Pelbagai ujian hamil, penghujungnya dipermudahkan Nadya Syahera bersyukur. Tahniah diucapkan buat pelakon Nadya Syahera yang selamat melahirkan bayi ketiganya.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Nadya memberitahu bayi lelaki tersebut diberi nama Muhammad Barr Adam Bin Mohamad Hafizul dilahirkan pada 25 Mac lalu, jam 06:24 seberat 3.3kg.
Pelbagai Ujian Hamil, Penghujungnya Dipermudahkan
Bercerita pengalaman proses melahirkan bayi ketiganya, Nadya berasa bersyukur kerana Allah permudahkan. Sepanjang kehamilan dirinya berhadapan dengan pelbagai ujian. Namun Nadya tidak pernah putus doa untuk Allah mempermudahkan dirinya saat bersalin.
“BismillahiMasyaAllah. Allah Maha Baik. Allah sebaik-baik perancang.
“Dari awal mengandungkan baby nombor tiga ni, hari-hari mintak Allah permudahkan urusan bersalin.
“Walaupun pada peringkat awal sampai lah 3rd trimester macam-macam juga ujian, tapi penghujungnya sangat mudah.
Allah Izinkan Semua Permintaan
“Niat nak bersalin hari Jumaat, waktu subuh, tak nak sakit lama-lama, tak nak lama-lama dalam labour room.
Ads
“Allah izinkan semua tu. Bila pikir balik, termenung kejap. Macam tak percaya Allah hadiahkan semua tu.
“Start sakit pukul 1 pagi macamtu, tapi boleh layan lagi. Pukul 2 lebih tiba-tiba badan menggigil teruk, sejuk teramat.
“Pergi toilet, ada darah turun. Tapi still tak nak pergi hospital. Tahan punya tahan. Dalam 4:30am dah tak boleh tahan dangat dah. Pinggang sampai kaki macam hilang dah rasa. Terus ke hospital, lebih kurang pukul 5am macamtu masuk emergency.
“Bukaan dah 6cm. Keadaan baby dan jantung laju and saya demam 38.6 . Sempat makan panadol. Sakit dah 1 minit sekali.
“Tepat 6:00am masuk labour room dan 6:24am lahirlah seorang lagi anak lelaki ku ke dunia. Keluar je baby terus hilang segala sakit sblm bersalin td tu. Hebat perancanganNya.
Doakan Kami Segera Sembuh
“Alhamdulillah untuk semuanya. Sekarang saya dengan Baby masih lagi di tahan di hospital untuk pantauan.
Ads
“Doakan kami segera sembuh dan sihat. Dan terima kasih juga buat semua yg mendoakan i dan keluarga dari dulu hingga kesaat ini. Semoga Allah shja membalasnya,” tulisnya.
Remy Ishak akui belum diberi rezeki timang cahaya mata. Begitulah luahan pelakon terkenal Remy Ishak apabila berlegar sebelum ini gosip tentang isterinya, Ezza Yusof dikatakan sudah berbadan dua.
Pemilik nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak juga mendedahkan dirinya dan isteri Ezza belum diberi rezeki menimang cahaya mata.
Seperti mana dipetik menerusi BH Online, Remy menerangkan dirinya ada berkongsi dengan pelakon Amyra Rosli tentang hal tersebut.
“Belum ada rezeki lagi.
“Saya sebenarnya ada kongsi rasa takut kepada Amyra Rosli.
“Saya takut hendak membawa watak Zafran dalam drama Jangan Menangis Cinta.
“Semuanya kerana saya takut tiba-tiba isteri saya hamil pada masa saya menghidupkan watak Zafran yang emosi dan tidak sukakan anak cacat.
“Saya jadi fobia. Kemudian, baru-baru ini, tular dakwaan orang ramai nampak ‘baby bump’ isteri saya.
“Saya paling gementar saat itu.. Sudahlah saya sedang membawa watak Zafran,” ungkapnya.
Menerang lanjut tentang isu itu, Remy menerangkan isu tersebut mula timbul apabila isterinya menyarung baju besar hingga mengelirukan penglihatan orang.
“Isteri cakap tiada apa-apa, hanya baju yang besar.
“Mungkin orang terlalu teruja dan tersalah pandang.
“Mungkin juga orang berharap. Iyalah, saya sudah bernikah beberapa bulan. Saya pun berharap buat masa ini, sementara saya sedang melakonkan watak Zafran iaitu bapa yang pembenci, kami bertenang dululah,” sambungnya yang turut menjelaskan drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah itu akan mula disiarkan pada 21 Mac depan di Astro Ria.
Siapa sangka dalam meniti usia warga emas, seorang nenek berusia 77 tahun di Singapura, masih kekal aktif dan berjaya memperoleh tali pinggang hitam taekwondo selepas empat tahun bergelar pelajar seni mempertahankan diri itu, lapor portal Mothership.sg.
Tali pinggang hitam merupakan pangkat tertinggi yang boleh dicapai dalam Taekwondo, dengan jumlah keseluruhan sembilan peringkat. Untuk mencapai tali pinggang hitam pertama, seseorang itu mesti mampu melakukan spar, bertahan menentang lawan dan memecahkan dua papan tiga inci dengan sebarang tendangan atau pukulan, menurut Active SG.
Lynn Soh yang menyertai Akademi Taekwondo Ildo pada2018 berkata, pada mulanya, dia mempelajari seni mempertahankan diri taekwondo hanya untuk menguatkan bahagian lututnya yang semakin lemah.
Namun begitu, kemahiran yang ditunjukkan oleh Soh adalah luar biasa apabila berjaya mendapat tali pinggang hitam lebih cepat berbanding pelajar lain yang lebih muda.
Soh telah memenangi beberapa pingat di pertandingan Taekwondo dan kini memburu tali pinggang hitam kedua. Kakinya tidak lagi sakit dan dia tidak lagi perlu makan ubat.
“Kini saya tidak mempunyai sebarang kesakitan di mana-mana bahagian kaki dan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.
“Saya juga mampu melakukan gerakan ‘split’ 180 darjah tanpa sebarang masalah,” katanya.
Zarina Zainuddin wanita kental tidak pernah mengeluh. Kecekalan wanita tabah ini dalam meniti kehidupan seharian nyata mencetuskan aura inspirasi terutamanya kepada golongan hawa.
Wanita yang terkenal sebagai seorang ibu yang kental dan tabah apatah lagi terpaksa berhadapan dengan karenah dua anak kembarnya, Azal dan Azil yang juga merupakan anak istimewa autisme, tidak pernah mengeluh dengan kurniaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
Malah dalam kesibukan menguruskan Azal dan Azil, Zarina tetap ligat merancang masa depan dengan segala kudrat yang ada.
Menjaga anak autism, berlakon dan menceburi bidang perniagaan makanan pada satu masa bukanlah calang-calang wanita boleh menguruskannya.
Kini perniagaan pulut kuning yang diusahakannya semakin laris apatah lagi dengan pelbagai idea baru yang diterapkan.
Bisnes yang pada awalnya hanya sekadar ‘suka-suka’ kini berkembang maju dan meraih pulangan menguntungkan.
Malah sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu Zarina juga meluahkan rasa hatinya tentang kaum wanita yang banyak berkorban demi suami dan anak-anak.
Dia yang sering berkongsi foto dan video aktiviti harian bersama anak-anaknya di media sosial kadangkala mengundang sebak netizen.
Wanita yang begitu gigih menjalankan perniagaan makanan, pulut kuning dan rendang juga menasihati kaum lelaki agar menghargai kaum wanita terutamanya golongan isteri.
Golongan wanita sebenarnya bukan saja melakukan pelbagai kerja rumah malah menolong juga membantu menjana pendapatan keluarga. Apa yang dilakukan oleh mereka haruslah dihargai.
“Wanita dapur dan kerja kerja rumah tak pernah habis sampai putus nyawa baru habis tidak dapat di pisahkan.
“Kita dah masak kita kemas lepas masak kemas lagi cuci baju menyapu mop lantai bersihm cuci tandas, cuci pingan. Tangan tak kering lagi sampai lagi pinggan baru cuci lagi kemas peti ais, memasak pagi untuk sarapan tengahari untuk makan tengah hari, minum petang dan makan malam,” luah Zarina.
Bukan itu saja malah Zarina menerangkan sebagai suri dalam rumah tangga, wanita tidak pernah duduk diam.
“Kita mak mak buatkan juga, lepas tu gosok baju kemas bilik, petang petang siram bunga segar sikit mata tu tengok hijau daun-daun pokok.
“Apa pun tugas wanita tidak akan pernah habis dan tak mungkin dapat di ambil alih oleh lelaki.
“Jadi para lelaki suami, anak anak hargailah wanita yang tetap tersenyum dan tak akan pernah penat melayan kerenahmu,” katanya menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Zarina yang pernah meluahkan perasaan menerusi temubual bersama majalah Mingguan Wanita akui tidak pernah kekok bercerita mengenai pengalamannya sebagai ibu kepada dua anak autism.
Dia juga tidak malu memiliki anak-anak istimewa ini. Namun setiap kali bercerita mengenai anaknya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, hatinya akan sayu.
Bercerita mengenai dua anak terunanya itu, kelihatan Zarina menahan sebak. Sesekali matanya kelihatan berkaca dengan air mata.
“Sebenarnya Allah bagi kita rezeki dengan mengurniakan anak-anak sebegini. Ini adalah cara untuk kita lebih dekat diri dengan Allah. Tanpa kita sedari anak-anak ini mendekatkan kita dengan Allah.
“Anak-anak ini mencabar kita. Apabila mereka mencabar kita, apa yang boleh buat adalah perlu bersabar. Kesabaran itulah yang akan membuatkan kita dapat pahala. Nasihat saya kepada mereka yang ada anak-anak begini, jangan takut kerana ada jalan untuk mereka.
“Keindahan itu akan nampak apabila kita membela anak-anak istimewa ini. Indah sebab kita jadi sabar dan redha. Budak-budak begini kalau kita tengok mata mereka pun kita dapat lihat betapa tidak bersalahnya mereka,” ulas Zarina yang turut menjelaskan bahawa autisme adalah sindrom, apabila anak mengalami masalah kurang oksigen dalam otak semasa dilahirkan.
“Perkembangan anak agak terbantut. Pemikirannya tidak seperti kanak-kanak yang sama usia dengan mereka. Terdapat pelbagai jenis kategori austisme. Ada yang ringan dan ada yang teruk. Anak-anak saya mengalami kedua-duanya. Azal dalam kategori mild (ringan) manakala abangnya Azil dalam kategori severe (teruk). Tetapi kadangkala Azal akan mengalami tantrum dan dia akan menjadi hiper sehingga membuatkan emosinya tidak stabil.
“Hendak mengawal emosi mereka itu agak sukar kerana mereka itu kembar. Apabila abangnya mengamuk, yang adik juga kadangkala akan terikut-ikut sekali. Sebaiknya kalau di rumah kalau saya tidak menjalani penggambaran, saya akan beri Azal keluar.
“Memang saya takut membenarkan Azal keluar bersendirian. Mula-mula dahulu saya akan ikut dari belakang. Saya ingat lagi, dia berjalan kaki di tepi jalan sambil membawa payung. Saya akan bawa kereta dan ikut dia dari belakang secara perlahan-lahan. Dari situ saya akan tahu di mana tempat dia berhenti.
“Namun begitu saya akan pastikan Azal membawa telefon kerana mudah untuk kami berhubung jika ada apa-apa yang berlaku. Saya juga akan pastikan dia ada duit di dalam tangan agar dia boleh makan dan beli barang yang dia mahu. Supaya dia tidak meminta daripada orang lain.
“Azal boleh bawa diri. Saya ajar dia berdikari. Manakala Azil memang tidak boleh berdikari sangat. Dia perlu ada saya di sisinya. Jika saya bawa dia keluar, tantrumnya akan menjadi teruk. Dia boleh mengamuk di tempat awam kerana dia tidak boleh bercakap langsung. Apabila dia tidak boleh cakap, dia jadi stres dengan situasi dia itu.
“Dia marah apabila orang tegur kerana orang tidak faham apa dia hendak. Bila dia hendak melepaskan perasaan marah itu dia akan mengamuk. Bila mengamuk dia akan pecahkan TV dan sepahkan barang. Sebenarnya apa yang dibuatnya itu kerana mahu mendapatkan perhatian.
