perempuan merajuk

Perempuan merajuk sebab nak suami pujuk, bukan sebab nak bermusuh seumur hidup. Jangan lah pula buat tak tahu dan harap isteri baik sendiri.

Jangan tak tahu, perempuan ni biasanya dia jenis ingat. Orang kata, walau benda dah berlaku 10 tahun lepas tetapi memorinya tak pernah padam. Kalau na marah pun, kadang dia pendam, tak nak keruhkan hubungan.

Tapi tak semua. Ada yang jenis terus luah! Macam yang saudara Firdaus Shakirin bincangkan ini, sikap orang perempuan memang sukar dibaca. Tapi, hadamlah dulu bagi sebati.

Orang perempuan, bila dah berkawin, dia akan berubah kepada 2 jenis ni sahaja.

Marah Depan-depan

Satu, yang jenis marah kita, dia marah depan-depan. Tak puas hati, dia cakap direct apa saja, tentang perasaan dia, semua dia tak selindung, tak sembunyi.

Kalau marah, kita nampak dia marah, kalau suka, kita nampak dia suka, kalau sedih, kita nampak dia sedih, kalau merajuk, kita tahu dia merajuk.

Jenis Tak Tunjuk

Yang kedua, jenis jarang tunjuk apa yang dia rasa. Kita sendiri tak tahu dia ok atau tidak. Dia tak tunjuk dia marah, dia tak tunjuk dia tak puas hati, dia tak tunjuk yang dia sedih. Kita tanya, ok ke, dia akan sentiasa jawab ok. Kita tanya, merajuk ke, dia kata tak… tapi dia dingin.

Dia tak sama seperti hari-hari lain. Dia betul-betul ok atau tidak pun kita tak tahu.

Yang no 2 ni bahaya sebab kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Apa yang dia rasa, yang ni, kita kena berhati-hati lebih, apa yang boleh kita buat, jaga diri kita, jangan buat sesuatu yang boleh membuatkan dia marah, tak suka, sedih, merajuk dan sebagainya.

IKLAN

Minta maaf dengan dia walaupun tanpa sebab, kita takut kita tak sedar yang kita dah membuatkan dia terasa.

Diam dia ada makna… ada rahsia.. Hanya yang betul-betul bijaksana dapat memahami dirinya.

Marah Tapi Kerja Tetap Jalan

Haaa… tetapi pernah tak isteri berhenti dari buat tugas-tugasnya?

Dia kena marah pun dia tetap masak.
Dia merajuk pun dia masak.
Dia tak sihat pun dia masak.
Bergaduh dengan suami pun, dia tetap buat kerja-kerja rumah. Dia balik kampung pun, dia mesej, telefon suami.

“Abang dah bangun?”,
“Abang dah sampai tempat kerja?”,
“Abang dah lunch?”,
“Abang dah otw balik kerja?”
“Abang dah sampai rumah?”
“Abang dah makan malam?”

Sampai lah dia tanya, “Abang dah tidur?”…

IKLAN

Berjauhan pun, dia tanya satu-satu… masih risaukan kita. Jadi duduk jauh macam mana pun dia tetap jalankan tugas-tugas dia sebagai seorang isteri. Ambil tahu kebajikan dan jaga suami.

Jahat mana pun suaminya itu, dia tetap buat tugas-tugas seorang isteri. Dan suami ni, ada tak tugas-tugas yang anda tak tunaikan terhadapnya? Ada kan… banyak sebenarnya tuan-tuan.

Balik kerja, ada tak kita tanya,

“Macam mana hari ni, ayang ok?”

Ada tak mesej dia,

“Ayang dah makan? “

IKLAN

“Ayang sihat tak hari ni…?”

Jarang kan kita nak buat ni? Itu hari biasa.

Kalau hari bergaduh, kalau tarik muka, lagi la tak buat langsung.

Perempuan Merajuk

Tapi isteri tak pernah pun berhenti dari memikirkan tentang suami, even time tidur pun, bila terjaga, dia selimutkan suami dia. Perbetulkan kedudukan tidur suaminya. Pastikan suaminya itu selesa.

24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, untuk SUAMI dan suami pula asyik memikirkan tentang perempuan lain?

Tentang kekurangan isteri? Cari kelemahan isteri? Tak guna betul kalau suami macam ini tuan-tuan.

Hargailah isteri tuan-tuan tu… hidup dia, selain untuk Allah, adalah untuk SUAMINYA. Jangan abaikan isteri, peluk cium, sayang isteri yang kita ada tu.

Hadiah dari Allah untuk kita.