Rezeki setiap orang itu berbeza-beza bentukkan. Ada yang wang ringgit. Ada juga dalam bentuk ketenangan hati. Cerita pemandu grab ini yang dapat keuntungan berlipat kali ganda hanya kerana keikhlasannya menderma RM2 kepada seorang ibu yang terlupa.
Apabila ibu ini, Zuryati Isa dan anak-anaknya menggunakan perkhidmatan grab dan berhadapan kesulitan mencari wang kecil ketika mahu membayar tambang. Atas ihsan pemandu grab, ibu tadi minta untuk menukarkan wangnya di kedai.
Sebaik sampai di dalam kedai, ibu ini terlupa akan tujuan utama masuk ke kedai berkenaan. Dan di sinilah cerita magis rezeki ini bermula.
Akak Boleh Tolong Saya?
Hari tu, saya naik grab dengan anak-anak saya. Dekat saja, dari rumah ke pejabat.
Tambangnya RM7.00.
Saya pun bagi dia RM10.00 sebab tak ada duit kecil. Dia pun tak ada duit kecil.
“Akak boleh tolong saya?” dia tanya saya.
“InsyaAllah, boleh. Tolong apa?”
“Saya bagi akak RM5.00 ni. Saya tak ada duit kecil. Nanti akak tukar dekat kedai tu, dan bagi saya baki RM2.00. Boleh ke, kak?”
“Oh, boleh je. Sekejap, ya.”
“Tak apa ke ni, kak? Dengan anak-anak lagi.”
Ads
“Tak apa, boleh je. Sekejap. Nanti saya datang balik.”
Saya pun terus ke kedai tu. Masuk saja dalam kedai, saya terus tak ingat langsung nak buat apa dan kenapa saya ada kat situ. Anak-anak pula biasalah, mestilah minta nak beli itu ini.
Saya pun belikan Choki Choki dan kek pisang. Semua sekali lebih kurang RM5.00. Saya pun gunakan duit RM5.00 tadi dan terus berjalan ke ofis.
Ads
Lebih kurang tiga jam kemudian, baru saya teringat pemandu grab tu tadi dan baru saya ingat kenapa saya pergi kedai tu!
Allahu akbar! Saya terlupa dia tengah tunggu saya, dan saya langsung lupa baki duit dia. Selamba saja buat belanja anak-anak. Duh…
Saya terus intai ke bawah, kereta dia dah tak ada. Mujur saya masih ada nombor dia. Saya pun terus call. Tak angkat. Call lagi. Tak angkat. Call lagi dan lagi. Tak angkat. Saya hantar Whatsapp banyak kali, tak jawab. Tinggalkan voice mail, tak balas juga. Hantar SMS, pun tak balas.
Berhari-hari jugalah saya cuba contact dia. Memang rasa bersalah sangat.
Ini Yang Jadi Lepas Hantar Akak
Isnin lepas, baru saya dapat cakap dengan dia.
“Sorrylah, kak. Telefon saya rosak. Hantar kedai.”
“Tak apa. Ya Allah… Akak rasa bersalah sangat ni. Sepatutnya akak kena pulangkan baki tuan hari tu. RM2.00. Masuk kedai, terus tak ingat nak buat apa. Belanja anak-anak, lepas tu selamba je terus ke ofis. Lupa sungguh akak. Minta maaf sangat, tuan.”
Ads
“Tak ada hal la, kak. Saya nampak akak rileks je berjalan naik ofis masa tu. Saya dah agak akak lupa. Alah, tak apa. Saya halalkan dah. Saya niat sedekahkan je. Kesian tengok akak dengan anak-anak.”
“Akak rasa bersalah sangat ni. Tuan bagi nombor akaun. Akak transfer.”
“Isk, tak apa, kak. Akak tau tak, lepas hantar akak tu, tu saya dapat banyak customer besar-besar. Ada yang siap booking minta saya ambil hari-hari. Balik rumah pula, tengok-tengok family saya buat surprise party birthday untuk saya. Tak pernah seumur hidup buat, tiba-tiba buat. Lepas tu hari ni, tiba-tiba abang saya pula belikan handphone baru. RM2,000 lebih tu. Memang saya tak mampu la. Haih, memang murah rezeki saya lepas tu, kak. Alhamdulillah… Berkat sedekah tu kot.”
Akak Ni Kalau Datang Pelupa, Memang Pelupa Sungguh!
“Allahu akbar… Laa, hari tu birthday tuan ke? Happy belated birthday, tuan. Isk, tapi akak minta maaf sangat-sangat. Akak ni kalau datang pelupa tu, memang pelupa sungguh! Haih. Rasa bersalah sangat ni.”
“Haah, birthday saya. Terima kasih, kak. Tak apa, kak. Pelupa akak tu jadi rezeki kat saya. Hehehehe…”
“Alhamdulillah. Terima kasih, tuan. Semoga Allah berkati umur tuan, murahkan rezeki tuan dan makbulkan semua impian tuan. Harap-harap tuan tak jumpa dah customer pelupa macam akak. Jenuh juga kalau asyik jumpa customer pelupa ni.”
“Hahahaha! InsyaAllah, kak. Terima kasih, ya kak.”
“Isk, akak yang kena terima kasih. Terima kasih sekali lagi, tuan.”
Begitulah lebih kurang dialognya yang akak pun dah tak ingat sangat dah. Panjang lagi cerita pemandu yang memang ramah dan banyak cerita tu. Tapi tu je yang akak ingat.
Siapa sangka diet susu segar dan bayam liar menjadi rahsia panjang umur Johanna Mazibuko yang kini berusia 128 tahun.Wanita Afrika Selatan ini menyambut ulang tahun kelahirannya minggu ini dipercayai menjadi manusia tertua di dunia.
Mengikut kad identitinya, wanita itu dilahirkan pada 1894. Komuniti di negara itu kini berusaha untuk membantu meletakkan nama Johanna di dalam Rekod Dunia Guinness (GWR).
Warga emas itu juga sempat merasai hidup pada zaman penjajahan British dan era aparteid, selain dua perang dunia.
Johanna menetap di Jouberton, Klerksdorp memaklumkan wartawan dia membesar di sebuah ladang di bandar Ottosdal, dan anak sulung daripada 12 beradik.
“Kami hidup gembira di ladang berkenaan dan tidak menghadapi sebarang masalah,” katanya.
Wanita itu juga berkongsi pengalaman berdepan dengan serangan belalang sehingga keluarganya menemui cara baharu untuk mengawal serangga itu.
“Ada belalang yang boleh kami tangkap dan makan kerana rasanya seperti daging selepas digoreng,” katanya.
Minum Susu & Bayam Liar
Johanna membesar dengan meminum susu segar bersama bayam liar dan tidak sesekali mencuba masakan moden.
Pada usia 128 tahun, dia berdepan masalah pendengaran, namun masih mampu mengurus hidupnya sendiri.Dia akan menghabiskan masa mengenang kembali kehidupan masa lalu dengan ada antaranya yang sukar diingati.
“Saya berkahwin dengan seorang lelaki berusia selepas kematian isteri pertamanya. Dia seorang yang berdikari dan mempunyai kuda serta lembu.
“Saya boleh memerah susu lembu segar dan membuat mentega untuk dijual.
“Dia melayani saya dengan baik sehingga kisah silam kehidupan sebelum berkahwin dapat dilupakan,” katanya.
Wanita itu memiliki tujuh anak dengan dua masih lagi hidup disamping 50 cucu dan cicit kini dipantau penjaga sejak 2001.
#HappyBirthday#DSDNW3#DSDCARES There world Oldest living centenarian, Mme Johanna Mazibuko celebrated her 128th birthday today in Jourbertin, Klerksdorp. She is has two children out of 8 still alive. Happy pic.twitter.com/I0LQGKOA7y
Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita dan juga kanser paling tinggi kejadiannya di kalangan rakyat Malaysia!
Statistik dan angka ini sudah tentunya tidak asing lagi bagi kita, namun ianya amat membimbangkan di kalangan semua wanita, betul?
Nak tahu lebih jauh tentang kanser payudara dari sudut punca yang boleh berlaku, ikuti perkongsian daripada doktor Dr Ezairy M Sallih ini…
Beberapa tanda awal kanser payudara yang perlu anda tahu…
1. Tanda paling kerap adalah benjolan atau penebalan pada lapisan kulit/tisu payudara.
2. Tanda-tanda lain adalah perubahan pada saiz atau bentuk payudara.
3. Terdapat lelehan dari puting atau perubahan pada warna dan rupa kulit payudara.
4. Walaubagaimanapun, Kadang kala, tidak ada sebarang tanda sehinggalah kanser payudara telah merebak.
Apakah yang perlu anda lakukan jika benjol dikesan pada payudara?
1. Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan bersama doktor jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas.
2. Doktor akan menggunakan suatu jarum untuk mengeluarkan cairan atau sedikit tisu dari benjol tersebut.
3. Ini akan menunjukkan sama ada benjol tersebut adalah ketumbuhan berbahaya atau pun tidak.
4. Doktor juga boleh melakukan biopsi di mana sebahagian atau keseluruhan benjol dikeluarkan dan dihantar ke makmal untuk dipastikan sama ada ianya kanser atau bukan kanser.
5. Pemeriksaan ultrasound boleh juga digunakan untuk mengenalpasti jenis ketulan atau ketumbuhan tersebut.
6. Lakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah. Perhatikan jika ada apa- apa perubahan pada tisu payudara seperti perubahan pada saiz, benjolan, kulit berkedut atau lelehan dari puting.
7. Untuk wanita berusia kurang dari 40 tahun, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan di klinik atau hospital jika terdapat benjolan. Untuk wanita berumur lebih dari 40 tahun, cara yang paling berkesan adalah mamogram. Walaubagaimanapun, doktor perlu juga melakukan pemeriksaan klinikal.
8. Yang terakhir, namun paling penting bagi saya ialah JANGAN sekali-kali tinggalkan follow up dan temujanji bersama doktor. JANGAN cuba-cuba buat rawatan alternatif atau bomoh-bomoh dengan andaian kanser tersebut akan sembuh. Fikirlah sepuluh kali sebelum berbuat demikian. Jangan sampai terlambat!
Sayangi diri anda dan orang yang mengasihi anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah Mingguan Wanita ucapkan buat pelakon dan pengacara yang kini bergiat aktif dalam dunia politik, Dira Abu Zahar yang dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Dira Bergelar Datuk
Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, 36, merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
Acara tersebut bersempena sambutan ulang tahun ke-71, Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka semalam.
Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.
Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.
Ucapan Tahniah & Doa
Sejurus umum mengetahui perkahabaran tersebut, laman Instagram Dira turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa yang dititipkan rakan-rakan dan para peminat yang tumpang berbangga dengan pencapaian yang diperolehinya.
Sumber Foto: Instagram Dira Abu Zahar Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...