Benarlah bagai dikata, jika belum tiba masanya pasti ada sahaja asbab menghalangnya. Begitulah apa yang dilalui oleh seorang wanita dalam kemalangan semalam.
Pantang maut sebelum ajal, seorang wanita terselamat walaupun kereta tersepit antara treler dan lori.
Seorang Wanita Terselamat Walaupun Kereta Tersepit Antara Treler
Seorang wanita terselamat walaupun kereta dipandunya tersepit antara sebuah treler dan lori dalam kejadian di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang, mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan jenis Hyundai Accent dipandunya remuk.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku apabila wanita tersebut yang berada di lorong kiri telah mengubah haluannya ke kanan secara tiba-tiba bagi mengelak sebuah lori yang rosak di lorong kiri.
“Tindakan tersebut menyebabkan kereta dipandu wanita berusia lingkungan 50-an itu bergesel dengan sebuah treler yang menuju di Pelabuhan Barat dari Shah Alam dan lori yang rosak itu.
“Kemalangan ini mengakibatkan kerosakan teruk pada kereta dipandu wanita berkenaan namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, dua buah kenderaan berat terbabit turut mengalami kerosakan di bahagian enjin dan beberapa bahagian lain.
Ads
Katanya, saman dikeluarkan terhadap pemandu wanita tersebut dalam kejadian itu. Kes diklasifikasi mengikut Rule 6(2) LN166/59.
MW: Tentu sahaja wanita ini bersyukur sangat biarpun kenderaannya teruk, dia masih selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Alhamdulillah…
Sememangnya cukup sebak apabila orang yang disayangi pergi meninggalkan kita. Apatah lagi yang pergi merupakan ibu tersayang. Sewaktu perjalanan akhir arwah, anak-anak taburlah bakti terakhir.
Cukup syadu perkongsian seorang anak tentang pemergian bonda tercinta. Menerusi entri di Facebook Leya Sari menceritakan perjalanan akhir arwah ibunya. Sebagai anak ternyata bakti terakhir untuk mak dapat disempurnakan dengan baik mereka adik beradik.
Bakti Terakhir Khas Untuk Bonda Tersayang
Coretan seorang anak mengenai perjalanan bonda tercinta Allahyarhamah Prof. Dr. Zaharah Mohamed Said yang mengadap ilahi pada 2 November lalu sangatlah menyentuh hati. Malah Leya Sari juga akui sewaktu menulis air matanya terus menitis tanpa henti.
“Kepada yang masih ada Mak, pastikan berikan dia layanan VVIP kelas paling atas sementara Mak masih hidup. Jangan abaikan Mak kita walau kita sibuk tahap Menteri. Jangan buat Mak terasa hati. Bangunlah setiap pagi dan bahagiakan Mak kita.
Segera Sinsing Lengan Adik Beradik & Bakal Menantu Mandikan Mak
“Bila dapat tau Mak dah hembuskan nafas terakhir, segera sinsing lengan adik beradik semua termasuk bakal-bakal menantu. Pastikan anak perempuan kena mandikan Mak. Sarung PPE, pakai glove, gosok pelan-pelan badan Mak. Jangan bagi orang berkasar dengan Mak.
“Masa lalukan air, aku bisik. Ya Allah, tangan ni yang selalu suap aku makan. Tangan ni yang pimpin tangan aku berjalan. Lalukan air di di kaki. Kaki ni yang cari rezeki untuk aku adik beradik. Ya Allah yang Maha Baik, Kau gugurkan lah segala dosa dari tubuh Mak ku.
“Bila mayat Mak nak keluar rumah, cepat-cepat anak lelaki semua pegang keranda mak..
“Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
“Jangan bagi org lain.. Ni Mak kita..
Dulu dia yangg dukung kita..
“Dia yg bawak kita dlm perut dia..
“Takkan mayat dia kita tanak pikul?
Ingat Balik Waktu Kita Baru Pandai Berjalan, Mak Tak Bagi Kita Jatuh
Anak lelaki Allahyarham mengimamkan solat jenazah.
“Waktu jalan bawak mayat Mak ke kubur tu,
“Ingat balik waktu Mak pegang tangan kita. Waktu kita baru pandai jalan. Mak langsung tak bagi kita jatuh. Sekarang kita nak hantar Mak pergi jauh.
“Anak lelaki, pastikan jadi Imam solat jenazah untuk Mak. Tu la kali terakhir kita ‘berjemaah’ dengan Mak kita. Lepas ni Mak dah tak ada lagi kat belakang saf kita.
“Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat Mak..
“Adik beradik lelaki semua terjun dalam liang. Sambut mayat Mak. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu. Biar kita pusingkan mayat Mak mengadap kiblat. Biar kita yang letak bantal tanah kat belakang badan Mak.
Dulu Mak Pastikan Kita Tidur Ada Bantal
Selamat Jalan Bonda kesayanganku Zaharah – Leya Sari
“Dulu Mak pastikan kita tidur ada bantal. Ada selimut… jgn sampai kena gigit nyamuk..
“Ni kita last dapat tengok Mak. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dengan Mak, dah terlambat nak mintak ampun dah. Biarlah kita yg uruskan mayat Mak. Bukan orang lain.
“Cakap dlm hati. Mak ni last aku dapat tengok Mak. Ni last aku dapat pegang Mak. Lepas ni aku tak dapat tengok Mak lagi. Aku tak dapat pegang Mak lagi. Aku tinggalkan Mak kat sini. Mak tunggu aku eh. Sampai masa nanti aku akan jumpa Mak kat sini. Sementara ni Mak duduk kat sini. Aku pulangkan Mak kat Tuhan. Nanti aku doa utk Mak. Aku hantar sedekah untuk Mak.
“Mak jangan risau, aku janji dengan Mak. Dengar bebetul talkin unruk Mak kita tu. Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dapat dengar. Balik saja dari kubur Mak, cepat-cepat doa untuk Mak.
“Ya ALLaH. aku redha Kau Ambil Mak aku. Kau ampunkanlah dosa-dosa Mak aku. Dulu dia lahirkan aku. Dia didik aku. Dia sayang aku, Ya ALLaH. Kau sayangilah dia pula. Kau terimalah amal ibadat Mak. Kau luaskanlah kuburnya. Kau naikkan darjatnya Ya Allah. Kau haramkan api neraka buat Mak aku, Ya Allah, jadikan Mak aku hambaMu yang mulia”.
“Pastu, ingat balik semua jasa Mak. Ingat balik apa nasihat Mak. Ingat semua pesan Mak. Mak suruh jaga adik beradik. Jangan gaduh, kesian kat Mak. Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh.
“Mak cuma boleh menangis saja dari jauh. Kita yang tinggal ni jangan lupa kat Mak. Hantar pahala untuk Mak kat sana. Kesian kat Mak. Kalau kita yang mati, Mak tak berhenti doakan kita sebab Mak sayang anak-anak dia,” luah Leya Sari penuh perasaan.
Mungkin ramai wanita yang pandang remeh soal senaman kemut (kegel) tapi sebenarnya senaman ini cukup bagus kalau diamalkan dari peringkat anak dara.
Jarang dilakukan secara sengaja dan jika buat pun biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing. Senaman ini juga telah lama dipraktikkan oleh orang Melayu tapi tak semua orang amal sebab senaman ini melibatkan alat sulit. Tapi kesannya bagus!
Jika anda mempunyai simptom lemah otot pelvis seperti terkencing ketika bersin atau batuk, kami sarankan sebaiknya lakukan senaman kegel secepat mungkin. Ini mungkin akan menjadi lebih buruk sehingga memaksa anda untuk memakai panty liner dan jika tidak ditangani segera pasti akan merimaskan kehidupan seharian. Ada yang salah anggap bahawa senaman ini untuk tujuan merapatkan alat sulit bagi tujuan seks sahaja.
Otot pelvis akan menjadi lemah dan kendur apabila seorang wanita itu telah melahirkan anak, menghidapi obesiti, ia juga mungkin dari faktor keturunan dan juga proses penuaan.
Macam mana nak buat?
1. Kenalpasti otot pelvis tersebut.
2. Kemutkan otot tersebut seperti anda menahan kencing. Tetapi janganlah lakukan semasa anda terasa mahu kening, sebaliknya lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Sebab menahan kencing boleh mengakibatkan penyakit lain pula yang timbul.
NOTA:
1. Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring.
2. Apabila anda sudah berada dalam keadaan selesa, tahan kemutan selama lapan ke sepuluh saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan.
3. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali.
4. Seeloknya lakukan secara berkala sebanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.
Senaman yang mudah lagi ringkas ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika anda sedang menonton televisyen, sedang duduk di pejabat, mahupun ketika memandu. Cukup begitu mudah, bukan? Tiada alasan untuk tidak melakukannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Malang tak berbau. Telah tersurat begitu pengakhirannya. Semoga keluarga remaja ini redha dengan pemergiannya.
Dikatakan motosikal gadis ini hilang kawalan selepas bergesel dengan treler, pelajar kolej meninggal di tempat kejadian setelah digilis treler.
Motosikal Hilang Kawalan Selepas Bergesel Treler
Seorang pelajar perempuan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Selangor maut selepas digilis sebuah treler apabila motosikal ditungganginya terbabit kemalangan di Jalan Pokok Mangga, Melaka.
Kemalangan pada jam 8.20 pagi itu menyebabkan mangsa, Nurul Asyikin Razali, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dalam perjalanan dari Plaza Pandan Malim menuju ke lampu isyarat Pokok Mangga.
Pelajar Kolej Meninggal Di Tempat Kejadian Selepas Digilis
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan bahagian kiri treler terbabit menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar tong sampah di bahu jalan.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikal lalu digilis lori treler berkenaan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MW: MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan diharap keluarga mangsa tabah berdepan ujian berat ini. Al-Fatihah.
Kisah pilu kehilangan rantai emas Alisya, peninggalan terakhir arwah ibu bapanya selepas kemalangan di Machang, mengundang simpati ramai. Keluarga merayu agar rantai emas itu dipulangkan demi keadilan si kecil yatim piatu ini.