Asal nama peperiksaan, yang bakal mendudukinya akan rasa debaran yang tak tau nak ‘habaq’. Macam ada ‘kupu-kupu’ dalam perut. Seram sejuk.
Cikgu Mohd Fadli Salleh, kongsi amalan doa yang boleh redakan rasa cemas lagi kalut dalam dewan peperiksaan itu. Lagi-lagi bulan September ini anak-anak darjah 6, bakal menduduki kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Bolehlah mak ayah minta, anak-anak amalkan doa ini. Moga urusan anak-anak kita dipermudahkanNya.
Teringat pesanan PU Salman ceramah tahun lepas, dia selit satu amalan ‘mahal’ yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke. Semuanya boleh.
Ads
Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya tuan-tuan.
1) Sebaiknya berwuduk dahulu. 2) Ambil segelas air kosong. 3) Baca Surah Al A’la ini. 4) Sampai ayat ke-enam “Sanuk riu ka fala tannsa” ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air. 5) Sambung bacaan hingga akhir ayat. 6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.
Ads
Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan. Untuk amalan setiap hari pun bagus juga.
Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya. Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.
Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala.
Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Sumber/Foto : Mohd Fadli Salleh, #MFS – Memberi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru. –
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baby sakit baik batuk atau selesema doktor takkan bagi ubat batuk atau selesema. Ada juga mak ayah yang cuba dengan rawatan alternatif. Jika dah berlanjutan dekat seminggu dua kenalah bawa jumpa doktor.
Bimbang berkahak. Baby tak reti nak buang kahak sendiri. Sebab itu perlukan bantuan mak ayah untuk keluarkan.
Ini pengalaman yang dilalui seorang bapa, Muhammad Razi Bin Yusrizalketika membawa bayinya yang batuk dan selesema dekat seminggu ke klinik Primer Cherang, Kota Bharu Kelantan.
Dr Safwan dan team membantunya dengan menunjukkan cara-cara yang betul menghilangkan kahak bayinya dengan teknik tepukan pada bahagian belikat dan tepi dada baby.
“Senang saja caranya. Buat di rumah pun boleh. Insya Allah video ini akan membantu mak ayah. Kasihan baby Hanan. Batuk, selesema dekat seminggu.
“Tidur malam pun sesak-sesak nafas. Pergi klini, team klinik ajar saya. Bagi susu kenyang-kenyang lepas tu, relaks 2 jam barulah tepuk.”
Video Cara Tepuk Nak Hilangkan Kahak Baby Batuk Dan Selesema
Tip Bagus Doktor Beri
√ Tepuk guna 3 jari pada atas belikat baby dan tepi dada baby, lengkungkan tapak tangan agar tak kena bahagian badan lain baby.
√ Berhenti bila baby menangis bila mak ayah tepuk.
√ Letak baby atas bantal. Dukung pun boleh.
√ Sebaiknya tepuk 5 jam sekali. Selama 3 hari.
√ Mak ayah kena periksa lendir yang baby keluarkan, putih atau kuning.
Perlu mak ayah ketahui, makanan yang tinggi radang boleh melambatkan proses penyembuhan. Senarai 16 jenis makanan ini, doktor terang sebaiknya elak beri pada anak yang sakit.
Ada di antaranya, selama ini mak ayah bayangkan itulah makanan sihat untuk anak-anak. Rupanya tak bagus untuk penyembuhan mereka. Elak beri pada anak ya.
Hadamkan perkongsian Mazliana Mazlan ini. Semoga memberi manfaat pada mak ayah sekeluarga.
Elak Beri Anak 16 Jenis Makanan Ini Bila Mereka Sakit
Anak-anak tak boleh ambil 16 jenis makanan macam ni bila mereka sakit.
Ibu ayah kena lebih hati-hati dengan makanan bila anak tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah.
Saya perasan, biasanya trend pesakit cilik yang dibawa ke klinik memang makin tinggi bila mula sesi persekolahan.
Anak kerap tak sihat, bila kita tak jaga makanan anak dengan baik. Mudah nak dapat jangkitan dari luar, bila imuniti badan anak tak kuat. Masuk sekolah pulak, macam-macam makanan diberi yang kita tak boleh nak kawal sebaiknya.
Ada 16 jenis makanan yang perlu dielakkan jika anak-anak kita tak sihat. Tak kisah apa jenis penyakit pun, cuba elakkan kalau boleh.
Atau kalau dapat kurangkan masa sihat, insyaAllah ini paling terbaik . Makanan yang baik, bantu kuatkan imuniti anak-anak kan.
Roti bukan makanan anak bila sakit tak lalu nak makan apa, tapi roti lah yang pertama sekali kita kena elakkan.
Biskut cicah teh o pun tak ok walaupun anak selera sangat makan waktu sakit.
1. Roti dan biskut
– Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut.
– Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik untuk anak-anak makan.
Mayonis sebenar buat sendiri guna 4 bahan je. Yang ini banyak sangat bahannya.
2. Salad dressing
– Mayonis, thousand island dan sebagainya.
– Jenis makanan yang ini, wajib ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.
Aiskrim orang kata bagi hilang sakit tekak, tapi macam-macam bahan dalam aiskrim.
Biskut baby pun ada gula. Kalau anak korang start berkahak bila makan, tengok balik apa yang anak makan tau.
3. Gula
– Yang ini baja kepada semua penyakit tau. Kita kurangkan sebanyak mungkin baja penyakit ni dari anak-anak k.
