3 Beradik, Konsert genKRU Buka Pentas Hari Ke-4

Share

Berita baik buat semua peminat KRU — tiket Konsert GENKRU Hari Keempat bakal mula dijual pada 8 Mei 2025 jam 1 petang! Kalau sebelum ini anda kecewa sebab tak sempat mendapatkan tiket, inilah peluang keemasan untuk jadi sebahagian daripada sejarah yang bakal dikenang lama dalam dunia hiburan tanah air.

Siapa sangka, dalam tempoh kurang satu jam, tiket konsert hari pertama dan kedua dah sold out. Hari ketiga? Sama laju, tak sempat berkelip mata, terus habis! ujar Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, sendiri pun tak mampu berkata-kata.

Icon Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana telah membuatkan tiket konsert GENKRU hari pertama dan kedua habis dijual dalam durasi tidak sampai satu jam! Manakala tiket hari ketga juga secara rasmi sudah sold out!

“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’, ujar Iman Tang, pengasas ICON ENTERTAINMENT.

Sebagai ‘hadiah’ dari Icon Entertainment dan KRU sendiri, mereka telah sepakat untuk
menambah sehari lagi menjadikan konsert ini berlangsung secara empat malam!

Peminat Desak Tambah Malam, KRU Dengar Suara Hati Mereka

Bila peminat mula banjirkan DM, Icon Entertainment dan KRU tak tunggu lama. Mereka sepakat tambah satu malam lagi, 11 Mei 2025, kebetulan jatuh pada malam Ahad, sehari sebelum cuti umum Hari Wesak. Bagi Dato’ Norman, ini bukan sekadar soal jual tiket, tapi soal memenuhi impian peminat.

Konsert Empat Malam, Sejarah Baru Dalam Industri Hiburan

Apa yang terjadi sekarang bukan sekadar konsert. Ia adalah bukti betapa karya dan usaha anak seni tempatan dihargai rakyat Malaysia. Ini bukan sekadar nostalgia, tapi satu perayaan muzik yang bakal mencipta sejarah. Icon Entertainment sendiri melihat ini sebagai tanda istimewa dalam perjalanan seni mereka — dan peminat, anda adalah sebahagian daripada sejarah itu.

Masanya untuk menambah momen manis bersama KRU dan menjadi sebahagian dari sejarah yang bakal tercipta bukan sahaja buat KRU dan Icon Entertainment malah buat industri seni hiburan sendiri. Sebuah tanda bahawa karya dan usaha anak seni tempatan mendapat tempat yang paling istimewa di hati para peminat mereka dan rakyat Malaysia umumnya.

Jualan tiket untuk Konsert KRU Day 4 bakal dibuka jam 1 petang, 8 Mei 2025 di www.ticket2u.com.my/kruDay4, dengan pelbagai kategori harga untuk peminat setia! Nikmati pengalaman maksimum dengan kategori Impak Maksima (RM588), atau pilih mengikut gaya anda seperti Geren2 Beres (RM548), Balada Ha2 (RM508), Wanita (RM478), Cherrina (RM358) dan Malam Kita (RM258).

Pastikan anda jadi antara yang terawal, sebab seat cun confirm cepat habis!

 

 

 

Published by
Rosmah Idayu