Pejam celik kurang seminggu kita akan meraikan Hari Raya. Lazimnya pada hari raya, bagi golongan wanita penampilan diri pastinya akan diatur sempurna. Dari persalinan baju raya, kasut, tudung hinggalah gandingan aksesori seperti barang kemas sebagai pelengkap di pagi raya nanti.

Bukan apa, penggayaan barang kemas seperti gelang, rantai tangan, rantai, cincin, loket dan sebagainya pastinya akan menambah seri pada si pemakai nanti. Inilah masanya mencari barang kemas rekaan teknologi terkini, ‘trendy’, cantik dan kemas hasil buatannya untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.

SK Jewellery-ORO Amare 916 Gold

Istimewanya, SK JEWELERY, tukang emas berlian emas dan premium terkemuka telah melancarkan koleksi terkini ORO AMARE 916 Gold yang bertemakan “Elegant, Classy, Glamour & Fun” bagi menambahkan kilauan glamour dalam meraikan Hari Raya kali ini.

Di inspirasikan dengan gabungan reka bentuk kesenian moden dan tradisional, keindahan barang kemas koleksi terkini ORO AMARE 916 Gold ini dapat dilihat menerusi kekemasan hasil buatannya yang sesuai dan menepati citarasa untuk wanita moden.

Dihasilkan dengan kemasan perincian Emas 916 yang cukup berharga, setiap reka bentuk koleksi Oro Amare juga tidak terbatas, malah bersesuaian untuk sesiapa sahaja untuk digayakan dalam apa juga majlis, dari reka bentuk moden, klasik dan tradisional.

Raikan Aidilfitri bersama SK Jewellery X Diana Danielle

Bersempena pelancaran koleksi terkini ORO AMARE 916 Gold, SK Jewellery telah menjalinkan berkolaborasi dengan selebriti, pelakon dan model terkenal Diana Danielle. Diana Danielle memiliki pesona tersendiri, tampak glow dan bersinar dalam menggayakan pelbagai koleksi SK Jewellery Oro Amare 916 Gold untuk meraikan Aidilfitri tidak lama lagi.

Oro Amare Lattice Series

ORO AMARE 916 Gold, Raya Lebih Berseri Dengan  Koleksi Terbaru SK Jewellery X Diana Danielle

Oro Amare Lattice Series direka dengan perincian yang sangat kemas dan paling halus buatannya. Reka bentuk siri Peranakan ini cukup unik dan sangat terperinci. Ia hanya dapat dihasilkan menerusi ketukangan benar-benar mahir serta mempunyai kemahiran yang tersendiri . Digabungkan dengan unsur-unsur tradisional dan moden, rasai pengalaman menggayakan perhiasan barang kemas yang dibuat indah dengan hasil sentuhan kreatif.

Diilhamkan dari kelembutan flora, siri Peranakan berkonsepkan rekaan bunga yang sedang berkembang mekar. Setiap bahagian menggambarkan bunga mekar dengan rekaan emas yang halus dan elegan, merangkumi keperibadian dan kelembutan yang sempurna pada si pemakai. Malah perhiasan barangan kemas yang sesuai untuk bukan hanya satu generasi, tetapi untuk bersesuaian untuk generasi yang akan datang.

Oro Amare Enamel Series

ORO AMARE 916 Gold, Raya Lebih Berseri Dengan  Koleksi Terbaru SK Jewellery X Diana Danielle

Oro Amare Enamel Series dihasilkan bagi mereka yang berjiwa ‘Fun-loving’ dan ekspresif. Rekaan dengan perincian enamel ini sesuai digayakan bagi mereka yang ingin tampak bergaya namun pada masa yang sama tidak terlalu nampak menyerlah. Dicipta dengan Emas 916 yang paling berharga, keunikan siri enamel ini adalah dengan penambahan sedikit warna kontras berwarna biru lembut dan merah jambu pastel yang menjadikan rekaan ini tampak lebih menarik. Bagi siri enamel ini, boleh didapati dalam rekaan Gold Charms Pendant (Loket Charms) dan juga Gold Bracelet ( rantai tangan). Gandingan rekaan kontemporari moden pastinya menambahkan keceriaan dan keseronokan dalam menggayakan koleksi ini. Bagi wanita yang mencari aksesori perhiasan stail ‘fun & trendy’, pilihan loket ‘charms’ dan rantai tangan mempunyai enamel ini pastinya memenuhi citarasa dan koleksi yang dicari untuk digayakan pada Aidilfitri nanti.

Oro Amare Contemporary Series

ORO AMARE 916 Gold, Raya Lebih Berseri Dengan  Koleksi Terbaru SK Jewellery X Diana Danielle

Oro Amare Contemporary Series menampilkan kemasan perincian yang cukup versatil dan elegan. Siri kontemporari ini mempunyai koleksi Gold Long Necklace (rantai labuh) dan Gold Bangle (gelang tangan). Bagi rantai labuh, diilhamkan dari reka bentuk klasik dengan gegelung besar yang saling bersambung, ia sangat sesuai digayakan untuk acara santai mahupun majlis rasmi. Ia menepati keperluan bagi wanita yang bertudung ataupun yang suka memakai rantai labuh. Bahkan boleh digayakan secara bertingkat bagi menambahkan lagi seri ketika memakai rantai ini. Istimewanya juga, perincian dan kemasan halus pada rantai ini cukup berbeza dan tak sama seperti kebiasaan rantai yang ada. Setiap butiran rantai ada rekaan dan corak yang tersendiri menjadikannya cukup eksklusif apabila digayakan. Bagi wanita yang sukakan gelang tangan rekaan simple,solid, moden namun perincian mewah pada kelas yang tersendiri, SK Jewellery Oro Amare 916 Gold Bangle pula menawarkan pelbagai pilihan koleksi terkini yang pastinya dapat menepati citarasa yang diimpikan.

SK Jewellery, berhasrat untuk memenuhi keperluan setiap wanita tanpa mengira apa juga stail yang mereka gayakan. Oleh yang demikian, bersedialah untuk rekaan baru yang lebih ‘segar’ dan tampak menarik yang akan dilancarkan pada setiap musim didalam koleksi Oro Amare 916 Gold ini.

Bermula dari 6 Mei hingga 14 Jun 2021, anda dapat menerima RM100 Cash Rebate untuk setiap pembelian koleksi Oro Amare 916 Gold. Bukan itu sahaja, malah layak mendapat kerongsang PERCUMA bernilai RM199 (*sementara stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat).

Saksikan video penuh koleksi terbaru ORO AMARE 916 Gold, SK Jewellery X Diana Danielle di bawah ini;

Jadi jangan ketinggalan, segera rebut peluang dapatkan koleksi terkini SK Jewellery Oro Amare 916 Gold di 10 outlet berdekatan ini.
1. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
2. Sunway Velocity, Kuala Lumpur
3. Sunway Pyramid, Petaling Jaya
4. The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru
5. KSL City, Johor Bahru
6. Johor Bahru City Square, Johor Bahru
7. Aeon Mall Bukit Indah, Johor Bahru
8. Gurney Plaza, Pulau Pinang
9. Aeon Mall Bandaraya Melaka
10. Aeon Mall Ipoh Station 18, Perak

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh layari;
Website: SK Jewellery
https://www.skjewellery.com.my/
Facebook: SK Jewellery Malaysia
https://www.facebook.com/SKJewellery.MY/
Instagram: skjewellery_malaysia
https://www.instagram.com/skjewellery_malaysia/

Mengenai SK Jewellery

SK JEWELLERY, merupakan kedai barangan kemas ‘999 Pure Gold’ dan berlian premium yang telah menghasilkan perhiasan indah dengan kisah penuh bermakna bermula sejak 2004. SK Jewellery, percaya bahawa setiap orang berhak untuk bersinar dengan meraikan kisah hidup dan momen penting bersama mereka.

SK JEWELLERY berani menggabungkan seni dan tradisi, serta menggunakan teknologi canggih yang inovatif dengan ketukangan unggul untuk mencipta barangan kemas yang paling menakjubkan yang terdapat di pasaran pada hari ini.

Satu jenama progresif yang merangkumi yang terbaik di masa lalu, masa kini dan masa depan, SK JEWELLERY telah berkembang luas dengan menawarkan pelanggan produk baru yang sesuai dengan nilai sentimental mereka. Setiap produk dibuat dengan teliti untuk meraikan kisah hidup dan momen penting bersama.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI