Pembunuhan Sariya Che Hin: Pergelutan Tragis dan Detik Akhir Sebelum Nyawa Diragut

Share

Tergamak benar manusia menumpahkan darah di rumah yang seharusnya menjadi tempat berlindung. Tragedi berdarah yang menimpa Allahyarham Sariya Che Hin, 51 tahun, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11 tahun, di Kampung Sekolah, Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang, terus mengundang pilu dan persoalan.

Keluarga Mohon Hentikan Spekulasi

Menurut hasil bedah siasat oleh Pakar Perunding Patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Zahari Noor, Sariya dipercayai menjadi mangsa pertama dalam kejadian ngeri itu.

Kesan kecederaan pada tubuhnya menunjukkan wujud pergelutan hebat, seolah-olah wanita tabah itu berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan diri, mungkin juga untuk melindungi anak kecil yang amat disayanginya.

“Corak kecederaan menunjukkan mangsa cuba menangkis serangan. Kami percaya berlaku pergelutan antara Sariya dan suspek sebelum beliau tewas di tangan penyerangnya,” ujar Dr. Zahari.

Detik Kejadian dan Penemuan Ngeri

Mayat Sariya ditemukan di ruang dapur rumah sewa mereka dalam keadaan ngeri, kepala hampir putus. Manakala Nur Afrina Alisha pula dijumpai meniarap berlumuran darah di tingkat atas, dipercayai diserang tidak lama selepas ibu angkatnya.

Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia akibat tetakan parang di bahagian belakang leher, dipercayai dilakukan menggunakan senjata tajam sejenis pisau pemotong daging, bukan pisau biasa.

Anak kecil itu, yang sejak bayi dipelihara Sariya, merupakan cucu kepada kakak wanita berkenaan. Sariya sendiri mempunyai seorang anak lelaki berusia 28 tahun hasil perkahwinan pertamanya.

Jenazah Dibawa Pulang Ke Kedah

Tragedi ini disedari apabila suami mangsa pulang ke rumah sekitar jam 7.30 malam kelmarin dan menemui kedua-duanya dalam keadaan menyayat hati. Polis kini mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Lelaki berusia 57 tahun itu, suami kepada mangsa, telah direman selama seminggu hingga 25 Oktober bagi membantu siasatan.

Selepas bedah siasat selesai dijalankan petang semalam, jenazah Sariya dan Afrina Alisha dimandi, dikafankan dan dituntut keluarga sekitar jam 5.55 petang. Mereka dibawa pulang ke kampung halaman di Jeneri, Sik, Kedah, untuk disemadikan bersama, seorang ibu dan anak yang tidak lagi dapat dipisahkan, meskipun oleh kematian.

Juga Baca:https://www.mingguanwanita.my/kepala-hampir-putus-anak-meniarap-berlumuran-darah-suami-temui-isteri-anak-sudah-tidak-bernyawa/

Sementara itu, anak kepada mangsa bunuh di Kampung Sekolah Juru, Seberang Perai merayu agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat palsu berhubung insiden tragis yang menimpa keluarganya.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/sariya-orangnya-baik-tak-pernah-bermusuh-keluarga-terkesan-pemergian-tragis-dua-beranak-di-juru/



Mohd Noor Hafifi Hassan, 28, anak kepada Sariya Che Hin, 51, dan abang kepada Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, berkata, keluarga mereka masih terkejut, trauma dan sedih dengan tragedi itu yang berlaku semalam.

“Saya harap netizen jangan buat spekulasi atau tuduhan melulu. Kami masih bersedih dan perlukan ruang untuk tenangkan diri,”ujarnya mengakhiri perbualan.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Sumber:https://www.bharian.com.my/ & Harian Metro

Published by
Rosmah Idayu