Ads

Pempengaruh Didenda RM1,500 Cederakan Tunang, Majlis Kahwin Batal Walau Tinggal 12 Hari

Pempengaruh didenda RM1500 cederakan tunang, majlis kahwin batal walau tinggal 12 hari. Seorang pempengaruh lelaki didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah mencederakan bekas tunangnya dalam kejadian pada 21 Februari lalu.

Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Syed Zamri Syed Zainuddin, 20, dan turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Anak bongsu daripada lima beradik itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Putri Fasha Felisa Mohd Izhan, 19, di sebuah rumah di belakang Sekolah Raja Bahar, Taman Ehsan, di sini pada jam 5.30 petang.

Pempengaruh Didenda RM1,500 Cederakan Tunang, Majlis Kahwin Batal Walau Tinggal 12 Hari
Syed Zamri Syed Zainuddin, 20 didenda RM1500 atas kesalahan memukul tunang. Dirinya akan di penjara 4 bulan jika gagal membayar denda

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah sewa tertuduh sebelum tercetus pertengkaran yang membawa kepada pergelutan sehingga menyebabkan mangsa mengalami lebam pada lengan kanan dan lengan bawah kanan seperti disahkan melalui laporan pegawai perubatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nik Nazriani Nik Ab Rahman.

Ads

Sebelum ini, ibu mangsa yang juga pengasas kosmetik, Fara Sharina Zamari, 37 tampil memaklumkan anak sulungnya itu menjadi mangsa kekerasan bekas tunangnya dalam kejadian sama.

Menurutnya, anak perempuannya yang berusia 19 tahun itu pergi berbuka puasa di rumah lelaki terbabit di Kedai Lalat kira-kira jam 6.30 petang sebelum pulang ke rumah pada jam 10 malam dalam keadaan mencurigakan.

Pempengaruh Didenda RM1,500 Cederakan Tunang, Majlis Kahwin Batal Walau Tinggal 12 Hari
Usahawan kosmetik, Fara Sharina Zamari, 37 memaklumkan anak sulungnya itu menjadi mangsa kekerasan bekas tunangnya.

Katanya, ketika pulang, mangsa dilihat mempunyai kesan kemerahan pada leher dan hanya mengadu sakit kepada bapanya tanpa menceritakan perkara sebenar.

“Selama dua hari anak saya menyembunyikan perkara itu sebelum akhirnya memberitahu dia dipukul, dicekik, ditendang dan diseret,” katanya.

Ads

Susulan pendedahan itu, keluarga mangsa membawa remaja berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 24 Februari lalu.

Fara Sharina berkata, keputusan memutuskan pertunangan pasangan itu dibuat serta-merta selepas mengetahui kejadian sebenar kerana keluarga tidak sanggup meneruskan perkahwinan dalam keadaan anak mereka didakwa sudah menjadi mangsa kekerasan sebelum sempat bergelar isteri.

Menurutnya, ketika insiden berlaku, persiapan perkahwinan pasangan berkenaan sudah hampir siap dan majlis sepatutnya berlangsung pada 10 Syawal, iaitu kira-kira 10 hari selepas Aidilfitri.

Ads
Pempengaruh Didenda RM1,500 Cederakan Tunang, Majlis Kahwin Batal Walau Tinggal 12 Hari
Anaknya dibawa ke hospital dan disahkan alami kecederaan akibat perbuatan bekas tunang.

Bagaimanapun, keluarga mangsa mengambil pendirian untuk membatalkan majlis itu demi keselamatan dan masa depan anak mereka selain tidak mahu hubungan berkenaan diteruskan selepas kepercayaan terhadap lelaki terbabit musnah susulan insiden berkenaan.

Beliau turut mendakwa, selepas laporan dibuat, lelaki itu melarikan diri selama 12 hari sebelum menyerah diri di IPD Kota Bharu kira-kira enam hari kemudian.

Bagaimanapun, suspek dibebaskan tiga hari lalu dengan ikat jamin polis.

Fara Sharina berkata, satu lagi laporan polis turut dibuat kerana tidak mahu lelaki itu terus mengganggu anaknya yang kini didakwa mengalami trauma teruk akibat kejadian tersebut.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian ramai memandangkan kejadian berlaku ketika pasangan itu sedang menghitung hari untuk disatukan namun berakhir dengan pertunangan diputuskan dan perkahwinan dibatalkan susulan insiden berkenaan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Bila Bersama Lagi Jadi

Bila Bersama Lagi Jadi: Filem Raya Astro 2026 Yang Sentuh Hati...

Bila Bersama Lagi Jadi ialah filem raya penuh emosi tentang ego, persahabatan dan peluang kedua yang pasti menyentuh hati penonton.