Panjaram, cucur Jawa atau kuih topi; Kuih sama tapi berbeza panggilan mengikut tempat. Sememangnya kuih ini digemari ramai, tak kira usia kerana keenakan rasanya yang tersendiri. Kuih ini dikira elok kejadiannya jika rangup di tepi, bertopi di tengah dan bersarang serta kenyal isinya.
Panjaram Pandan Untuk Kelainan
Mungkin anda sudah biasa makan Panjaram Gula Melaka. Tapi ini untuk sedikit kelainan, apa kata cuba resipi membuat Panjaram atau Cucur Jawa Pandan pula.
Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanny https://www.facebook.com/hanny.niera.9. Dia mula belajar membuat kuih ini selepas tinggal di Sabah. Kuih ini merupakan kuih orang Bajau di sana.
PENTING!
Untuk resipi ini, sila gunakan cup/cawan yang sama, untuk sukatan tepung dan cecair.
PANJARAM PANDAN
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
¼ sudu garam
½ serbuk vanila atau 1 sudu teh esen vanila
Ads
Minyak untuk menggoreng
Bahan B (Air Pandan):
180 gram – 200 gram gula pasir
2 ½ cawan air pandan/air biasa
1 sudu teh garam
1 sudu besar pes pandan
Ads
**Satukan kesemua bahan dan didihkan. Biarkan suamkan.
Cara Memasak:
Masukkan tepung gandum, diikuti tepung beras. Gaul seketika. Masukkan sedikit garam dan serbuk vanila/esen vanila. Gaul.
Tuangkan air pandan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati hingga membentuk adunan.
Ads
Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur halus. Tak perlu blend. Biarkan dan perap selama lapan jam di dalam peti sejuk.
Untuk menggoreng, gunakan kuali kecil. Tuang minyak ke dalam kuali dan biarkan minyak panas, menggunakan api yang perlahan. Selepas lima minit barulah tuang adunan panjaram ke dalam kuali menggunakan scoop (rujuk gambar). Tuang dan tarik tinggi scoop itu hingga abis adunan jatuh ke dalam kuali. Biarkan dan jangan kacau.
Bila nampak sarang terbentuk dan bertopi, boleh terbalikkan. Kacau-kacau sekejap dengan menggunakan chopstick kayu. Untuk angkat, cucuk di tengahnya, angkat dan tos minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
Tip Tambahan:
Apabila dah perap. makin lama makin kental adunan tersebut. Boleh tambah lebihan bancuhan air gula pandan atau air suam sahaja sampai adunan cair pekat, bukan pekat sangat dan bukan cair sangat. Sebaliknya jika cair, boleh tambah sesudu ukuran sama banyak iaitu tepung beras : tepung gandum.
Jangan tuang air gula pandan panas dalam adunan tepung nanti tepung masak. Paling bagus suam-suam kuku baru tambah dalam tepung.
Minyak kena betul-betul panas baru dapat keriting ranggup piring panjaram.
Mudah je rupanya nak buat Aiskrim Malaysia perisa paddle pop yang sedap dan cantik berwarna warni. Hanya menggunakan serbuk dadih perisa vanila sebagai asas. Cuti hujung minggu, bila berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga boleh lah buat aiskrim ni, lebih seronok dan menjimatkan.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Aien Yuss, yang merupakan penjual Aiskrim Malaysia sendiri.
“Assalammualaikum.saya penjual aiskrim malaysia baru 3 tahun.Tiada masakan yang saya nak tunjuk.cuma saya hanya sekadar nak berkongsi resepi dan cara-cara nak buat untuk peniaga aiskrim seperti saya.”
Idea ni Allah bagi setahun yang dulu..Alhamdulillah ilmu ni saya kongsikan pada kawan-kawan seperjuangan yang lain.Semoga rezeki kita sama-sama bertambah.
Bahan-Bahan:
Plastik Aiskrim size 12
Serbuk Dadih Perisa Vanila
3 sudu besar Gula pasir
pewarna pilihan
Corong
Ada macam-macam jenis resipi bubur yang mak-mak boleh sediakan untuk anak-anak untuk minum petang hujung minggu ni.Salah satu yang lain daripada lain ialah’Bubur Tiub Basikal’ yang menggunakan Makaroni. Pertama kali hakak jumpa resipi ini.Sebab selalunya buat makaaroni goreng je. Ia dikongsikan oleh Puan AmiEra Farhann Johan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Petang-petang yang dingin ni perut asyik mendidih je.Laju-laju masuk dapur buat bubur tiub basikal ni.Sedap lazat nikmat tak terkata.. haha.. ada yang pernah makan bubur ni? Ke tak pernah tahu wujudnya bubur guna makaroni ni. Hehe..
Ramai yang tanya resepi, disini saya sertakan resepi.Kalau nak buat dalam kuantiti yang banyak pandai-pandai la adjust bahan tu bagi lebih ye.
RESEPI BUBUR MAKARONI A.K.A BUBUR TIUB BASIKAL
Bahan-Bahan:
Setengah cawan Makaroni
4 sudu sagu
1 kotak kecil santan KARA
4 helaidaun pandan
1 ketul gula merah (bulat punya) + 5 sudu gula biasa – ikut tahap nak manis macam mana
1 sudu kecil garam
1 sudu bancuhan tepung jagung
air agak-agak nak kuah banyak mana jangan terlajak air sudah nanti kuah tak pekat pula.
Cara Membuat:
1.Panaskan air, rebus makaroni sekejap dulu sampai mendidih kemudian tapis lalukan dengan air paip.
2.Masukkan santan, gula, garam dan daun pandan.
3.Masukkan pula bancuhan tepung jagung, makaroni.Kacau-kacau sampai agak makaroni dan santan masak.Guna api perlahan je, adjust sampai cukup rasa manis dan lemak.
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia.
Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi keluarga. Kudapan ringan namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati sebagai hidangan minuman petang bersama keluarga tersayang. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana. Jom kita cuba resipi istimewa ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.