telinga

Kadang salah satu sisi telinga yang kemasukan air atau tersumbat kotoran boleh tuli secara tiba-tiba. Namun jika telinga tiba-tiba tak dengar sebelah tanpa anda ketahui penyebabnya, tolong jangan remehkan hal ini.

Macam yang Dr Ezairy M.Sallih nyatakan dalam perkongsian terbarunya di laman facebook, anda yang ada masalah telinga boleh baca info ini tetapi kalau nak dapat jawapan yang tepat… kenalah terus jumpa doktor dan dapatkan rawatan.

Ok, nak lebih dekat, ikuti pengalaman Doktor ini sewaktu merawat kes pesakitnya yang ada masalah telinga terasa kena block secara tiba-tiba…

Masalah Telinga Tak Dengar

Salah seorang pesakit bertanya, “doktor, kenapa telinga saya terasa block, seperti tertutup dan rasa macam dengar tak normal?”

Soalan itu tidak segera Doktor jawab. Dia perhati sejarah lampau pesakit. Rawatan apa yang sudah diterima, beliau telusi. Menurutnya, ini antara yang Doktor akan lakukan dan hasilnya pesakit merupakan seorang yang mengalami masalah resdung yang tidak begitu terkawal. Berbagai-bagai ubat sudah dicuba.

IKLAN

Saya terangkan kepadanya apa sebenarnya yang sedang berlaku kepadanya. Apa pula yang menyebabkan telinganya turut bermasalah.

Ada beberapa perkara yang Doktor ini rasa wajar dikongsi bersama anda :

Tiub eustachia menyambung hidung ke telinga

Tahukah anda bahawa hidung kita berhubung dengan bahagian telinga tengah melalui suatu bukaan dan penghubung. Ia dipanggil sebagai eustachian tube.

IKLAN

Apa berlaku kepada pesakit resdung?

Ok, kalau anda mempunyai masalah alahan pada hidung yang teruk, resdung dan kerap selsema, ia akan turut menyebabkan lapisan dinding rongga hidung membengkak sehingga ke bukaan di belakang hidung. Cecair mukus juga lebih mudah berkumpul pada bukaan eustachian tube!

Apa berlaku apabila eustachian tube ini tidak berfungsi?

Tube ini berfungsi untuk menyeimbangkan tekanan di dalam telinga tengah dengan persekitaran luar. Oleh itu, apabila ia tersumbat dan tidak dapat menjalankan fungsinya, beberapa simptom boleh berlaku kepada pesakit.

IKLAN

Apa simptom eustachian tube dysfunction?

Beberapa gejala boleh berlaku jika tiub ini tidak berfungsi dengan normal

✔️ telinga rasa tertutup
✔️ mengadu mendengar bunyi seperti ‘pop’, ‘klik’ dan lain-lain
✔️ telinga seperti berdesing atau ‘ringing sound’
✔️ suara persekitaran menjadi kurang jelas
✔️ sakit sebelah atau kedua-dua telinga

Apa langkah rawatan terbaik?

Rawatan terbaik ialah kawal dan rawat masalah hidung anda. Kalau pesakitnya ada masalah seperti yang dinyatakan, Doktor ini akan beri pesakit ubat seperti decongestant, ubat antihistamine, ubat makan dan ubat nasal spray.

Jangan ragu-ragu jika anda ada masalah seperti yang Doktor ini terangkan tadi. Silalah ke klinik dan jumpa Doktor untuk kepastian dan rawatan.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI