Pemakaian Topeng Muka Punca Berpeluh, Jerawat Membiak? Ini Cara Terbaik Atasinya!

Pemakaian topeng muka pada masa yang lama boleh menyebabkan kulit wajah anda mudah berpeluh lebih dari biasa. Ia boleh membuatkan kulit jadi kemerah-merahan dan iritasi.

Selain itu, kulit juga menjadi lebih berminyak dan akibatnya lebih berjerawat. Proses ini juga membuatkan kelenjar minyak menghasilkan lebih banyak sebum, menutup liang pori dan menghalang keseimbangan ‘microbiome’ pada kulit.

Sebab itulah penting untuk anda mendapatkan rutin penjagaan kulit wajah bebas jerawat yang terbaik , sekaligus memelihara kulit wajah anda yang sensitif itu.

Tips Penjagaan Kulit Wajah La Roche-Posay

1. Pilih topeng muka yang sesuai dengan kulit wajah anda. Pilihlah dari jenis yang lembut dan tak menyebabkan iritasi atau kerengsaan pada kulit.

2. Gunakan pencuci gel untuk pembersihkan kulit sempurna dan pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan pH. Dengan Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser anda boleh mendapatkan apa yang kulit anda perlukan.

Ads

3. Gunakan toner mengandungi Zinc Sulphate kerana ia dapat mengawal penghasilan sebum secara teratur dan mengurangkan bukaan liang pori. Tentunya toner Serozinc 50ML berkesan.

4. Pilih pelembap atau krim yang boleh membantu mengurangkan cela, kekal matte dan merawat kulit berjerawat dan bermasalah. Effaclar Duo+, Effaclar K+ atau Effaclar Mat boleh dimasukkan dalam senarai pilihan terbaik untuk anda.

Kelebihan Penggunaan Penjagaan Kulit Wajah Ini

Effaclar Purifying Foaming Gel

Berfungsi : Membersihkan kulit wajah dengan berkesan daripada kotoran dan minyak. Dalam masa yang sama mengekalkan keseimbangan pH kulit. Sudah terbukti dapat mengurangkan masalah jerawat.

Ads

Serozinc 50ML

Berfungsi : Untuk memberi kelegaan pada kulit wajah yang berjerawat, mengawal kilauan pada kulit dan mengecilkan liang pori-pori.

Pelembap Effaclar Duo+, Effaclar K+ or Effaclar Mat

Berfungsi : Setiapnya berfungsi mengikut jenis kulit anda, malah setiapnya mempunyai kelebihan untuk membantu anda mengatasi masalah jerawat dan liang pori-pori terbuka pada kulit wajah dengan berkesan.

Effaclar Duo+ (untuk kulit berjerawat)
– Asid salicylic dan LHA mengekalkan lembapan pada kulit wajah sekaligus membantu mengatasi masalah jerawat secara berulang.
– Kesannya boleh dilihat selepas 12 jam penggunaan.
– Menyingkirkan noda, ketidaksempurnaan dan pori-pori tersumbat.
– Non-comedogenic, yang tak menyebabkan pori-pori tersumbat.

Ads

Effaclar K+ (Untuk kulit berminyak)
– Adanya asid salicylic yang memberi kelembapan. Anti-oksidan dan anti sebum selama 8 jam.
– Bagus untuk membersihkan noda hitam, tekstur kulit tak teratur, dan menyerlahkan keserian wajah.
– Selepas sebulan penggunaan, kulit wajah jadi lebih lembut, tiada lagi pori tersumbat dan minyak pada wajah dapat dikawal dengan baik.
– Terbukti memberi kesan anti-pengulangan pada ketaksempurnaan dan noda hitam pada kulit wajah.

Effaclar Mat (Untuk kulit normal ke kulit berminyak)
– Ada fungsi pelembap yang berkesan mengawal pengeluaran sebum.
– Menghalang kulit berminyak dan menjadikan kulit lebih halus dan berseri.
– Non-comedogenic, yang tak menyebabkan pori-pori tersumbat.

Pemakaian Topeng Muka Punca Berpeluh, Jerawat Membiak? Ini Cara Terbaik Atasinya!

Ini Cara Untuk Mendapatkannya

Setelah anda mengetahui setiap kelebihan penjagaan kulit wajah di atas, bagaimana cara mahu mendapatkannya?

Boleh buat belian La Roche-Posay x Shoppe Acne Fighters Super Brand Day bermula 9 hingga 11 Julai 2020. Dapatkan di sini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI