Peguam dedah ibu berhabis RM40k anak jadi mangsa kad pengenalan disalah guna buka syarikat, niat cari kerja berakhir ke penjara. Sindiket kerja palsu kini dikesan mengubah taktik dengan menjadikan anak-anak muda yang sedang mencari pekerjaan sebagai mangsa meraih kekayaan dengan kejam.
Mereka menawarkan pekerjaan kepada anak muda dan kemudian meminta kad pengenalan untuk membuka bank bagi pembayaran gaji.
Ironinya, kad pengenalan ini disalah guna untuk membuka syarikat yang terlibat dengan urus niaga haram. Namun bila pihak berkuasa polis membuat serbuan, anak muda ini terpaksa menanggung semua kesalahan termasuk ke penjara sementara scammer terlepas kerana tiada sebarang bukti.
Hal ini didedahkan seorang peguam, Nora Bahari di threadnya di mana dirinya bertemu beberapa mangsa di mahkamah ketika urusan kerja. Jelasnya, semakin ramai anak muda diperdaya oleh scammer dan ada antara kes mereka ini dituduh di bawah undang-undang berat termasuk Seksyen 424C Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).
“Bismillah. It takes me some time to write this. Saya tahu mungkin suara saya tak mampu nak bantu mangsa-mangsa kat luar tapi saya harap kita dapat jaga sesama kita. Kebelakangan ini, saya nampak ramai anak-anak muda dibawa ke Mahkamah dan dituduh di bawah pertuduhan keldai akaun/muled akaun.
“Kali ini modus operandi scammer telah berubah yang mana mereka menggunakan anak-anak muda yang mencari kerja dan dengan secara salah menggunakan nama anak-anak muda tersebut dengan mendaftarkan nama mereka di dalam syarikat tanpa pengetahuan.
Ads
“Kemudian mereka perdaya anak-anak muda ini untuk buka akaun bank kononnya untuk akaun gaji. Tapi sebenarnya diperdayakan buka akaun bank bagi syarikat. Tiba-tiba beritahu, akaun tak boleh guna, gaji bayar secara cash,” katanya yang berkhidmat di Tetuan Adnan Rahim & Co.
Berkongsi kebenaran menakutkan ini, jelas peguam yang berpengalaman 12 tahun dalam dunia guaman, kebanyakan mangsa adalah anak-anak muda yang naif, kurang pendidikan dan terdesak untuk mencari kerja.
“Maka sebab mereka ini mudah percaya dan naif maka mereka turutkan saja apa yang “tauke” tu buat. Tapi sebaliknya yang terjadi tanpa pengetahuan mereka, akaun bank yang mereka buka tadi yang kononnya untuk gaji dan tak aktif tu telah diguna pakai oleh scammer untuk tujuan scam pelaburan. Banyak transaksi wang yang masuk ke dalam akaun tanpa mereka tahu pun.
Jelasnya lagi, dulu scammer menggunakan akaun individu tapi kini lebih terkehadapan menggunakan akaun syarikat.
Ads
“Ada antaranya muda lagi, sekitar 18 ke 25 tahun. Syarikat pun baru wujud beberapa bulan. Buat bisnes skim pelaburan. Ini sebahagian dari tanda-tanda red flag. Anak-anak muda ini tak tahu apa benda tentang syarikat pun. Tak dapat apa-apa manfaat tapi akhirnya ke penjara kerana dituduh sebagai scammer,” jelasnya memaklumkan, kes begini akan terus menular kerana untuk membuka syarikat hanya perlu mendaftarkannya secara dalam talian saja.
“Lebih mudah dan cepat tapi lebih banyak akan terpedaya. Sebabnya mereka ada nama penuh,kad pengenalan dan alamat semua. Semua maklumat ini adalah perangkap anak-anak muda. Jadi kena hati-hati.
“Ada anak muda yang ditangkap tak tahu aapa-apa tapi perlu road show satu Malaysia bila ada orang buat aduan atas akaun bank kita. Mereka terpinga-pinga bila disoal polis. Masih muda tapi disoal tentang scam pelaburan. Mereka tak tahu apa-apa,’katanya lagi.
Dalam pada itu, peguam ini turut berkongsi kisah seorang ibu yang berhabisan hampir RM40,000 demi menyelamatkan anaknya yang dituduh kerana syarikat palsu namun akhirnya terpaksa menerima hakikat tak mampu melawan scammer jahat begini.
Ads
“Ada lebih 30 laporan polis terhadap akaun tersebut di seluruh Malaysia. Kali ini si ibu tidak mampu lagi. Anaknya pasrah untuk di penjara walaupun dia tak pernah tahu langsung tentang syarikat yang kononnya dia miliki,” katanya.
“Kes seperti ini makin meningkat dan menjadi mangsa adalah anak-anak muda melayu kita. Dituduh di bawah Seksyen 424C Kanun Keseksaan. Hukuman denda sahaja minimum 10k. Saya tengok setiap tertuduh, mereka ini tak tahu kenapa mereka harus di Mahkamah. Clueless. Paling kesian, bila mereka mengaku bersalah dan dihantar ke penjara.
“Saya harap anak-anak muda kita kena lebih berhati-hati. Dan kita juga jaga dan ambik tahu hal keluarga kita. Nak cari kerja, hati-hati. Jangan mudah percaya pada orang.
Dalam memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya scammer yang memperdaya anak muda, seorang individu berkongsi pengalaman pernah menolak pembukaan syarikat melibatkan individu berusia 19 tahun kerana berasa was-was.
“Ya Allahh. Sy ni CoSec. Baru je saya declined klien nak daftar syarikat SDN BHD guna ic beberapa orang yang berumur 19-20 tahun. Bila minta nak jumpa, dia cakap tak perlu. Just nak online saja. Takkanlah umur 19 dah jadi directorkan. I dah rasa lain & terus reject. Takut ic tu dicuri ke ape ke. Rupanya ada sindiket ye.
Apa pun, sebaiknya anak muda berhati-hati dengan tawaran kerja dan jangan terlalu terdesak.
Inilah realiti pahit. Anak muda kita yang naif jadi korban sistem. Mereka cuma mahu cari kerja tetapi berakhir di lokap, di mahkamah dan di penjara.
Semoga masyarakat lebih peka, ibu bapa lebih mengambil tahu, dan anak-anak muda lebih berhati-hati. Jangan sesekali serah dokumen peribadi sewenangnya. Ingat, tawaran kerja yang nampak indah boleh berakhir dengan gari di tangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali anak-anak menduduki peperiksaan, pastinya jiwa mak ayah turut berdebar sama. Setelah segala usaha dilakukan, hanya doa dan tawakal dipohon supaya anak kekal tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang. Begitu juga kata-kata semangat dan nasihat diberikan buat anak supaya kekal fokus dan yakin dalam menduduki peperiksaan.
Hari ini merupakan hari pertama permulaan peperiksaan SPM untuk subjek Bahasa Melayu Kertas 3 (Lisan). Anak kedua kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi turut menduduki peperiksaan besar ini. Meskipun bersekolah swasta antarabangsa, Marrisa Dania, 17 tetap mengambil peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan.
Kongsi Nasihat & Pesanan Buat Anak
Norman berkesempatan mencuri masa menghantar sendiri anak kesayangannya menuju ke pusat peperiksaan. Sepanjang perjalanan tersebut, sebagai seorang ayah Norman ada kongsikan nasihat dan pesanan berguna buat anak tersayang supaya tenang dalam menghadapi peperiksaan.
Hari pertama permulaan SPM untuk my Tanggecey @marissadania_ dan juga pelajar-pelajar SPM yang lain untuk subjek Bahasa Melayu Kertas 3 (Lisan).
Hampir 40 minit perjalanan untuk sampai ke Pusat Peperiksaan,masa diisi dengan sesi one on one..heart to heart talk dengan Dania.Nerves jugak katanya.But saya selalu pesan kat anak-anak, kita kena sentiasa ‘in control’. Bukan keadaan yang menentukan minda & emosi kita,tapi kita yang sentiasa terkawal dengan apa jugak situasi yang mendatang samada di dalam atau di luar perancangan kita.
Lagi satu pesan saya, kawal pernafasan untuk kekalkan minda,emosi supaya energi sentiasa at peak.Hati kena sentiasa ‘engage’ dgn Pencipta melalui istigfar & zikir.In shaa Allah takde apa yg perlu kita risau.
Mohon Doakan Ketenangan Anak Menjawab Soalan
Disamping itu, bekas pengacara Mingguan Wanita Talkshow musim kedua ini juga turut meminta para sahabat dan followernya supaya mendoakan ketenangan anaknya dalam menjawab soalan SPM.
Mohon sahabat-sahabat doakan juga kemudahan & ketenangan buat Marissa Dania Hakim untuk menjawab soalan-soalan dengan tenang in shaa Allah.
All the best cayang papa & juga buat anak-anak yang mula peperiksaan SPM seluruh Malaysia.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”, begitulah luahan pelakon dan pengacara Irma Hasmie yang berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu. Salam takziah kami ucapkan buat Irma dan keluarga.
Menerusi akaun Instagramnya pelakon itu menyatakan telah genap seminggu pemergian Allahyarham ibu kesayangannya.
“Rindu. Hari ini genap seminggu pemergian mama (6 Syawal 1444, 1:13pm). AlMarhumah Hajjah Ropitah binti Robiah,” tulisnya pada Khamis.
“Rindu. Genap Seminggu Pemergian Mama”
Irma juga turut berterima kasih kepada mereka yang membantu menguruskan jenazah serta mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
“Saya dan adik saya Mohd Farooq Hossny ingin sampaikan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan mana-mana pihak di Prince Court Medical Centre atas setiap rawatan, penjagaan rapi dan layanan yang sangat baik terhadap almarhumah mama kami.
“Begitu juga adik beradik almarhumah mama, ahli keluarga dan saudara mara yang menemani mama hingga saat akhir. Terus memberi semangat pada kami, membantu menyelesaikan urusan-urusan tertentu, prihatin tanpa jemu, berkorban masa dan tenaga, berjaga sepanjang malam bergilir-gilir zikir dan berdoa buat mama,” katanya.
Terharu Terima Banyak Kata Sokongan
Pada perkongsian yang sama Irma juga berasa terharunya apabila menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat di saat dirinya dan keluarga berdepan saat sukar.
“Terima kasih semua pengikut dan warga media sosial yang mendoakan almarhumah mama. Walaupun mungkin kita tak pernah bersua atau mengenali secara langsung, ramai yang DM dan saya tak sempat nak respon semuanya.
“Alhamdulillah saya baca dan semoga setiap doa kembali kepada kalian dengan berkat dan kebaikan daripada Allah SWT. Terima kasih dan saya sangat menghargainya,” katanya.
Untuk rekod sebelum ini Irma pernah berkongsi ibunya diuji dengan penyakit kanser. Malah dia juga memberitahu sudah satu tahun ibunya bertarung dengan penyakit terebut.
Lelaki yang memiliki 38 orang isteri dan 89 orang anak telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Keluarga terbesar di dunia ini dikatakan telah hilang seorang ketua keluarga iaitu seorang suami dan juga ayah.
Lelaki Miliki 38 Isteri 89 Anak Meninggal Dunia
Seorang lelaki di New Delhi, India dari negeri timur laut Mizoram yang dipercayai mempunyai keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak, dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad di usia 76 tahun.
Menurut Agensi Anadolu, kematian Ziona Chana diumumkan Ketua Menteri Mizoram Zoramthanga di Twitter.
Keluarga Terbesar Dunia Hilang ‘KETUA”
“Dengan dukacita, #Mizoram mengucapkan selamat tinggal kepada Mr Zion-a (76), yang dipercayai memiliki keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak,” katanya.
Zoramthanga berkata, Mizoram dari daerah Baktawng Tlangnuam menjadi tarikan pelancong utama di negeri ini kerana keluarganya.
Chana, ketua sektor agama dikenali ‘Chana Pawl’, yang diasaskan bapanya pada 1942, yang membenarkan poligami.
Menurut pegawai, Chana, yang juga mempunyai ramai cucu, meninggal dunia pada petang Ahad.
“Beliau dibawa ke sebuah hospital swasta di daerah lain dan menurut laporan yang diterima, dia meninggal dunia hari ini,” kata Timbalan Pesuruhjaya Daerah, Serchhip Kumar Abhishek.
Bekas ketua menteri Mizoram dan pemimpin politik kanan parti Kongres Nasional India, Lal Thanhawla, berkata, “Kematiannya (Chana) kehilangan sangat besar bagi semua orang… Keluarga itu sangat berdisiplin dan ada banyak perkara yang perlu dipelajari daripada mereka.” – Bernama
Mingguan Wanita : Ternyata bukan mudah menguruskan sebuah keluarga yang besar. Terfikir bagaimana si mati dapat mentadbir keluarganya dengan baik agar semuanya sentiasa berdisiplin seperti yang dilaporkan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Kematian pengarah filem Ejen Ali dipercayai akibat sakit 'misteri' bukan sebab gaduh. Polis mengesahkan kematian pengarah animasi terkenal, Ejen Ali, yang ditemui lemas selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang pergaduhan.