“Bila Azil buat begitu, ia membuatkan saya akan fokus pada dia. Jadi bila dalam keadaan begitu, adik-adiknya yang lain terutamanya yang bongsu tidak akan faham. Adiknya akan mengadu dan menganggap saya melebih-lebihkan abangnya Azil.
“Pernah dia orang kata, “apa sahaja Azil buat tidak apa. Azil pukul ibu pun tidak mengapalah ya.” Sebenarnya ada ketikanya apabila Azil pukul saya, mereka akan terkam dan pukul abang mereka itu. Saya pesan pada mereka agar jangan pukul abang kerana dia tidak tahu apa yang dia sedang lakukan,” tambah Zarina.
Diserang oleh Azil adalah perkara biasa dalam hidup Zarina. Walau perit, Zarina perlu menghadapinya dengan penuh ketabahan.
Setiap kali Zarina membawa kedua-dua anak kembarnya ini di khalayak ramai, ada sahaja pandangan negatif yang diterimanya.
“Ada yang tidak selesa melihat saya dan anak-anak. Kadang-kadang apabila kita duduk satu meja dengan anak-anak, orang di sebelah akan lari berpindah ke meja lain takut anak saya menyerang anak mereka. Saya faham dengan situasi tersebut. Apa yang saya buat adalah bawa diri dan keluar dari restoran itu dan cari restoran lain. Situasi sebegitu jugalah yang membuatkan saya tidak akan membiarkan anak-anak di rumah.
“Memang kadang-kadang ada ibu yang tidak beri anak begini keluar kerana takut orang buat mereka begitu. Tetapi sebenarnya tidak boleh biarkan anak kita begitu. Kasihan dia. Takkanlah kita nak biarkan dia jadi seperti katak di bawah tempurung. Duduk sahaja di rumah dan tidak tahu apa yang berlaku di luar.
“Kita mahu dia explore benda di luar. Saya sedar apabila di dalam kereta, anak saya itu seronok untuk melihat keadaan sekeliling. Saya bawa mereka pergi tengok wayang. Kalau tengok wayang, dia akan keluar masuk panggung. Sebab itu juga saya akan ambil tempat di bahagian atas yang tidak ada orang agar mudah dia keluar untuk berjalan,” sambung Zarina.
Mereka yang dikurniakan anak autism bolehlah mengikut tip yang diberikan oleh Zarina.
“Tip untuk mendidik anak autism adalah kita kena jadikan mereka kawan kita. Kita juga perlu selalu bercakap dengan mereka, dan bawa mereka keluar sebab anak autisme perlukan perhatian kita.
“Cara yang saya buat lagi adalah mengajar mereka mengenai kebersihan diri. Mandi, gosok gigi, pakai deodoran, sikat rambut, pakai bedak, potong kuku. Benda-benda itu nampak remeh tetapi kita perlu ajar sebab mereka tidak akan tahu kalau tidak diajar. Mereka akan biarkan diri mereka begitu sahaja,” kongsi Zarina.
Sebagai seorang ibu wanita tabah ini sentiasa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Mereka adalah darah dagingnya, sudah tentu dia sama sekali tidak akan mengabaikan amanah yang Allah berikan buatnya untuk dipelihara dengan baik.
Tambah ibu kepada anak empat ini lagi, selain peminat, anak-anaknya juga kerap kali menjadi pengkritik tetap kepada cara berpakaiannya.
Anak-anaknya lebih gemar ibu mereka tampil ringkas dan tidak perlu bermekap tebal. Mereka juga tidak mahu ibu mereka terlalu berhias apabila keluar rumah.
Namun, Zarina sedari awal jelaskan bahawa dia terpaksa bersiap setiap kali keluar rumah kerana dia merupakan seorang selebriti malahan dalam masa yang sama seorang ahli perniagaan. Jadi penampilan perlu dititikberatkan, dari situ anak-anak mula memahami keadaan dirinya.
Aura Zarina yang kuat menempuh liku hidup ternyata menyuntik inspirasi kepada seluruh wanita untuk berusaha ke arah kebaikan.