Oktovia Manrose akhiri zaman janda, kini sah bergelar isteri bekas pemain bola sepak. Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga sebelum ini bergelar ibu tunggal, Oktovia Manrose.
Oktovia yang juga kakak kepada pelakon Aprena Manrose dan anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor kelihatan begitu cantik di atas pelaminan.
Oktovia Manrose Akhiri Zaman Janda
Ibu kepada Muhammad Rayyan Zulkarnain, 9 ini telah bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada bekas pemain bola sepak untuk kelab Melaka United, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.
Pasangan ini telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam pada 21 Disember 2021.
Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.
Ads
Wang Hantaran Dirahsiakan
Seperti mana yang dilaporkan majlis yang bertema dalam taman itu, Khairul Efsan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Malah pengantin perempuan juga turut menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.
Ads
Untuk rekod, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Izat Abdul Rahman dan kemudian berpisah.
Niat umum kahwin kerana Allah tapi lain pula yang jadi, Datuk Nora Ariffin, 48 ingin tahu tujuan sebenar individu sebarkan fitnah. Baru-baru ini penyanyi terkenal ini telah mengumumkan dirinya sudah kembali bergelar isteri.
5 tahun bergelar ibu tunggal, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin menerusi akaun Instagram mengumumkan dirinya sudah selamat bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55 yang juga sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.
Selepas mengumumkan perkahwinannya, penyanyi ini terpalit pula dengan kontroversi panas yang turut membabitkan suaminya.
Malah heboh di media sosial selepas timbul dakwaan mengatakan dia dan suami sudah berkahwin sejak dua tahun lalu.
Lebih mengejutkan, individu tersebut mendakwa Nora telah meminta suaminya itu untuk menceraikan isteri pertama dengan hanya menggunakan kertas dan pen. Pendedahan itu dibuat menerusi kiriman mesej yang dihantar kepada sebuah portal hiburan.
Bagi mengelak perkara yang tidak berasaskan ini semakin menular, Nora menerusi akaun Instagramnya menjawab tuduhan tersebut dan menegaskan itu adalah fitnah semata-mata.
“Perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa. Begitu juga dengan perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa org lain bercerai tanpa sebab.
“Berkahwin itu perkara baik, mendapat pahala, wajar dihebahkan, kerana itulah, saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua untuk mengelakkan fitnah. Niat saya betul-betul kerana Allah.
“Tapi lain pula jadinya. Bagitau salah, tak bagitau pun salah.
“Sebagai seorang selebriti saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau explain everything tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan. That’s my privacy.
“Sekiranya perbuatan saya salah disisi hukum Allah, biarlah saya meminta ampun dariNya.
“Dan biarlah para agamawan, aulia yang memberi nasihat pada saya. In Shaa Allah. Saya akan perbetulkan kesalahan saya.
“Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan FITNAH, TUDUHAN yang tidak tepat & berasas ini???
“Lagipun ini adalah hal kehidupan saya. Kenapa gunakan social media & FAKE ACC utk sebarkan fitnah? Alangkah baik kalau DM saya direct.
“Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya. Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya. Itu adalah hak suami saya. Hak mutlak seorang suami….tidak boleh dipaksa- paksa. Saya serahkan pada Allah SWT,” terang Nora.
Sesungguhnya ketentuan jodoh tiada siapa yang dapat menentukannya. Tiada desas desus keretakan rumahtangga sebelum ini, pasangan selebriti penyampai radio SuriaFM Fizi Ali,32 dan pelakon Shakila Koriri,32 baru sahaja mengumumkan kini telah membawa haluan masing-masing selepas 3 tahun berkahwin. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Pengumuman tersebut dikongsikan di dalam Instagram Fizi Ali baru sebentar tadi.
Assalammualaikum semua..Maaf kepada mereka yang tertanya tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni.. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.
Namun demikian, meskipun telah berpisah dalam urusan menjaga anak, pasangan ini sepakat bertanggungjawab membesarkan anak perempuan mereka Ameena Sofia, 2 tahun dengan penuh kasih sayang.
“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi.”
Pasangan ini juga berharap agar dapat menghormati keputusan mereka dan mohon mendoakan urusan mereka dipermudahkan serta dalam Redhanya.
Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai disini.Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.
Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua jugak.. Minta maaf dan terima kasih.
Ajal, maut, rezeki dan jodoh semuanya dibawah ketentuan tuhan. Selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal, Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, mengesahkan telah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini.
Berkongsi berita gembira menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, namun, tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani. Sempena malam Jumaat yang juga ‘sayyidul ayyam’, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.
“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” dedah Nora menerusi hantaran dimuat naik, beberapa jam lalu.
Melalui hantaran sama, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memohon maaf tidak menghebahkan awal berita gembira itu.
“Dari awal lagi saya berniat mahu tidak berkongsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.
“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan,” luah penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Mengharapkan keberkatan di sebalik keputusan dibuat, Nora turut mengharapkan doa semua pihak agar mahligai dibina berkekalan hingga ke alam syurga.
“Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah.
“Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah,” katanya.
Nora mengakui, sifat prihatin suami membuatkan pintu hati terbuka menerima lamaran daripadanya.
“Beliau adalah insan pertama melamar, membantu saya dan anak-anak pada saat berdepan tekanan serta tidak punya apa-apa.
“Suami mengajar saya erti sabar, reda dan percaya pada ketentuan Tuhan,” katanya.
Nora menyifatkan perkahwinan keduanya itu juga adalah takdir sudah tertulis buat mereka.
“Saya tidak pernah mencarinya dan suami juga tidak mencari saya. Tetapi, Allah menemukan kami.
“Suami juga sayangkan arwah Johan dan Alif. Moga jodoh kami diberkati,” ujar penyanyi bersuara gemersik ini.
Sebelum ini, Nora pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.Namun, ia dinafikan kedua-dua pihak walaupun dikesan tular dalam media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan didakwa milik mereka.
Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah dan selamat pengantin baru buat Nora. Kembali bertemu jodoh dengan rakan arwah suami. Semoga hubungan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.