Mungkin ramai yang tak tahu, bukan semua ubat-ubatan sesuai diletakkan dalam peti sejuk mahupun pada suhu bilik. Sebenarnya ubat-ubatan perlu disimpan ditempat yang sesuai bergantung pada jenis ubat tersebut. Malah perlu diberi perhatian pada beberapa perkara bagi mengelakkan ubat tersebut mudah rosak mahupun membahayakan diri jika tersalah ambil.
Jemput baca perkongsian daripada Pegawai Farmasi ini, Faiz Akmal Mfa sebagai panduan.
TAHU TAK KITA MACAM MANA NAK SIMPAN UBAT SEBENARNYA?
Seringkali bila abam farmasis dan pasukan klinik pergi buat lawatan ke rumah pesakit, macam-macam ragam yang kami jumpa. (Dua gambar di bawah ini sebagai contoh nya)
1. Ada yang suka simpan ubat dalam peti sejuk. Alasannya, ubat boleh tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk.
2. Ada yang suka simpan ubat di dapur. Alasannya, senang nak makan ubat dan teguk air masak. Sekali jalan.
3. Ada yang suka campur-campur ubat dalam satu bekas yang sama. Alasannya, senang boleh ngap ubat sekaligus.
4. Ada yang suka simpan ubat dalam kereta. Alasannya, senang nak balik kampung, tak lupa dah pasal ubat.
Meh abam ajar…
Perkara Yang Perlu Dilakukan
Lepas kita semua dapat ubat di kaunter farmasi, tak kisah lah sama ada kita dapat free ataupun selepas membeli ubat, benda pertama yang kita buat adalah BAWA BALIK UBAT dan CARI TEMPAT SIMPAN UBAT.
1. Risalah Kecil Ubat
Kebiasaannya ubat-ubat yang kita dapat adalah dalam bungkusan kotak asal. Di dalam kotak itu, biasanya ada pamphlet atau risalah kecil ubat. Haaa, JANGAN BUANG! Bukak dan BACA.
2. ‘Cara Simpanan Ubat’
Cari ayat yang bertulis ‘Cara Simpanan Ubat’ atau dalam bahasa omputih nya, ‘How To Store Or Kept Medicines’.
3. Fahamkan Arahan
Biasanya kita akan perasan ayat-ayat macam ini, “Sila Simpan Ubat Di Suhu Bilik”, atau “Sila Simpan Ubat Di Suhu 2-8 Darjah Selsius”, atau “Jauhkan Ubat Dari Cahaya, Bahang, dan Kanak2”. Lebih kurang macam gitulah ayatnya.
4. Baca ‘Stiker Label’
Sebenarnya, kalau anda dapat ubat, walaupun tak ada pamphlet, tapi di SAMPUL UBAT anda atau STIKER LABEL ubat anda juga dah tertulis sebenarnya ayat-ayat ‘Cara Simpan Ubat’ itu. Tinggal kita baca tak baca saja.
Okay, sampai sini, korang dah faham kan?
Meh abam sambung…
4 Perkara Perlu Ambil Perhatian
1. Kalau ayatnya tu suruh simpan ubat di suhu 2-8 darjah Selsius,
– Maknanya, anda perlu simpan ubat di dalam PETI SEJUK (bahagian RAK TENGAH sahaja), BUKAN di pintu peti sejuk, BUKAN di freezer.
– Contoh ubat yang disimpan di peti sejuk adalah INSULIN yang BELUM DIBUKA.
– JANGAN SIMPAN ubat-ubat PIL, KAPSUL, TABLET dalam peti sejuk. Mereka takkan tahan lama sebab mereka akan cepat LEMBAP, BASAH, dan ROSAK!
2. Kalau ayatnya tu suruh simpan ubat di suhu BILIK,
– Maknanya, anda perlu simpan ubat memadai di dalam rumah, dengan syarat JAUH DARI CAHAYA, BAHANG, KELEMBAPAN, dan KANAK-KANAK.
– JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk, kereta, bilik air, bilik mandi.
INGAT!
3. JANGAN campur semua ubat dalam bekas yang sama. Lagi-lagi kalau ubat tu ubat makan bercampur dengan ubat-ubat kegunaan luaran. Mak-mak suka simpan ubat demam budak bercampur dengan ubat losyen dan cuci luka kan. JANGAN! Nanti kalau kita panik, boleh tersalah ambik ubat!
4.JANGAN simpan ubat melebihi tarikh luput. Rajin-rajin lah check tarikh luput ubat anda.Ubat yang dah EXPIRED atau LUPUT, perlu DIPULANGKAN SEMULA ke farmasi klinik/hospital yang berdekatan, supaya pihak farmasi dapat LUPUSKAN ubat dengan cara yang betul.
Semoga membantu.
Sekian,
Faiz Akmal Mfa,
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak, bila balik klinik dapat ubat, baca dahulu pada risalah kecil dalam ubat tersebut dan simpanlah di tempat yang sesuai.
Sumber: Faiz Akmal Mfa
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI