Die Hard Fan Hello Kitty dan Sanrio harus pergi. Ia bermula dari 24 November 2018 hingga 1 Januari 2019. Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Tempatnya pula adalah di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
13 zon bertemakan Sanrio membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni.
Sentuhan Tempatan
Peluang Belajar Melukis Watak Kegemaran
Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio berkumpul. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970.
Replika Dompet Syiling Hello Kitty.
Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty, barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.
Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka.
Ads
The Plushy World dan Drawing Classroom
Hello Kitty Gergasi
Pengunjung turut berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong.
Pameran ini membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanrio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun.
Strawberry Newsroom dan Paper Doll Fun
‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung.
Ads
‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio.
‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News.
Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio!
Ads
Sanrio Time Tunnel
Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, disokong oleh TOURISM MALAYSIA dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.
Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my.
Apa tunggu lagi. Jom pergi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menara Eiffel di Paris itulah perlambangan cinta romantis sejagat. Siapa tak rasa bahagia menatap gambar kenangan berlatar belakangkan, monumen cinta itu.
Sayangnya, bukan itu yang dialami Wazli Watisin yang menjelajah kota cinta itu secara ‘backpacker’. Apa yang dilalui jauh berbeza daripada cerita-cerita anganan indah yang didengar sebelum ini.
Kota Paris yang terkenal dengan menara eiffel, kononnya lambang cinta dan romantik. Itu mungkin pendapat sesetengah orang, bagi aku itu hanyalah sebuah metos. Realitinya kota paris adalah kota penuh tipu daya.
Bagi aku kota Paris bukan tempat yang selamat, jauh sekali dengan istilah bersih. Paris sebenarnya dipenuhi sampah dan berbau hancing. Romantik tang mana pun aku tidak tahu, mungkin lain orang lain seleranya.
Pengalaman aku bermusafir di kota Paris bukan sesuatu yang positif. Keluar sahaja dari airport Ch De Gaulle, aku terus disajikan dengan bau hancing kencing manusia di merata-rata kawasan metro (keretapi). Aku juga dihidangkan dengan pemandangan longgokan sampah sarap sepanjang menaiki metro selama beberapa hari di Paris.
Lagi sadis, aku dicopet di kota ini. Penyeluk saku di kota ini diiktiraf di antara terbaik dunia. Aku tidak bersedia sampai tahap dunia masa tu, kerana aku juga pernah sampai di kawasan Eropah Timur yang dianggap jenayah tertinggi.
Tiada pla aku mengalami peristiwa ngeri. Jibai punya penyangak… Minta-minta ko cirit birit makan hasil duit aku tu. Lagi bagus kalau buasir sekali..(Alhamdulillah kerana hatiku tergerak untuk menginsurankan semua yang aku bawa).
Pada rakan-rakan yang ingin mengembara, belilah insuran sebagai penyejuk hati yang lara jika ada apa-apa yang berlaku di luar jangkaan.
Yang lebih sadis, kita tidak akan nampak seorang polis pun di tempat-tempat jenayah ni. Penyeluk saku boleh minum-minum kopi selepas menyeluk. Tak perlu tenaga untuk melarikan diri.
Lagi satu, pengalaman aku berurusan dengan balai polis sini macam berurusan dengan negara ketiga. Memang sangat sadis, siap polis terima report masa office hour sahaja. Kepala bejambul betul, ingat jenayah ni berlaku office hour ja ka?
Jangan cerita nak buat report dulu la, nak masuk sampai kaunter balai dia pun sesusah menembusi kubu hitler. Berlapis-lapis jeriji besi yang perlu dilalui, dan kau akan menempuhi soal siasat melalui interkom dalam bahasa yang sangat sukar difahami.
Sejam baru tembus kaunter la kawan…tu pun kalau tembus lah. Masa ini lah aku sangat bersyukur hidup di Malaysia, terima kasih sahabat-sahabat polis kita.
Kota Paris ni dipenuhi dengan Orang ‘gipsy’ yang menyamar kononnya orang Syiria. Kalimah syahadah pun tak tau. Muka macam mat salleh juga, tapi ada air muka ala-ala Viking. Mereka buat pelbagai cara penipuan, target utama adalah pelancong.
Rusuhan di sini juga kerap berlaku, terutamanya hujung minggu. Dorang suka bakar-bakar. Semua benda mau dibakar, terutamanya kereta polis. Nasib kami baik, selepas melawat tugu apa ntah nama, terus berlaku rusuhan yang sangat teruk. Abis semua dia bakar.
Kalau tiada hal mustahak, maaf la.. Kota Paris bukan pilihan ku lagi. Biar lah Malaysia ‘mundur’ kalau ini lah cerminan negara ‘maju’. Banyak lagi kota negara Eropah yang cantik dan selamat selain Paris.
InsyAllah akan aku kongsikan catatan aku mengembara di 7 negara secara ‘backpacker’. Mana lah tau boleh dijadikan rujukan kawan-kawan yang ingin mengembara ‘backpacker’. Backpack sebenarnya mengajar kita erti tawakkal.
Jauh-jauh merantau, kau akan lebih bersyukur menjadi anak Malaysia. Negaraku tercinta.
Ingatkan tipu tetapi rupa-rupanya memang betul kita boleh shopping kaw-kaw walau gaji tak tinggi mana! Memang tak sangka sebab baru-baru ini Hakak ada dengar pengalaman daripada seorang kawan baik sendiri,
Nur (bukan nama sebenar), dia kongsi cerita macam mana dia boleh hilangkan stres setiap bulan dengan membeli-belah secara online dan dapat balik duit tunai atas pembeliannya.
Awalnya rasa macam mengarut, tetapi bila tahu rahsia yang dia praktikkan selama ini, Hakak percaya dan rasa tak sabar nak join sama.
Tahu tak, rupanya selama ini dia membeli-belah secara online menerusi ShopBack. Patutlah! Hakak bukan apa, memang tahu sangat gaji Nur cuma RM2,000 tapi tengok gaya dia membeli macam orang ‘ada-ada’. Nak juga merasa nikmat shopping.
Sebenarnya ShopBack ini benda bukan baru, mula diperkenalkan pada tahun 2014 dan sudah ramai yang berpuas hati sebab kita dapat jimat banyak.
Apa yang best, setiap kali tengok Nur shopping online dengan ShopBack di laman-laman web seperti Lazada, ZALORA, Shopee, Malaysia Airlines, 11street, Booking.com, Expedia, Foodpanda (dan banyak lagi), Nur akan dapat pulangan tunai. Duit itu pula boleh dipindahkan masuk ke bank akaun Nur untuk digunakan mengikut keperluan semasa.
Kata Nur, selepas 7 ke 14 hari bekerja dia tekan butang cashout, duit ShopBack akan masuk ke dalam bank akaunnya. Hah, nampak tak betapa seronoknya menggunakan ShopBack.
Biasanya Nur akan sambung menggunakan duit itu untuk shopping lagi, maklumlah nafsu membeli perempuan kan luar biasa. Nur akan buka laman web atau aplikasi ShopBack sebab memang segala diskaun, best deals dan kod promo akan dipaparkan di situ untuk lebih penjimatan.
Ini nak hujung tahun pula, lagilah macam-macam sale lalu lalang dengan harga yang seksi! Dan jangan terkejut pada tarikh 12.12 ini anda mungkin akan nampak tawaran menarik di laman web atau app. Mesti kelabu mata nak pilih barang nanti.
Tetapi kalau anda betul nak membeli dengan lebih jimat, ikutlah cara yang Nur guna. Tak kiralah barang elektrik, perabot hiasan rumah, kad tambah nilai, fesyen dan barang kecantikan, atau tempahan perjalanan – anda tetap boleh menyimpan tambahan sehingga 30% rebat tunai kalau anda menggunakan ShopBack.
Haaa… Itulah cara yang Nur menyimpan beribu-ribu dalam akaunnya di atas semua diskaun yang dia dapat dari laman web dalam talian.
Cuba tengok, ini cara Nur menggunakan ShopBack
1. Sebelum membeli apa-apa dalam talian, dia buka ShopBack App. Ok, sekarang anda pun boleh memuat turun dan mendapat pulangan tunai RM10 di https://app.shopback.com/karangkrafmacam Nur.
2. Selepas itu sila klik mana-mana kedai online di ShopBack yang biasanya anda berbelanja macam Shopee, Lazada, 11street, Booking.com, Expedia, dan lain-lain lagi.
3. Haaa… kemudian anda akan diarahkan kembali ke laman atau aplikasi yang dipilih. Lihat terma & syarat dan aktifkan cashback.
4. Beli seperti biasa dan tunggu pemberitahuan cashback anda masuk dalam masa 48 jam.
5. Wang akan dimasukkan ke akaun bank anda sebaik sahaja transaksi cashback disahkan dan selepas anda cashout.
Ada lebih daripada 500 laman untuk anda pilih. Tetapi ingat, setiap pengguna ShopBack akan ditawarkan cashback berbeza, sehingga 30%. Maksudnya bila shopping, anda boleh dapat pulangan tunai dan transfer ke dalam bank akaun anda. Ini dapat menjimatkan wang tunai lebih banyak daripada setiap pembelian.
Serius tak akan bosan sebab anda dapat membeli-belah di banyak laman seperti Shopee, Lazada, 11street, Qoo10, AliExpress, fave, dan lain-lain. Patutlah Nur obses sangat membeli secara online!
Hakak pun rasa teruja nak membeli cara Nur, cuma kurang pasti barang apa yang Hakak boleh dapat dengan menggunakan ShopBack. Jadi Hakak tanya Nur dan inilah rahsia yang dikongsikan oleh Nur…
Biasalah perempuan, tak suka pakai benda yang sama. Agak rasa tak ada baju nak pakai, Nur terus buka ZALORA, Cotton-On, FashionValet, ASOS, Doublewoot, BONDS, ChristyNg, Charles & Keith, sampai Nur dapat apa yang dia nak.
Nur kata dia dah lama tak berebut dengan orang ramai di mall semata-mata nak beli produk kesihatan dan kecantikan. Sebab dia cuma menggunakan laman Hermo, Sephora, Althea, HaWooo, iHerb, dan Strawberrynet dapatkan apa yang dia perlu.
Bila nak beli makanan lebih mudah dan jimat, Nur akan order menerusi Foodpanda, Pappa Delivery, Eatigo, DeliverEat dan dapat membeli barang dapur di HappyFresh, Honestbee, dan lain-lain menerusi ShopBack. Tak payah lagi nak keluar, cuma tekan-tekan guna jari makanan dan barang basah akan sampai depan mata.
Untung sangat, nak beli tiket bas atau keretapi untuk balik kampung pun ada cashback dari ShopBack. Kata Nur, dia sendiri biasa beli di BusOnlineTicket. Kalau teringin nak balik naik kapal terbang, Nur buat pembelian tiket MAS menerusi ShopBack dan Nur akan mendapat pulangan tunai. Nak tempah hotel pun dia guna cara yang sama, menerusi Booking.com, Expedia, Travelog.com, Hotels.com, dan lain-lain. Best, kan?
Sama juga kalau nak dapatkan barangan elektrik, Nur lebih suka klik laman Senheng, HP, Lenovo, MacMall, GearBest, AVG, atau Norton. Semua ada di situ! Eh, nak tukar pakej internet boleh terus klik Unifi, MAXIS Broadband dari agensi yang disahkan.
Nak dapatkan harga murah kena berkorban sikit, jadi biasanya Nur akan bersedia jam berapa dia patut ada depan komputer shopping demi jimatkan duit. Bijak, kan?
Selain cashback sehingga 30%, untuk jualan pada 12.12 ini, ada RM12 super cashback jika anda membuat pembelian pada jam:
Nanti bolehlah kaum perempuan shopping tanpa rasa takut-takut di laman popular. Ingat, pastikan anda di luar sana kunci tarikh ini dalam kalendar siap-siap.
Kalau tergolong jenis kaki shopping tapi gaji tak berapa nak besar macam Nur, silalah download aplikasi ShopBack secepat mungkin dengan klik (link) ni yang mana selepas mendaftar anda boleh dapatkan bonus RM10 atau anda juga boleh terus ke laman web www.shopback.my untuk memuat turun cashback.
Jangan lupa untuk sertai laman web ShopBack 12.12 di Facebook (klik di sini) dan kalau bernasib baik anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM15K termasuk Apple iPhone XS 5.8 inci yang bernilai RM4999, memiliki jam jenama Suuntoo bernilai RM2699, dan jam tangan Fossil bernilai RM1272 dari Lazada, serta Nike Air Max, Tefal Cookware, baucar Shopee dan banyak lagi.
Sekarang, pilihan ada di tangan ada. Nak jadi pembeli online bijak macam Nur ke tidak? Rugi sangat kalau tak join promosi membeli-belah 12.12 nanti, sangat jimat dan boleh shopping apa yang anda suka.
Selamat membeli-belah kaum wanita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Akhir zaman ini, ujian yang paling berat untuk dihadap apabila adik beradik tak lagi sebulu. Bila masing-masing sudah berkeluarga, mak ayah ada yang dah tiada.. sedihnya hubungan kian renggang.
Ada saja yang tak kena di mata kakak, abang mahupun adik. Saling berselisih faham, bertegang urat tanpa ada usaha untuk meleraikan kekusutan hati yang kian retak.
Bacalah nasihat Ahmad Humaizi Bin Mar Noor, Perunding Takaful dan Pusaka, Ahmad Humaizi Consultancy ini agar saling menjaga hubungan sesama adik beradik.
Nasihatnya padu, dan jika anda seorang yang berjiwa lembut, pengasih sesama adik beradik, pasti akan merasakan betapa benarnya kisah adik beradik yang dikongsikan ini.
Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sakit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya’ Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dengan sifat syukur dan redha.
Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Professor itu terkena strok.
Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya.
Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.
Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.
Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan sombong dan bantulah adik-beradik lain yang kekurangan.
Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.
JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai orang ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan…Ibubapa kita juga akan Aman di sana melihat anak anak mereka….
Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.
Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa, adik-beradik bergaduh. Sedangkan itu cuma harta dunia….harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu.
Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT.
Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.
Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..
Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)
“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim)