Jenama terkemuka global dalam inovasi kelengkapan bayi premium, Nuna Malaysia mengumumkan pelancaran tiga produk stroler bayi baharu hasil kolaborasi eksklusif bersama BMW. Usahasama itu menyatukan dua jenama berprestij yang sinonim dengan rekabentuk teliti, kualiti terbaik dan inovasi kelas dunia.
Barisan produk hasil kerjasama ini memperkenalkan gabungan estetik BMW yang sofistikated bersama inovasi pintar Nuna dalam setiap rekaan, sempurna untuk keluarga moden yang menuntut keselesaan, keselamatan dan gaya dalam satu pakej lengkap.
Tiga model utama dalam koleksi itu ialah stroler bayi MIXX™ next, TRIV™ next dan TRVL™ lx, yang menampilkan kemasan eksklusif yang diilhamkan daripada DNA rekabentuk BMW seperti corak roda rekaan BMW, kemasan kulit ‘luxe leatherette’ dan aplikasi logo BMW.
Ads
Semua produk direka untuk disesuaikan dengan keperluan keluarga masa kini, memudahkan perjalanan harian dan keselesaan maksimum dengan gaya memukau.
Ads
Ads
Didatangkan dalam warna hitam karbon dramatik, kelabu grafit dan kuning cair, koleksi NunaX BMW ini boleh didapati pada harga sekitar RM2,699 sehingga RM3,999. Selain itu, terdapat juga beg serbaguna (tambahan) berharga RM1,299, eksklusif dengan logo logam BMW dan dompet (pouch) boleh tanggal.
Koleksi Nuna x BMW kini boleh didapati di ruang pameran Nuna Malaysia, Subang Jaya dan pengedar BMW terpilih seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari www.supremeglobal.com.my.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jenama fesyen mesra hijab, She Dazzle, terus melakar langkah berani dengan pelancaran butik flagship pertamanya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh reputasi sebagai trendsetter dalam busana kasual wanita moden.
Menariknya, di sebalik kejayaan She Dazzle, berdirinya figura hebat bernama Zarawani Salim atau lebih mesra disapa Zara Salim. Minat yang mendalam terhadap seni gaya menjadikan beliau berani meninggalkan zon selesa, lalu mencipta jenama yang kini sinonim dengan wanita moden berhijab.
Baginya, fesyen bukan sekadar rekaan pakaian, tetapi satu medium untuk mengangkat keyakinan, memberi inspirasi, dan membuktikan bahawa seorang wanita mampu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, walau dari latar belakang yang berbeza.
Menurut Zara lagi, butik berkonsepkan eksklusif ini bukan sahaja berfungsi sebagai ruang jualan, malah menjadi pusat penyelidikan serta reka bentuk koleksi baharu.
“Kami mahu pelanggan merasai pengalaman menyeluruh, bukan sekadar membeli pakaian, tetapi menghayati identiti She Dazzle sebagai gaya hidup,” jelasnya.
Konsep ini membawa She Dazzle ke tahap baharu menjadikan butik bukan hanya destinasi fesyen, tetapi juga ruang inspirasi untuk wanita mencari keyakinan diri melalui gaya.
Tidak hairanlah mengapa jenama ini sering menjadi pilihan selebriti tempatan kerana ia menampilkan fesyen yang up to date selain harganya yang amat berpatutan!
She Dazzle terkenal dengan keberaniannya menampilkan sehingga tiga koleksi baharu setiap bulan. Antara tarikan utama ialah koleksi one-set, pilihan ringkas namun praktikal buat wanita moden yang mahu tampil bergaya tanpa perlu bersusah payah memadankan busana.
Penggunaan rona-rona tegas dan berani pula mencerminkan aura eksklusif serta elegan, seiring aspirasi jenama yang mengangkat moto “A wardrobe of the trendsetter.”
She Dazzle bukan jenama yang lahir dalam jangka masa yang singkat. Ditubuhkan sejak 2011 di Kemaman, Terengganu, jenama ini mula mengembangkan sayap ke ibu kota pada tahun 2020 dengan pembukaan butik yang lebih moden. Evolusi ini menjadi bukti komitmen She Dazzle untuk kekal relevan dalam landskap fesyen yang pantas berubah.
Logo rama-rama yang menjadi identiti She Dazzle melambangkan keindahan, kelembutan, serta penghargaan terhadap keunikan setiap wanita. Ia selaras dengan misi jenama menyediakan busana yang bukan sahaja mampu milik, tetapi juga membangkitkan keyakinan.
Dengan pembukaan butik flagship ini, She Dazzle berhasrat menjadi lebih daripada sekadar label fesyen. Ia mahu menjadi ruang inspirasi untuk wanita meraikan keanggunan diri. Inisiatif ini juga dijangka memberi pengalaman lebih mendalam kepada pelanggan setia yang sebelum ini hanya menyokong melalui platform dalam talian.
Dalam dunia digital yang penuh drama, kritikan tajam dari selebriti media sosial biasanya mampu menggoncang emosi sesiapa pun, apatah lagi bila disampaikan oleh YouTuber sensasi dunia, James Charles, yang memberi hanya 3/10 untuk snek tempatan popular, NIMS Crispy Choco Tub.
Namun, yang mengagumkan, pengasasnya Tengku Norhanim Tengku Othman atau mesra disapa Hanim, langsung tidak melatah. Sebaliknya, beliau mempamerkan kematangan, kebijaksanaan dan semangat juang luar biasa sebagai seorang wanita usahawan.
“Tak semua tekak sama. Biasalah kalau ada yang tak suka. Tapi ramai rakyat Malaysia bagi rating 10/10 untuk NIMS. Kita sudah tembus pasaran 18 negara, termasuk Amerika Syarikat,” ujar Hanim dengan tenang dan berhemah.
Di sebalik ulasan “kurang enak” itu, Hanim memilih untuk melihat sudut yang lebih luas — “Bad marketing, big impact”.
“Saya tak ambil hati. Malah, saya bersyukur sebab dapat publisiti percuma dari seorang bintang global. Itu bukan perkara mudah,” katanya, membuka mata ramai wanita tentang erti sebenar berjiwa besar dalam bisnes.
Hanim tidak hanya berhenti di situ. Beliau merancang menghantar satu set kombo khas kepada James Charles dan bahkan berhasrat untuk berkolaborasi dengan ikon kosmetik tersebut.
“Kalau dia terkenal dengan gambaran bersifat fruity, kami pula penuh warna-warni! Mana tahu James boleh reka kombo ikut citarasa dia. Packaging pun biar dia tentukan. Siapa tahu, NIMS X James Charles akan jadi kenyataan,” katanya berseloroh, tapi penuh visi.
James Charles dalam video “Trying Viral TikTok Snacks” mengkritik bahawa coklat NIMS tidak cukup ‘kick’, walaupun memuji kerangupan bijirin. Namun, Hanim memilih untuk tidak melihat komen itu sebagai tamparan — sebaliknya sebagai pintu peluang.
“Walaupun boleh makan hati dengan komen jujurnya, itu sama sekali tidak mematahkan semangat kami. Malah kami lebih terbuka untuk buat sesuatu yang lebih berani, berbeza dan mendunia,” katanya lagi.
Untuk rekod, jenama produk NIMS bukan calang-calang! Ia pernah mendapat pengiktirafan hebat. Selain pernah diangkat sebagai Nona Best Crispy ChocoTub Award dalam NONA Superwoman Award 2022, jenama itu cemerlang di pengiktirafan lain.
Antaranya The Best Brandlaureate, Top 500 Trusty Brand Award (Majlis Tindakan Pengguna), AWEN AWARD (Asean Women Enterpreneur Network), IKSNITA Award (Women Young Enterpreneur), Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) serta The 100 Top Young CEO.
Produk ini diakui mempunyai piawaian antarabangsa, selain dikeluarkan di kilang yang ada tanda Halal dan mendapat pengiktirafan IS02200.
Di sebalik semua ini, rata-rata ramai tumpang bangga kerana produk tempatan mendapat perhatian antarabangsa. Sekalipun mendapat kritikan dan ulasan tak manis, pendedahan itu cukup berharga.
Pusat tuisyen yang sinonim dengan kecemerlangan akademik, PTTI, terus melakar sejarah dengan pelancaran cawangan ketiganya di Shah Alam. Langkah ini menandakan komitmen berterusan PTTI dalam memperluas akses pendidikan berkualiti untuk pelajar Malaysia, khususnya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bersempena pembukaan baharu ini, PTTI menyasarkan 500 calon SPM 2025 dari Shah Alam untuk menyertai program bimbingan yang ditawarkan. Tidak terhenti di situ, sasaran lebih besar turut digariskan iaitu melibatkan 12,000 pelajar di seluruh negara, melalui gabungan sesi fizikal di tiga cawangan utama dan platform pembelajaran dalam talian.
Sejak ditubuhkan, ia berjaya melahirkan ribuan pelajar cemerlang, termasuk ratusan pelajar yang memperoleh keputusan straight A. Kejayaan ini berpaksikan pendekatan unik modul berfokus peperiksaan, bimbingan konsisten serta pengisian motivasi yang membina keyakinan diri pelajar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa Cikgu Fana, menegaskan bahawa pembukaan cawangan Shah Alam adalah bukti nyata komitmen PTTI.
“Kami mahu setiap anak bangsa merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan tetapi dalam masa sama berkesan. Sasaran ini bukan sekadar angka, tetapi amanah besar yang akan kami laksanakan sebaiknya.”
Majlis pelancaran turut meriah dengan kehadiran MK K-Clique dan Iman Troye selaku duta PTTI. Kehadiran mereka bukan sekadar simbolik, malah turut menyuntik semangat kepada para pelajar.
menurut duta jenama, MK K-Clique, ilmu merupakan kunci masa depan. Dia amat bangga bersama PTTI kerana mereka bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing dan memberi semangat. Saya mahu lihat lebih ramai pelajar Malaysia lahir sebagai insan yakin, berdisiplin dan mampu mencipta sejarah.
Sementara itu, Iman Troye yang sudah empat tahun bersama keluarga PTTI turut berkongsi pandangannya.
“Sebagai anak muda, saya faham cabaran belajar sambil mengejar cita-cita. Kehadiran PTTI memberi peluang untuk belajar dengan lebih mudah dan menyeronokkan. Saya yakin PTTI akan terus melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.”
Meneruskan misinya membantu pelajar, PTTI bakal menganjurkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma pada 27 hingga 30 Ogos ini. Program ini terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia dan boleh diakses melalui pendaftaran di laman web rasmi.
Suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyebabkan pernyataan palsu diberikan kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat lima tahun lalu.