Yang ini bukan minuman probiotik yang baik untuk usus ya, sebab banyak sangat gula tambahan dalam ni.
4. Gula tersembunyi
– Banyak ada dalam biskut, air soda, energy drinks, granola.
– Biasanya tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.
Jajan macam ni, kena elakkan dari anak ye.
5. Makanan dalam tin
– Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya.
– Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.
Susu yang betul-betul susu, bahan ramuannya cuma satu, iaitu susu segar.
6. Susu
– Makanan yang boleh timbulkan radang.
– Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.
Nugget yang anak suka sangat tu, tinggi MSG dan perisa tiruan.
7. Daging proses
– Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya.
– Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.
Yang ini tolong elakkan dari anak-anak ya.
8. Cereal
– Banyak bersumberkan dari bahan GMO.
– Pengawet dan pewarna tiruan tidak ketinggalan.
Coklat pun sama. Banyak dah saya share coklat sihat untuk anak-anak kan.
9. Candy bar dan coklat
– Tinggi sangat kandungan gula dan pewarna tiruan untuk anak-anak kita.
Jus buah pun ada tambahan pewarna.
Air macam ni elakkan dari anak-anak ye.
10. Jus buah dalam kotak
– Tak ada satu jenis jus buah pun yang kita buat di rumah, tahan lebih dari 3 hari kan.
– Sangat tinggi dengan kandungan gula.
– Segala yang namanya 3 in 1, siap minum segera. elakkan dari anak-anak walaupun mudah sangat kita nak buat.
Mentega banyak guna dalam kek dan biskut kan. Makan dengan roti pun sedap. Tapi yang sedap tu tak semua baik untuk anak.
12. Marjerin
– Cari pure butter dan elakkan marjerin yang ada kandungan transfat.
Sapu kat roti pun dah naik selera anak, tapi takkan kita nak bagi makanan yang boleh mudaratkan lagi kesihatan anak kan.
13. Pemanis tiruan
– Sucralose, aspartame, maltodextrin.
– Walaupun orang kata ianya pemanis yang sesuai untuk pesakit kencing manis, tapi belek dulu bahan ramuan yang digunakan, mungkin ada pemanis tiruan macam ni.
Minyak yang ini elakkan guna kat rumah ya.
14. Minyak sayuran
– Elakkan minyak jagung, soya, matahari.
– Guna apa yang banyak di negara kita, minyak kelapa sawit dan minyak kelapa antara pilihan yang baik.
Please taknak beli dah kat rumah lepas ni, tak kisah waktu anak sakit ataupun sihat.
15. Mee segera
– Bila buka saja plastik perencah, dau bau harum semerbak satu rumah kan.
– Tinggi MSG dan perasa tiruan yang buatkan baunya menusuk ke hidung hingga aktifkan deria rasa kita.
Nasi, kicap dan telur pun dah nikmat, tapi rupanya antara makanan pembawa radang jugak, banyak sangat pengawet kan, MGS lagi.
16. Aneka sos dan spread
– Tinggi gula, MSG, pengawet dan perasa tiruan.
Kita cuba sedaya mampu, elakkan dari anak-anak dan keluarga, terutama waktu mereka sakit.
Makanan ni semua adalah makanan tinggi radang yang boleh lambatkan proses penyembuhan.
Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan bahan makanan yang baik di rumah buat anak-anak.
Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar Buat Bella. Menerima tawaran dari beberapa sekolah berasrama penuh seperti Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Permata Pintar Negara (KPPN) hasil kecemerlangan akademik Bella, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar akhirnya mengumumkan di Instagram mereka sekeluarga memilih Kolej Permata Pintar bagi anak sulungnya itu meneruskan pendidikan di peringkat menengah.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dirinya dan keluarga sudah membuat pelbagai perbincangan termasuk melakukan solat istikharah, akhirnya sepakat memilih pusat berprestij tersebut untuk anak sulungnya, Sophea Isabella, 13.
Dr Sheikh Muszaphar Pilih Kolej Permata Pintar Buat Bella
Menulis di instagram rasminya, kata angkasawan negara ini, walau menerima beberapa tawaran sekolah berprestij lain, namun ada pelbagai faktor diambil kira oleh dirinya dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos sebelum membuat pilihan ini.
Apa yang menjadikan sebuah sekolah yang hebat? Guru-guru, kemudahan, persekitaran, kepimpinan, pendidikan berpusatkan pelajar, jangkaan tinggi, program yang ditawarkan, rangkaian alumni yang teguh dan sebagainya.
“Banyak sekolah hebat di luar sana dan setiap sekolah ada kelebihan tersendiri. Kecemelangan, prestasi dan sejarah yang terbukti.
“Hasil Berbincang, Berfikir Panjang & Solat Istikharah
“Selepas berfikir dan berbincang serta solat istikharah, kami memilih Genius Permata Pintar (Kolej Permata Pintar), kongsinya.
Tambahnya, hal ini didorong oleh persekitaran yang bakal menggilap bakat dan kemampuan anaknya.
“Sekolah KPPN yang mencabar minda Bella, bercampur dengan rakan sebaya yang cemerlang membuatnya mampu menunjukkan potensi sebenar.
Jelasnya lagi, memilih sekolah yang betul penting tetapi pada akhirnya ia bergantung kepada pelajar itu sendiri. Kami berharap ia adalah pilihan yang tepat untuk Bella, kata bapa kepada tujuh anak ini.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.