Pelajar Tingkatan 3 Dibuli, Dakwa Dipukul, Seluar Dilondeh, Nyaris Dijerut Dengan Dawai

Share

Pelajar tingkatan 3 dibuli, dakwa dipukul, seluar dilondeh, nyaris dijerut dengan dawai. Seorang pelajar tingkatan tiga mengalami kecederaan selepas dipercayai menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar yang bertindak memukul, menurunkan seluarnya serta hampir menjerut lehernya menggunakan dawai dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan.

Pelajar Tingkatan 3 Dibuli, Dakwa Dipukul, Seluar Dilondeh, Nyaris Dijerut Dengan Dawai

Insiden yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu dikatakan melibatkan enam pelajar tingkatan empat. Tindakan mereka bagaimanapun sempat dikesan oleh seorang guru yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Menerusi Facebook, seorang wanita yang juga merupakan ibu saudara mangsa mendakwa kejadian tersebut amat keterlaluan apabila anak saudaranya bukan sahaja ditampar dan ditumbuk, malah seluar turut dilondehkan.

Malah katanya, anak saudaranya nyaris dijerut menggunakan dawai sebelum kejadian itu disedari oleh guru yang secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.

Menurutnya lagi, anak saudara ditendang, ditumbuk, dipukul, ditampar, seluar dilondehkan paras lutut, leher hampir dijerut dengan dawai.

“Jika guru tidak melalui kawasan buli itu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli.

“Malam tadi enam keluarga datang rumah mak abah saya minta kami tarik kes. Saya minta tolong supaya keluarga pembuli berkenaan tidak meminta adik saya menarik kes ini.

“Semua pembuli itu baru tingkatan empat, namun boleh berfikir dan melakukan sampai tahap ini. Apa akan jadi bila mereka berusia 20 tahun?” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, enam pelajar berusia 16 tahun telah ditahan berhubung insiden itu dan pihak polis sedang menguruskan permohonan reman pada pagi ini.

“Saya akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Rita Rudaini Dedah Sekolah Sorok Kes Buli Bawah Karpet& Pelajar Senior Pukul, Ikat Pelajar Di Pokok Sampai Tak Boleh Berjalan

Dipukul, Ditendang, Dihentak Kepala, Murid Kanser Hidung Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has