
Sungguh malang tidak berbau. Tidur dalam keadaan mulut terbuka juga boleh mengundang bahaya, binatang mahupu serangga masuk ke dalam mulut.
Pelik lagi mengerikan tapi itu yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita di Levashi, Rusia selepas seekor ular berukuran 1.2 meter panjang memasuki ke dalam mulut wanita semasa sedang tidur.
Memetik laporan dari Daily Mail, ular itu masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur, di rumahnya pada Isnin.
Dibius
Wanita itu rasa tidak selesa serta tidak sihat, dan telah dihantar ke hospital. Doktor memberikan wanita itu bius untuk membolehkan doktor mengeluarkan ular daripada mulutnya menerusi tiub yang dimasukkan ke tekaknya.

Menerusi rakaman satu klip video yang viral, cukup mengerikan apabila seorang doktor mengeluarkannya dengan menarik ular tersebut dari dari saluran kerongkong dan tekak wanita tersebut. Beberapa pekerja di wad pembedahan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.

Keadaan wanita itu juga stabil selepas ular berkenaan berjaya dikeluarkan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada ular tersebut masih hidup atau telah mati ketika dikeluarkan.
Baca Lagi Di sini:
Wanita Dipatuk Ular Sawa Yang Menumpang Teduh Dalam Mangkuk Tandas!
MW: Ngerinya baca cerita sebegini. Bahaya tidur dengan mulut terbuka.Jika tak dimasuki binatang berbahaya pun, kemungkinan dimasuki serangga itu pasti ada. Paling penting utamakan kebersihan dan keselamatan di ruang bilik tidur, sebelum kita nak melelapkan mata.
Sumber: Daily Mail, Era
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Merungut Bosan Hadap Pemandangan Sama, Suami Bina Rumah Boleh Berpusing 360 Darjah!

Atas rasa kasih sayang, seorang lelaki berusia 72 tahun membina sebuah rumah unik yang boleh berpusing 360 darjah untuk isterinya. Lapor Daily Star, Vokin Kusic berkata, dia membina rumah tersebut selepas berasa bosan dengan keluhan isterinya yang mahukan kediaman dengan pemandangan yang berbeza.

Bina Rumah Berpusing
Kusic yang merupakan inovator, membina rumah boleh berpusing agar isterinya dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit pada suatu masa dan seterusnya kawasan pejalan kaki.
“Saya sudah bosan dengan keluhannya serta pengubahsuaian rumah yang dilakukan secara kerap. Jadi, kali ini saya bina rumah ini agar dia boleh membuat apa sahaja yang diingininya,” katanya kepada Reuters.
Rumah unik itu terletak di sebuah kawasan berhampiran bandar Srbac di utara Bosnia.

Berpusing 360 Darjah
Rumah itu berpusing pada paksi sepanjang tujuh meter, dengan menampilkan pemandangan ladang jagung dan tanah pertanian serta hutan dan sungai.
“Rumah ini boleh berpusing 360 darjah selama 24 jam apabila ia bergerak perlahan. Malah, pada pusingan pantas ia mampu mencapai bulatan penuh dalam masa 22 saat,” ujarnya.

Menurut Kusic, dia mendapat inspirasi untuk membina rumah tersebut daripada pereka warga Serbia-Amerika, Nikola Tesla dan Mihajlo Pupin.
Jelasnya, projek itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.
Mesti Baca:Suami Beli Rumah Baru Untuk Madu, Isteri Tua Robohkan Guna Jentolak!
Baca Lagi Di Sini:‘Renovation’ Rumah Secara HARAM, Siap Sedia RISIKO Kena Tanggung Nanti!
Artikel Menarik:Jangan Memandai Lebihkan Sempadan Tanah Bukan Kita Punya, Pertimbang Perasaan Jiran
Mingguan Wanita: Wow, memang luar biasa dan di luar kotak sungguh penyelesaian suami ini. Apa pun tahniah atas idea kreatif ini dan paling penting berusaha mendengar keluhan dan menunaikan impian isteri.
Sumber: Utusan, Daily Star
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dapat SPM 8A Tapi Tak Dapat Tawaran Masuk U, Cikgu Kongsi Kesilapan Pelajar “Drop” Subjek Pakej

Dapat SPM 8A Tapi Tak Dapat Tawaran Masuk U
Situasi ini bukan kes terpencil. Semakin ramai pelajar cemerlang gagal mendapat tempat di IPTA, walaupun keputusan mereka kelihatan “cukup syarat”. Ada yang mengeluh merasakan sia-sia belajar dapatkan 8 A tapi tiada tawaran kos yang mereka minati.
Di sebalik isu ini, ada pelajar melakukan “kesilapan” tanpa mereka menyedari, subjek yang digugurkan ketika di tingkatan 4 adalah subjek pakej yang penting untuk kiraan merit.
Seorang guru, Abdul Muiez Mohammad Ruslee tampil berkongsi realiti ini, mendedahkan bagaimana pelajar yang terlalu fokus mahu skor A sanggup menggugurkan subjek tertentu, tanpa menyedari bahawa subjek itu menjadi penentu kelayakan kursus di peringkat universiti.
Baca perkongsiannya di mana ia baik untuk pelajar dan ibu bapa juga.
Cikgu Kongsi Kesilapan Pelajar “Drop” Subjek Pakej
Saya ada terbaca di Threads. Murid ni kata dia dapat keputusan bagus, merit pun bagus. Tapi tak dapat apa-apa tawaran UPU. Saya cuba baca Threads nya. Barulah tahu, dia drop Biologi.
Ibu, ayah, cikgu-cikgu dan murid-murid. Dengar sini.
Sebaik sahaja kalian drop subjek pakej, ada kemungkinan kalian bukan lagi tergolong dalam kelompok pakej tersebut.
Sebagai contoh. Murid (gambar 1) Dia ambil STEM A. Pakej STEM A ialah Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik Tambahan. Tapi murid ni drop Biologi. Bila dia drop biologi, automatik dia bukan lagi dalam pakej STEM A.

Bila dia kira merit guna STEM A, dia dapat 86.41% sedangkan merit sebenar dia ialah 60.15% (guna Sastera Ikhtisas) Bila dia pilih kursus yang purata merit 80% ke atas, sah-sah dia tak dapat sebab merit dia hanyalah 60.15%.


Contoh STEM A:- BM, BI, Sejarah, Matematik, Fizik, Biologi, Kimia, Matematik Tambahan dan Pendidikan Agama Islam. 9 subjek.
Katakan dia TH subjek Matematik Tambahan. Murid ini masih dalam kategori STEM A. Jadi, subjek Matematik Tambahan tu boleh dikecualikan dalam kiraan merit dan 8 subjek lagi akan masuk dalam pengiraan.
Tapi kalau dia dah drop Matematik Tambahan, dia tak boleh dah kira guna pakej STEM A. Kena guna Sastera Ikhtisas.
Ruginya dekat mana?
Panjang dah saya tulis ni. Saya tak tahu macam mana nak ringkaskan lagi. Harapnya kalian faham lah.Begitulah. Kredit :- FB@ Abdul Muiez.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Puteri Sarah ‘Kunci Mulut’ Tapi Sentiasa Menyokong, Ada Kelas Tersendiri & Profesional!

Kunci mulut. Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang ahli keluaga Puteri Sarah Liyana yang seakan tiada langsung keterangan daripada mereka. Mungkin hanya dengar penerangan dari pihak keluarga mentua atau daripada ‘pihak sana’.
Namun, ia tidak bermakna ahli keluarganya tidak mahu ambil tahu atau lepas tangan tentang keadaan kemelut rumahtangga Puteri Sarah Liyana. Sebaliknya mereka ini adalah bersikap profesional dan mempunyai kerjaya yang hebag membuatkan mereka tidak lantang dan kunci mulut.
Sudah tentu, ahli keluarganya sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh Puteri Sarah Liyana demi kebaikan diri dan anak-anaknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Puteri Sarah Pertahankan Tindakan Ibu Mertua “Luahkan Ketidakpuasan Hati Dapat Kecaman Orang Ramai”
Kunci Mulut Sebab Kerjaya Profesional
Seperti kita ketahui, krisis rumahtangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof maslh lagi menjadi topik hangat di media sosial. Selain Puteri Sarah Liyana dan Syamsul, keluarga pengarah tersohor (pihak mentua Puteri Sarah) turut membuat kenyataan tentang rumah tangga yang sedang diuji.
Dalam masa yang sama, ramai peminat dan pembaca tertanya-tanya mengapa tiada seorang pun ahli keluarga Puteri Sarah yang tampil mengulas perihal isu tersebut sedangkan mereka sentiasa menyokong setiap tindakan pelakon itu dalam menegakkan keadilan untuknya dan anak-anak.
Dalam perkongsian Puteri Sarah sendiri, dia memaklumkan keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang dalam isu rumah tangganya disebabkan faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional.

“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya.
Adik Beradik Kerja Hebat
Ketika ditemui di perkarangn Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membuat tuntutan penceraian, dia turut memperkenalkan dua orang adiknya, Puteri Sofia dan Megat Imran yang menemaninya.
“Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.
“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.
“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” ujarnya.

Tindakan pelakon drama Sabarlah Duhai Hati yang menuntut cerai kepada suaminya adalah disebabkan kemelut rumah tangga yang dihadapi sejak 4 tahun lalu.
Kemuncaknya berlaku apabila Syamsul sendiri memuat naik video mengakui telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan wanita itu, Kazar Saisi.


Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, serta Sumayyah kini berusia 3 tahun.
Mingguan Wanita : Ini baru betul. Tak cepat melatah dan menyokong dari belakang. Tahu mana yang terbaik untuk ahli keluarga yang kita sayangi.
Sumber: Kosmo
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

