Pelajar tingkatan 4 ditangkap berkhalwat dalam hotel bajet, beri alasan sambut tahun baharu. Dalam surah Al-Isra ayat 17:32, kita dilarang menjauhi zina kerana ia perbuatan keji dan membawa kerosakan.
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Pelajar Tingkatan 4 Ditangkap Berkhalwat Dalam Hotel Bajet
Bangga kepada perbuatan maksiat akhirnya menjerumus seorang pelajar tingkatan 4 ditangkap khalwat di malam tahun baharu. Di saat sebahahagian rakan sebaya masih takut-takut keluar rumah tetapi pelajar ini ditangkap di sebuah hotel bajet di Kelantan.
Memetik laporan Harian Metro, pelajar tingkatan empat ditahan selepas disyaki berkhalwat bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dalam sebuah hotel bajet di sini, pagi tadi.
Pelajar berkenaan ditahan pada jam 4 pagi menerusi Operasi Ambang 2023 oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, remaja berkenaan memberi alasan keluar untuk menyambut tahun baru 2023.
“Ketika operasi, remaja terbabit disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan yang mencurigakan.
Ads
“Pasangan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan dengan hukum syarak.
“Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, pada operasi sama bermula 4 petang dan berakhir 4.30 pagi itu, seramai 11 wanita diberi notis kehadiran khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan, manakala satu kes diberi amaran keras.
Menurutnya, fokus utama operasi adalah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.
“Kita menasihatkan kepada semua supaya tidak melakukan kesalahan syariah termasuk kemungkaran dan sentiasa menjaga diri.
“Selain itu, pihak kita juga mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam termasuk di pasar raya dan tempat tumpuan ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.
Ads
Untuk perkongsian bersama, zina tidak hanya merujuk kepada syahwat semata tetapi zina mata, hati, lidah dan lain-lain anggota juga terjadi.
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sungai Pahang kering teruk, doktor kongsi kesan perubahan iklim yang menakutkan.Sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 459 kilometer. Di hulu sungai ini terdapat Taman Negara yang dapat dilalui menggunakan rakit dan bot kecil.
Antara bandar di sepanjang sungai ini ialah Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan. Lembangan sungai Pahang merangkumi 70% kawasan negeri Pahang dan dua daerah di utara Negeri Sembilan iaitu Jelebu dan sebahagian daerah Jempol.
Sungai Pahang Kering Teruk
Ia menjadi nadi kehidupan kepada sebahagian kepada penduduk yang mencari rezeki di sungai ini. Di dalamnya tersimpan banyak spesis ikan air tawar seperti Patin, Talapia, Jelawat, Kerai, Baung dan Tamalian serta berbagai-bagai lagi jenis ikan yang mana harganya boleh tahan mahal.
Bahkan, bagi peminat ikan baung, Temerloh antara tempat dituju untuk menikmati enaknya masakan ini.
Tetapi hari ini, dengan perubahan cuaca yang ekstrem serta sikap rakus tangan-tangan manusia, kesan perubahan pada iklim dunia sudah jauh berubah.
Antartika sendiri sudah mula kehilangan sejumlah besar ais dan dilaporkan terpecah sebesar saiz negara Argentina.
Kajian saintis dan data kajian dari Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan (NSIDC), menunjukkan Antartika mengalami perubahan sangat ekstrem di mana aisnya berada pada paras sekitar 1.6 juta kilometer persegi, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Doktor Kongsi Kesan Perubahan Iklim Yang Menakutkan
Jika Antartika, aisnya sudah mula terpecah, dalam negara kita, ada sesuatu yang harus kita cakna dan ambil peduli apabila melihat gambar-gambar dikongsikan oleh doktor pakar dalam perikanan iaitu Dr Fitri Yusof di twitternya.
Menurut pakar dalam bidang Akuakultur Dan Perikanan ini, dalam persoalan diajukan, dirinya berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan Sungai Pahang kering.
Soalnya, apa yang berlaku di Sg Pahang sekarang? Sekarang tengah kering teruk!
Sungai Pahang yang terpanjang di Malaysia sudah mulai mengering dan ia jelas suatu kebimbangan buat kitaBumi yang semakin tua dan kerakusan tangan manusia mengakibatkan berlakunya perubahan iklim dunia yang dahsyatKesan perubahan ini jauh lebih teruk berbanding kejadian sama pernah berlaku pada tahun 1996 dahulu.Mereka yang menternak ikan sangkar antara yang paling teruk terjejas dengan pengeringan sungai Pahang ini
Jelasnya dengan situasi dilalui sekarang, akibat cuaca panas yang melampau hari, mereka yang bergantung pencarian kepada hasil sungai akan terjejas.
“Ini akan memberi kesan kepada penduduk yang bergantung hidup pada sungai Pahang. Aktiviti nelayan dan ternakan ikan air tawar sangat-sangat terjejas. Ikan akan turun ke hilir di mana air lebih banyak berbanding hulu. Sebab tu ramai dapat ikan di hilir Sg Pahang.
Bahkan keringnya Sungai Pahang hari ini jauh lebih teruk berbanding dialami pada tahun 1996 dahulu,” katanya berkongsi info ini di twitternya @drfitriyusof. Sumber : Mak Jehan, Whatsapp Group MNS Pahang.
Biar pun sedih dengan pengumuman bahawa Malaysia mengambil langkah untuk menangguhkan untuk menghantar jemaah haji ke tahun hadapan.
Namun langkah yang diambil bagi mengutamakan kesan kesihatan dan penambahan kuota masih dalam proses perbincangan.
Malaysia menangguhkan penghantaran jemaah haji tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.
Utamakan Kesan Kesihatan
Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penangguhan penghantaran bagi musim haji tahun ini mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.
“Saya ingin mengumumkan kepada semua rakyat Malaysia bagi musim haji 1441 H ditangguhkan ke tahun depan.
“Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji ini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya.
Ditanya mengenai jika ada penambahan kuota haji tahun depan berikutan penangguhan penghantaraan jemaah tahun ini, Zulkifli berkata, jumlah itu bergantung kepada perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi selepas musim haji tahun ini.
Beliau sebelum ini memaklumkan jumlah jangkitan COVID-19 melebihi 100,000 kes antara pertimbangan kerajaan Malaysia membenarkan jemaah ke Mekah atau sebaliknya.
MW: Biarpun kecewa dengan penangguhan haji, mak ayah jangan terus bersedih. Pasti setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah sebaik-baik perancang.
Sumber/ Foto: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kenyang scammer menipu, review rumah di Sg Besar tapi bila pelanggan tiba rumah tak wujud. Ramai tak pernah takut makan duit haram sebab tak pasti mati itu bila.
Mereka lebih suka memikirkan kesenangan dunia tipu-tipu ini dan beranggapan berkumpulnya di Padang Masyhar itu hanya rekaan. Harus diingat, apa kita lakukan di dunia, sedikit pun tak terlepas dari dihisab.
Kenyang Scammer Menipu
Cuti perayaan Tahun Baru Cina yang panjang selama empat hari membuatkan ramai memilih bercuti atau membuat urusan dengan keluarga ke lokasi terpilih.
Kebiasaan sebelum bercuti, kita akan membuat pilihan lokasi, homestay atau hotel mana yang sesuai budget serta pilihan pemandangan yang kita inginkan.
Satu perkongsian di grup Hotel Review Malaysia oleh seorang dari ahlinya, Myra Ehsan pasti boleh dijadikan panduan buat kita semua agar lebih berhati-hati agar tidak tertipu dengan iklan homestay yang menjadi pilihan ramai selain hotel.
Menurut Myra, dia memilih sebuah homestay di Sg Besar yang terkenal dengan percutian sawah padinya.
Menyedihkan, di hari perjalanan mereka, rumah yang didaftarkan atas nama Homestay Siti Ainun & Natasya Sg Besar yang mengiklankan pemandangan indah sawah padi di sekelilingnya rupanya tak wujud langsung.
Nak review book homestay. Sampai -sampai eh homestay takde hahahahahaha.
SCAMMER ALERT.
HOMESTAY SITI AINUN & NATASHA, SUNGAI BESAR
Tak tau lah saya mangsa ke berapa hari ini. Ramai rupanya terkena dengan dia hari ini ya. Kaya la mak hayam ni hari ini ye, kongsinya.
Inilah rumah yang diiklankan konon berada di Sg Besar berlatar belakangkan sawah padi tapi rumah sebenar ada di Kedah.
Owner asal di Kedah turut menjalankan bisnes homestay dan gambar rumahnya diguna untuk mengaburi orang ramai
Bijak kepala scammer menipu. Ambil gambar rumah orang lain dan iklankan sebagai homestay mereka
Review Rumah Di Sg Besar Tapi Bila Pelanggan Tiba Rumah Tak Wujud
Menurut Myra, dirinya sudah pun membuat bayaran penuh dan semasa membuat urusan booking, dirinya dimaklumkan dia adalah pelanggan pertama homestay berkenaan. Dia memilih ke Sg Besar bukan atas tiket percutian sebaliknya ada urusan mengenai arwah ayahnya di lokasi ini.
Selepas memuat naik perkongsian berhati-hati dengan scammer agar tidak ramai terus tertipu dengan fb atas nama Teratak Siti (scammer), seorang ahli grup ini berkongsi, rumah sebenar yang dikongsikan rupanya terletak di Kedah, negeri Jelapang Padi yang turut menjalankan perniagaan homestay.
Hisk, macam-macam orang nak menipu hari ini. Kata Myra, selepas terkena, dia ada membuat carian dan mendapati scammer turut mengiklankan perniagaan ada buat bisnes homestay di Melaka. Jadi sila hati-hati, bacalah review, google nama homestay untuk pastikan nama owner sebenarnya. Memang nampak seperti banyak kerja tapi sekurangnya kita tak terpedaya dengan scammer.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.