Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu selain menerima berita anak yang pergi dalam keadaan penuh tanda tanya. Bagi Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, kehilangan anak sulungnya, Syamsul Haris Shamsudin, 22, bukan sekadar kehilangan insan tersayang, tetapi juga satu pencarian jawapan yang belum terungkai.
Syamsul Haris, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor pada 28 Julai lalu.
Punca rasmi kematian yang dimaklumkan ialah sawan. Namun, bagi ibunya, hati kecilnya sukar menerima. Beliau percaya anaknya mungkin menjadi mangsa pukul dan dera, dan kini menuntut agar kubur arwah digali semula untuk bedah siasat kali kedua.
Dalam satu kenyataan rasmi, UTM menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak keluarga dan pihak berkuasa, agar siasatan dapat dijalankan dengan berhemah, telus dan adil.
Ads
“Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menziarahi keluarga Allahyarham di Semenyih, Selangor, pada Isnin sekitar jam 1 tengah hari. Pihak pengurusan tertinggi UTM turut mengiringi beliau untuk menyampaikan ucapan takziah serta sumbangan daripada Yayasan Perkasa Siswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” ujar kenyataan tersebut.
Ads
Bagi keluarga arwah, setiap langkah siasatan adalah harapan untuk mendapatkan kebenaran. Setiap pertemuan, setiap kata takziah, adalah penguat semangat mereka dalam menuntut keadilan.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan ibu mangsa, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, menuntut kubur anaknya itu digali semula bagi melakukan bedah siasat kali kedua.
Ads
Menurutnya, tuntutan itu dibuat kerana tidak yakin punca kematian anak sulung daripada tiga beradik itu disebabkan sawan seperti dimaklumkan pihak terbabit.
Dakwanya, kematian anaknya itu diyakini akibat dipukul dan didera sehingga meninggal dunia ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Darat (Pulada), Ulu Tiram, Johor, pada 28 Julai lalu.
Kisah ini bukan sekadar berita, tetapi cerminan kasih seorang ibu yang tidak mahu anaknya pergi tanpa jawapan. Ia juga mengingatkan kita bahawa di sebalik uniform dan disiplin ketenteraan, ada anak-anak muda yang masih memerlukan perlindungan, dan ada keluarga yang mempercayakan mereka kepada pihak berwajib.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebaknya, Farah Fakhira luah rasa rindu. Seperti yang diketahui umum sebelum ini suami kepada Farah Fakhira Allahyarham Zaidul Ariff disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas pengsan secara tiba-tiba sewaktu bermain badminton minggu lalu.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram, Farah meluahkan rasa rindu pada arwah suami. Malah dirinya juga memuji keperibadian Allahyarham yang dianggap suami soleh dan bertanggungjawab, bahkan tidak pernah mengabaikan nafkah serta tanggungjawab terhadap dirinya.
Sebaknya, Farah Fakhira Luah Rasa
“Saya minta sangat dengan Allah, jika ada pahala dekat saya, bagilah semua dekat awak. Dan tak ada satu pun yang saya nak tuntut, nafkah tanggungjawab semua awak selesaikan dengan baik.
“Ya Allah, aku bersaksi bahawa suamiku lelaki soleh dan aku reda kepadanya. Maka masukkanlah dia ke dalam syurgaMu,” tulisnya.
“Moga Saya Boleh Hidup & Terus Bersemangat Menggapai Cinta & Redha Allah”
Farah juga memaklumkan dirinya terkejut apabila menemui terlalu banyak gambar dan video dirinya yang dirakam secara senyap oleh suami seolah-olah sebagai kenangan untuk ditinggalkan.
“Abang, kenapa terlalu banyak yang awak record tentang saya dalam handphone awak ni. Seolah-olah awak dah siapkan semuanyaa sebelum awak nak pergi. Kalau saya rindu, saya boleh tengok gelagat kita bergurau atau berkasih sayang. Cuma saya terkejut sangat terlalu banyak soal saya. Bertapa awak sangat menjaga saya dari sekecik-kecik benda.
“Moga saya boleh hidup & terus bersemangt menggapai cinta dan redha Allah ye sayang. YaAllah bantu aku, lembutkan hati aku dan jangan biarkan aku jauh dari kasih sayang & rahmatMu” ungkap Farah.
“Bila Awak Tak Ada Saya Rasa Patah Kaki”
Bertambah pilu apabila Farah turut terkesan dengan kehilangan suami tersayang.
“Saya memang orangnya independent (berdikari) sebelum kenal awak, tapi bila dah hidup bersama saya sangat dependent (bergantung) dengan awak. Bila awak tak ada saya rasa patah kaki sangat, saya jadi tak tahu nak start (mula) dekat mana,” luahnya.
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak simple tapi sedap, itulah keberkatan anak ingat sampai bila-bila. Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara! Masakan mak. Itulah makanan yang kita akan cari setiap kali balik kampung. Goreng telur mata pun rasa sedap, asalkan itu mak yang masak. Betapa ajaibnya air tangan ibu. Pergilah mana-mana, mesti tak dapat tanding dengan masakan mak.
Malah masakan mak jugalah yang cuba kita masak tapi mesti tak jadi dan tak sama kan. Hebatnya. Itulah keberkatan air tangan ibu dalam menyediakan makanan untuk suami, anak dan keluarga.
Namun, ada juga mak-mak sekarang ini tidak cukup masa untuk memasak buat hidangan keluarga dan hanya membeli di kedai sahaja. Kita tak tahu dengan gaya pemakanan di luar itu telah mencorak keperibadian anak-anak.
Walau sibuk mana pun mak-mak cubalah memasak di dapur terutama di bulan Ramadan ini.
Enaknya Paru Goreng Berlada Membara!
Jom masak mak-mak petang Ramadan ke-12 ni jamulah keluarga dengan Paru Goreng Berlada Membara! Pedas menyengat tak ingat!
Bahan-Bahan :
½ kg paru
10 tangkai cili padi – dikisar
1 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
1 batang serai
1 keping asam keping
2 sudu sos tiram
Cara Memasak :
1.Bersihkan paru dan rebus hingga lembut dengan anggaran masak lebih kurang 30 – 40 minit.
2.Bila sudah lembut, angkat, toskan dan tunggu sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihiris.
3. Hiris paru mengikut saiz yang anda suka. Kemudian gaulkan dengan garam serta serbuk kunyit dengan secukupnya.
4.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan paru tadi hingga sedikit garing. Api jangan kuat untuk elak paru menjadi hangus. Angkat dan toskan.
Kemudian, kisar kasar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
Dengan menggunakan lebihan minyak gorengan paru tadi, masukkan bahan-bahan yang dikisar kasar dan serai. Tumis sampai pecah minyak.
Bila bahan tumis sudah cukup masak, masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut dengan sambal. Kemudian hidangkan. Nikmatilah dengan nasi panas memang perghhhh padu rasanya!
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, jaguh paralimpik kebanggaan negara, Datuk Abdul Latif Romly, bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Melalui perkongsian isterinya, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi memaklumkan mereka bakal bergelar ibu dan bapa menerusi satu hantaran ringkas di media sosial miliknya.
“Love, mommy & daddy,” tulisnya bersama foto memaparkan mereka berdua.
Nurul Nabila berkongsi gambar berlatarkan pemandangan di tepi pantai, yang jelas menampakkan baby bump. Namun tidak dinyatakan usia kandungannya itu.
Menjengah ke ruangan komen di laman sosial Nabila pula, ia dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan serta warganet yang teruja dengan berita gembira itu. Mereka menitipkan doa agar kehamilan Nabila dipermudahkan segala urusan sehingga melahirkan cahaya mata sulung berjalan lancar.
Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 13 Disember 2022. Lebih istimewa, mereka merupakan rakan sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar, Perlis.
Abdul Latif Romly menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara.
Latif menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo, tahun lalu sekali gus mengulangi pencapaian yang diraih di temasya sama di Rio 2016.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!