Patutlah Orang Yang Kerap Puasa, Jadi Lebih Sihat Dan Cantik

Sekarang ini kan ada sejenis diet yang dipanggil intermittent fasting. Ramai dah turun berat dengan amalan diet hebat ini. Rupanya, banyak kelebihan puasa ini. Salah satu kelebihannya ini berkait dengan tubuh yang sihat dan wajah cantik.

Bak kata Puan Rafiza Idayu yang berkongsi info tentang puasa, “Ada seorang saintis Jepun, buat kajian pasal puasa secara saintifik. Penemuan beliau dapat anugerah Nobel Prize pada tahun 2016.”

Rupa rupanya.. Puasa ini ada satu proses yang berlaku. Nama proses itu adalah AUTOPHAGY.”

AUTOPHAGY ini adalah satu proses di mana sel sel nak hidup memakan sel sel yang rosak dan mati. Ye lah.. kita puasa kan hampir 14 jam badan kita tak dapat makan dan minum. Sedangkan sel sel nak hidup dan perlukan sesuatu untuk pembakaran tenaga. They have no choice.. depa makan sel sel yang rosak.”

Jadi.. Jika kita kerap puasa, badan kita hanya diliputi dan dipenuhi dengan sel yang sihat dan sel berkualiti tinggi.

Oleh itu, siapa nak sihat.. siapa nak cantik.. Amalkanlah puasa selalu.

Ubah Cara Hidup, Berjaya Turun Berat Hampir 10KG

Sejak saya ambil berat tentang lifestyle sihat.. dapatlah saya turunkan berat badan hampir 10kg. Sejak awal tahun 2019, saya dah mula amalkan puasa sunat.”

Siapa yang amalkan Intermittent Fasting, ramai dah turun berat badan.

IKLAN

Macam saya.. walaupun berdiet..saya amalkan diet yang sederhana dan ambil makanan yang mesra perut. Banyak juga saya belajar dan tukar cara hidup. Nasi pun masih ambil. Saya masih makan kari, asam pedas, lauk lauk berkuah santan.”

Dari segi frekuensi (kekerapan) food intake, saya reschedule 3 kali kepada hanya 2 kali sehari. Anak sulong saya umur 8 tahun dan obes berjaya hilang inch loss yang sangat baik. Dia pun seronok kawan-kawan tak panggil Dia gemuk lagi.”

Morning walk antara rutin saya. Juga dah tak ambil minuman manis. Saya juga ambil vitamin yang disyorkan.

Jom tukar gaya hidup sihat tapi kita masih enjoy makan makanan favourite kita.

IKLAN

 

Patutlah Orang Yang Kerap Puasa, Jadi Lebih Sihat Dan Cantik

Salah Satu Juadah Buka Puasa Sunat

Sebenarnya kan..
Bila makan kat rumah.. Semua periuk kuali keluar dok atas meja.

Hari ini saya masak
+ Kari Kepala Ikan Geruk dengan bendi
+ Ikan Geruk Goreng
+ Sayur campur sawi, tauge dan carrot

IKLAN

Masak simple simple untuk berbuka puasa hari ini.

Walaupun kuali daku naik atas meja.. kuali ku Vantage tau.. ampunn.. membawang plak..

Mak cik lesung batu ni haishhh…terikut admin MAHN, Lin Zalika

Pss.. terima kasih encik suami yang belikan set vantage dan corelle kitchen ware ni. Dia dah belikan, kita isteri kenalah belajar masak sedap sedap supaya dia rasa berbaloi belikan set set mahal tu…wakaka… Dengan harapan..belilah lagi.

Resipi kari ikan ni saya belajar dari dua orang pengusaha kari dari Penang na…rasa macam nak buat kelas jer ajar orang masakan basic kari.. asam pedas.. Kesian pula ada yang kongsi kari tak menjadi sebab dulu sayalah orang yang tak pandai masak tu.

Sumber/Foto : Rafiza Idayu

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI