Ralit menempuh liku-liku hidup, tanpa sedar umur semakin berganjak dan masuk dunia 35-40 tahun. Yang mana waktu inilah ada sesetengah kejadian berlaku tanpa disangka-sangka.
Namun siapa kita untuk menghalang ujian yang tiba, jalan terbaik reda dan bersedia menerima apa saja kemungkinan yang berlaku. Seperti yang dikongsikan Puan Ainul Mardhiah di laman facebook miliknya, umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji.
Masuk Saja Umur 35-40 Tahun
Ujian boleh datang dari ibu bapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.
Usia 35 – 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah “al-Ahqaaf ayat 15” ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,
Ads
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu).”
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumah tangga yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa…muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal…”
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Ads
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
Ads
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 35 – 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkanny.?!
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Panas sungguh cerita suami lepaskan isteri demi mengejar cinta perempuan lain. Mak-mak yang baca pun panas hati, suami yang prihatin pun sama, geleng kepala tak faham tindakan suami semacam ini.
Banyak benarnya apa yang dikongsi Andy Sulaiman ini. Tentang ciri-ciri isteri yang tak patut suami lepaskan. Sebab, di kemudian hari suami akan menyesal tak sudah.
Renung 5 Tanda Ini, Kalau Ada Pada Bini Kita Fikir Semasaknya
“Kecoh juga hal si Abu tu ceraikan bini dia tu ya? Tak tahu lah apa ada dalam kepala dia. Nak komen lebih-lebih, karang ada cerita lain pula dari pihak bini dia. Terlebih cerita, jadi bawang pun tak seronok juga.”
“Tapi, sebelum nak tinggalkan bini sebab nak kejar ke perempuan lain, renung 5 tanda ni. Kalau ada pada bini kita, fikir lah semasaknya.”
1. Jika masa bercinta isteri kau kurus sekarang dah gemuk, itu tanda dia bahagia dengan kau. Jarang orang kecewa berat badan makin naik. Dia pun sanggup tak makan lepas tu, melompat bersenam tunggang langgang semata-mata nak sedap mata kau memandang.
2. Jika dah ada ramai anak, kenangkan berapa kali dah dia pertaruhkan nyawanya sendiri masa bersalin, tanda sanggup korbankan nyawa lahirkan benih kau. Kau sembelit, lobang terluka sikit pun, kerja nak marah orang je.
3. Dalam kereta, kau kentut pun dia steady je. Tak ada menggelabah. Itu contoh mudah tanda baik buruk kau, elok selekeh kau dia terima seadanya. Tutup hidung tu biasa lah. Alah kau ni.
4. Kau ada rezeki lebih, dia tak meminta bukan-bukan. Kau tak ada pendapatan, dia hulurkan bantuan. Tanda susah senang, dia setia di sisi. Orang luar yang kau gila-gilakan, belum tentu ada waktu kau dalam kesusahan.
5. Pandang cermin dan lihat diri kita. Syukur lah ada wanita yang mencintai dan menyayangi kita. Itu tanda walau kau tak hensem, dia tetap ada.
Kenapa nak lukai hati isteri kalau dia dah setahap ini. Yakin ke di luar boleh cari yang lebih baik lagi?
Aku pun banyak silap. Dari kesilapan, kita terus mencuba jadi suami yang baik.
Dalam institusi kekeluargaan, hubungan dengan adik ipar sering kali dianggap sebagai satu hubungan yang penting dan perlu dijaga. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa kadangkala, adik ipar boleh menjadi punca tekanan dan kesedihan, terutama apabila mereka suka menyakitkan hati.
Adik Ipar Selalu Sakitkan Hati, Punca Suami Isteri Bergaduh
Perkahwinan adalah satu ikatan yang memerlukan kerjasama, komunikasi, dan pemahaman antara suami isteri. Namun, ada kalanya hubungan ini diuji oleh faktor luar, seperti campur tangan adik ipar yang boleh menjadi punca pergaduhan antara suami isteri.
Kalau Melampau Sangat, Jauhkan Diri Demi Jaga Mental
Berikut adalah beberapa cara bijak untuk menangani situasi ini.
1. Kenali Batasan Anda
Langkah pertama ialah mengenali batasan anda sendiri. Tanyakan kepada diri sendiri sejauh mana anda boleh bertoleransi dengan sikap adik ipar yang menyakitkan hati. Mengetahui batasan anda adalah penting untuk menentukan bila dan bagaimana anda perlu menjauhkan diri.
2. Berkomunikasi dengan Pasangan
Sebelum mengambil langkah untuk menjauhkan diri, berbincanglah dengan pasangan anda. Terangkan perasaan anda dan jelaskan mengapa anda merasakan perlunya menjauhkan diri daripada adik ipar. Pastikan pasangan anda memahami keadaan dan memberi sokongan yang diperlukan.
Selepas berbincang dengan pasangan, tetapkan batasan yang jelas dengan adik ipar. Beritahu mereka dengan sopan tetapi tegas mengenai had yang anda tetapkan. Ini mungkin termasuk menghadkan interaksi, tidak terlibat dalam perbincangan yang sensitif, atau mengelak daripada situasi yang boleh menimbulkan konflik.
4. Fokus pada Kesejahteraan Diri
Jauhkan diri daripada adik ipar yang suka menyakitkan hati bukan bermakna memutuskan hubungan sepenuhnya, tetapi lebih kepada memberi ruang kepada diri sendiri untuk tenang dan pulih. Fokus pada aktiviti yang boleh meningkatkan kesejahteraan emosi anda seperti bersenam, hobi, atau menghabiskan masa dengan orang yang memberi sokongan positif.
5. Jauhkan Diri
Dalam situasi ini, menjauhkan diri daripada adik ipar tersebut mungkin menjadi langkah terbaik untuk menjaga kesejahteraan emosi dan mental.
6. Cari Sokongan
Dalam masa-masa sukar, mencari sokongan daripada orang yang dipercayai adalah sangat penting. Ini boleh termasuk pasangan, rakan rapat, atau ahli keluarga yang lain. Berkongsi perasaan dan pengalaman anda dengan mereka boleh membantu mengurangkan tekanan dan memberi perspektif yang berbeza.
7. Berdoa dan Berserah kepada Allah
Jangan lupa untuk berdoa dan berserah kepada Allah. Memohon petunjuk dan kekuatan daripada-Nya akan memberi anda ketenangan dan membantu anda menghadapi situasi ini dengan lebih sabar dan tabah.
8. Bersikap Profesional
Jika anda terpaksa berinteraksi dengan adik ipar kerana keadaan tertentu, cuba untuk bersikap profesional. Elakkan perbincangan yang boleh menimbulkan konflik dan fokus pada perkara yang penting sahaja. Sikap yang profesional dan matang boleh membantu mengurangkan ketegangan.
9. Pertimbangkan Bantuan Profesional
Jika keadaan menjadi terlalu sukar untuk ditangani sendiri, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional seperti kaunselor atau terapis. Mereka boleh memberi panduan dan strategi yang lebih khusus untuk menangani konflik dan menjaga kesejahteraan emosi anda.
Menjauhkan diri daripada adik ipar yang suka menyakitkan hati adalah langkah yang bijak untuk menjaga kesejahteraan emosi dan mental anda. Dengan komunikasi yang baik, menetapkan batasan yang jelas, dan fokus pada kesejahteraan diri, anda boleh mengatasi situasi ini dengan lebih tenang dan matang.
Ingatlah bahawa menjaga kesejahteraan diri adalah keutamaan dan setiap usaha untuk memperbaiki keadaan adalah langkah menuju kehidupan yang lebih bahagia dan harmonis.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Cara tambah duit laki bini ini boleh diteruskan kalau anda memang berniat dari awal nak merasa dapatkan sesuatu atau bercuti tanpa berhutang.
Jangan terkejut, ada di kalangan kita sanggup ikat perut demi memastikan bajet bulanan berjaya. Banyak keluhan diluahkan yang mana majoritinya datang dari para isteri. Hendak menyimpan pun susah, apatah lagi berbelanja untuk diri sendiri.
Apa kata anda ikut tip ini…
1. Nak selamat, senaraikan keperluan keluarga dalam tempoh sebulan seperti bajet untuk barang dapur, bil, ansuran kereta dan sebagainya.
2. Kena disiplinkan diri dan bijak membezakan antara keperluan atau kehendak.
3. Isikan masa terluang dengan menjalankan perniagaan mudah di dalam talian seperti pakaian, makanan dan lain-lain.
4. Semai tabiat menabung walaupun RM5 sehari. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
5. Cuba gunakan kaedah wang sampul. Asingkan wang gaji mengikut keperluan. Anda hanya ‘dibenarkan’ mengambil wang yang tertulis ‘perbelanjaan harian’ sahaja.
6. Bawalah bekal ke tempat kerja sebagai amalan. Sedar atau tidak anda sebenarnya menjimatkan paling tidak RM10 untuk makan tengah hari.
Teknik Simpan Duit Ganjil
Suami isteri boleh mula menyimpan duit kertas yang jarang kita jumpa.
Contohnya, duit kertas RM 5 dan RM 20.
Apabila anda dapat sahaja duit kertas ini, asingkan dan terus masukkan ke dalam tabung. Kumpul untuk satu tempoh tertentu dalam 3 bulan, 6 bulan atau setahun.
Kemudian, cuba kira jumlah yang dikumpul, pasti senyuman terukir melihat jumlah yang banyak. Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk dijadikan simpanan tetap bulanan, kerana jumlahnya mungkin berubah-ubah.
Teknik ini lebih kepada mewujudkan keseronokan dalam menyimpan. Malah lebih seronok jika duit ganjil ini dikumpul bersama-sama pasangan dan anak-anak.
Duit yang dikumpul nanti boleh disimpan dalam akaun simpanan khas, atau dibelanjakan untuk barang-barang idaman. Boleh juga diguna untuk sesi percutian keluarga.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...