Malah sejak tiga tahun lalu, Nur Aizat Binti Mohd Rosli seronok kerana dapat berganding bahu dengan rakan-rakan senasibnya bekerja sebagai barista di sebuah kedai rangkaian kopi terkenal dunia, Starbucks.
Di kedai yang menggunakan Bahasa isyarat yang terletak di Bangsar Village, Kuala Lumpur ini sesiapa sahaja yang membeli minuman mahupun makanan di sini akan dilayan oleh barista yang rata-ratanya pekak dan bisu.
Menurut Nur Aizat, dirinya telah mencapai sesuatu yang tidak pernah terfikir olehnya untuk dilakukan apabila bekerja sebagai barista yang berilmu.
“ Antara pencapaian yang paling membanggakan adalah pengiktirafan sebagai Coffee Master kerana pensijilan ini amat mencabarkan dan susah.
“ Selain itu, kita juga ditugaskan untuk melatih rakan-rakan pekak yang baru dan ini memberi amalan bertanggungjawab dan etika kerja yang amat penting.
“ Kadang-kadang, kita juga akan membantu rakan-rakan biasa memperbaiki bahasa isyarat mereka dengan berlatih bahasa isyarat atau mengajar mereka mengenai bahasa isyarat yang lebih mendalam.
Ads
“ Pencapaian yang saya tidak akan lupakan ialah kejayaan saya untuk menyediakan seni latte kopi saya yang pertama. Saya rasa perkara-perkara yang kecil pun adalah pencapaian yang sangat membanggakan,” ujarnya dalam Bahasa isyarat yang diterjemahkan oleh Rose Ng, penterjemah daripada Society of Interpreters For The Deaf, Selangor and Wilayah Persekutuan (SID).
Berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat
Mahu Jadi Yang Terbaik
Memiliki kerjaya sendiri telah mengubah nasib Nur Aizat. Jelasnya banyak perubahan telah berlaku dalam hidupnya.
“ Pada mulanya, ketika belajar jadi barista saya amat takut sebab untuk mengendalikan peralatan dan mesin membuat kopi. Takut juga melakukan kesilapan dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Seiring dengan masa dan semakin banyak saya melakukan latihan, saya mampu bekerja dengan pantas dan baik.
“ Sebagai coffee master, cabaran paling hebat adalah apabila perlu menghidu pelbagai jenis kopi yang mempunyai bau dan aroma yang berlainan . Kemudiannya kita perlu menerangkan apakah bau tersebut. Itulah paling susah yang pernah saya perlu buat. Bagaimana saya mahu menerangkan bau yang saya hidu itu kepada orang lain?”
Ads
Walaupun sukar itu tidak mematahkan semangat Nur Aizat untuk menjadi yang terbaik.
Sabar Dan Fokus Pada Kerja
Nur Aizat seronok bekerja sebagai barista kerana dapat bertemu dengan ramai pelanggan yang berbeza pada setiap hari.
“ Saya dapat lihat usaha sesetengah pelanggan yang berusaha untuk berkomunikasi dengan saya menggunakan Bahasa isyarat. Paling seronok dapat melayan pelanggan yang mahu membeli barangan yang dijual di sini.
“ Selain itu ada juga pelanggan yang terdiri daripada mereka yang pekak dan bisu datang ke sini kerana tahu pekerja di sini juga pekak dan bisu seperti mereka. Itu membuatkan saya seronok. Saya berasa gigih untuk bekerja dan tidak pernah putus asa untuk berjaya.
Ads
“ Walaupun betapa sibuknya dalam melayan pelanggan, saya belajar untuk bersabar serta fokus terhadap kerja saya.”
Barista OKU dan normal berganding bahu kerja bersama
Nasihat Nur Aizat kepada OKU yang mahu bekerja dalam kerjaya yang sama seperti dirinya, dia amat menggalakkan mereka untuk melakukannya.
“ Ia adalah satu pekerjaan yang sangat menarik kerana anda boleh belajar tentang kopi dan perkhidmatan pelanggan melalui perspektif seorang pekerja yang pekak.
“ Kita dapat belajar semua latihan dan persiapan latihan yang diperlukan untuk pekerjaan sehingga hari ini. Di sini, kita bukan sahaja diberi peluang pekerjaan tetapi juga memberi peluang perkembangan kerjaya kepada rakan-rakan pekak.”
“ Inisiatif Starbucks yang pentingkan golongan orang kelainan upaya sangat memberangsangkan dan bagi saya, inilah kelebihan Starbucks berbanding dengan syarikat yang lain. Sebab inilah saya memilih untuk bekerja sebagai barista di sini,” ujar Nur Aizat lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sememangnya pemergian Siti Sarah diratapi seluruh negara, paling hiba apabila Raisuddin Hamzah diberitahu oleh menantunya, Shuib yang anaknya Siti Sarah sudah kembali ke ramahtullah.
Kehilangan orang yang kita sayang sangatlah pedih. Apatah lagi seorang bapa terpaksa berhadapan dengan pemergian anak tercinta ke negara abadi.
Raisuddin Reda “Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada”
“Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya”,”itulah ungkapa yang diluahkan oleh bapa kepada Almarhumah Siti Sarah seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online.
Begitulah perasaan yang begitu sedih dinyatakan oleh Raisuddin ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk anak arwah anaknya malam tadi.
“Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada.
“Apabila berlakunya perkara ini, saya tak berkata apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa,” sambung Raisuddin yang baru saja menamatkan proses kuarantin kendiri pada semalam.
Reda dengan ketentuan Ilahi, Raisuddin anggap apa yang terjadi merupakan takdir.
“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa. Ini yang dikatakan takdir.
“Marilah kita sama-sama doakan dia. Doakan agar dia tenang di sana. Kita cuma hanya dapat mengenang, tapi dia takkan kembali,” akhiri Raisuddin yang hilang kata-kata saat mengetahui anaknya sudah tiada.
Sumber : Harian Metro Online
Sumber Foto : Instagram Siti Sarah Raisuddin
Mingguan Wanita : Semoga keluarga Arwah Siti Sarah bertabah menghadapi kehilangan insan yang disayangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ellie Suriaty akui sudah divaksin tanda hormat pada suami. Akhirnya pelakon hebat Ellie Suriaty Omar akui dirinya sudah divaksin.
Dirinya mengambil vaksin Covid-19 jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu.
Ellie Suriaty Akui Sudah Divaksin Tanda Hormat Pada Suami
Sebelum ini Ellie yang lantang bersuara tentang isu vaksin terpaksa mengubah keputusannya sebagai tanda menghormati suaminya yang juga seorang pelakon senior, Azri Iskandar.
Ellie juga menyatakan dirinya bukanlah seorang antivaksin.
“Saya bukan seorang antivaksin. Kalau tidak, saya tidak ambil vaksin lain sebelum ini. Cuma saya ada pandangan mengenai vaksin Covid-19.
“Ya, saya sudah mengambil vaksin, saya ambil vaksin kerana suami.
Suami Minta Kami Mengikutinya
“Dia kata, sudah tiba masanya dia sebagai ketua keluarga, suami dan bapa bersuara mengenai perkara ini serta meminta kami (Ellie dan anak-anak) mengikutinya.
“Jadi sebagai tanda hormat, saya dan anak mengambil vaksin jenis Sinovac dos pertama pada Oktober lalu dan diikuti dos kedua pada November,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Shuib menang kes saman, “ini pengajaran untuk kaki fitnah. Menulis sesedap rasa di media sosial tanpa memikirkan perasaan orang lain harus menjadi pengajaran buat semua.
Menjadi mangsa fitnah dituduh freemason dengan mendakwa Shuib memujuk allahyarham isterinya untuk ditidurkan selepas dijangkiti Covid-19 kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung mengenai risiko tidak mengambil vaksin membawa padah kepada seorang pengguna media sosial, John Dihani apabila kalah dalam saman fitnah tersebut.
Shuib Menang Kes Saman
Dalam satu kenyataan di instagramnya, @shuibsepahtu mengucapkan syukur di atas kemenangan diperolehnya.
“Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal!!!! Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya maafakan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya.
“Semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa. Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia,” tulisnya.
“Ini Pengajaran Untuk Kaki Fitnah…”
Tambahnya lagi, hari ini dirinya berasa lega dengan kemenangan ini.
“Alhamdulillah harini 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah @sitisarahraissuddin. Hampir 5 bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawap.
“Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu di bayar cuma saya tak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu dibayar. Hasil duit saman semua akan disalurkan ke Tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.
Seorang lagi individu yang memfitnah Shuib iaitu Zulhairi Abu Othman, 35, telah bersemuka dan tampil membuat permohonan maaf.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.