Nenek ‘Perkasa’ Angkat & Hantar Tong Gas Sendiri, 19 Tahun Jadi Mata Pencarian! Lazimnya perniagaan dan penghantaran tong gas dari rumah ke rumah dimonopoli oleh peniaga lelaki. Memandangkan tong gas tersebut sendiri berat dan memerlukan kudrat lelaki untuk mengangkat dan menguruskannya.
19 Tahun Jadi Mata Pencarian
Namun, bukan calang-calang apabila seorang nenek Saparisah Abdul Rahman, berusia 57 tahun yang juga Peniaga Gas, masih mempunyai kudrat untuk mengangkat dan menghantar tong berisi gas petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rumah dengan hanya menunggang sebuah motosikal yang menjadi mata pencariannya sejak 19 tahun lalu.
Menurut Saparisah yang selesa disapa Kak Zah, tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya kerana mahu membuktikan wanita juga mampu bersaing dan menceburi bidang yang sinonim dengan golongan lelaki.
Antara gambar yang sempat dirakam ketika Kak Zah sedang sibuk menyusun tong gas di kediamannya di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II, Perak semalam.
Meriah. Itulah ungkapan pertama untuk menggambarkan suasana Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) yang berlangsung pada 12 Mac 2023 lalu di Setia City Mall. Fiesta ini adalah salah satu aktiviti komuniti di bawah kempen Bangkit Wanita oleh Mingguan Wanita yang bermatlamat membantu ramai wanita memperkasakan ekonomi keluarga dan diri.
Fiesta penuh warna-warni ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat bersama Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd iaitu Syamil Fahim serta CFO Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), Mohd Azahar Mohd Salleh dan isteri. Kehadiran selebriti terkenal yang juga duta CSR iaitu Marsha Milan Londoh turut mencuri perhatian.
Walaupun fiesta berlangsung sehari sahaja, namun, ia memberi pengalaman menarik dan bermakna kepada 40 pengusaha biskut raya. Inilah masanya untuk giat mempromosi produk sempena sambutan Hari Raya secara terus kepada pelanggan selain berniaga atas talian.
Selaku penaja utama fiesta, CSR melihat acara ini dari sudut positif apabila pengusaha meraih pelanggan baharu untuk tempahan pra hari raya menerusi pek sampel biskut raya yang diedarkan.
Penganjuran fiesta telah mendapat sokongan dan pujian daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hajjah Aiman Athirah Sabu. Menurut beliau, usaha ini selari dengan kempen anjuran pihak kementerian iaitu Wanita Bangkit. Beliau turut menyarankan agar akan ada kerjasama antara penganjur Fiesta Homebakers di masa akan datang bersama kementeriannya.
Pihak CSR pula melihat penganjuran ini sebagai salah satu usaha terbaik mendekati komuniti pengusaha biskut, kek, pastri, roti dan lain-lain. Menerusi fiesta ini juga, pihak CSR turut giat mempromosikan kempen pengambilan gula secara sederhana di kalangan penggunanya bagi mengurangkan kadar obesiti dan kencing manis di kalangan masyarakat.
Padat dengan pelbagai aktiviti menarik, kemeriahan fiesta ini dimulakan dengan pertandingan susun biskut raya disusuli dengan pertandingan Biskut Raya Gergasi Challenge X pelajar Kulinari. Pertandingan unik ini menerima penyertaan 36 pelajar dari Saito College Universiti, Food Institute of Malaysia (FIM) dan Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasek Kemamam Terengganu.
Pertandingan menguji kreativiti para pelajar kulinari menghasilkan biskut raya terbesar dengan mengekalkan rasa sebenar dan bentuk asal biskut. Juara iaitu Kumpulan Zucchero dari IKBN membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM700, serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan tajaan CSR serta sijil penyertaan. Zucchero telah menghasilkan biskut raya Giant Golden Cornflakes seberat 15 kilogram dan menggunakan gula jenama CSR sebagai salah satu bahan utama mereka.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi tempat saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta juga diserikan dengan kemunculan Arieni Adriena, pengasas Gula Cakery yang melakukan demo bancuhan topping biskut serta cara menghias. Menurut Arieni, ia adalah sesuatu yang amat mudah disediakan dan jika mahir dengan ramuan bancuhan, biskut boleh dihias secara kreatif dan menarik. Selain itu sesi demo membuat biskut kurang manis dan gerenti sedap turut ditunjukkan oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu CikDayang yang sangat popular menjalankan kelas-kelas masakan PJJ.
Antara aktiviti menarik lain untuk penyertaan pengunjung ialah acara pertandingan tekan-tekan semperit, teka biskut raya yang begitu gamat bersama Marsha Milan apabila peserta ditutupkan mata dan perlu meneka nama biskut yang diberikan.
Keceriaan fiesta berterusan dengan sesi demo bersama penaja bersama iaitu marjerin Adela bersama Chef Azreen yang menunjukkan cara membuat biskut Pecan Crispy Caramel seterusnya bersama pihak Fruttose dalam segmen Citra Rasa Fruttose.
Pengunjung turut berpeluang menerima banyak hadiah tajaan CSR menerusi Pop Kuiz bersama CSR yang menguji pengetahuan peserta tentang produk keluaran. Acara ini secara tidak langsung mendedahkan pengunjung tentang penggunaan gula keluaran CSR yang berbeza mengikut jenis gula, contohnya BETTER BROWN yang sesuai untuk penyediaan pelbagai jenis minuman dan makanan. GULA KASTOR yang sesuai untuk kek, biskut, kuih-muih dan manisan dan GULA AISING yang sesuai untuk topping kek & pastri.
Kemuncak kemeriahan fiesta adalah pengumuman pemenang tiga kategori vendor iaitu Vendor Sampel Biskut Terlaris dimenangi oleh Ayu Bakery. Bagi kategori Vendor Booth Tercantik dimenangi oleh The Kelopak Bakes dan Vendor Paling Aktif Promosi di Sosial Media iaitu Yums Delicacies. Setiap pemenang membawa pulang sejumlah 36 kilogram gula Better Brown tajaan CSR. Hadiah yang sangat bernilai bagi para homebaker. Sebagai penutup tirai fiesta, semua vendor terlibat turut diberikan sijil penghargaan penyertaan.
Fiesta Homebakers ini boleh dijadikan platform permulaan membawa jenama para pengusaha biskut melakar kejayaan lebih besar di masa akan dan semoga dapat menyertai lagi fiesta seumpamanya untuk siri kedua pula.
Untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang CSR, boleh klik link ini CSR Teman Sajian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15 Kg Tarik Perhatian Pengunjung FIESTA HOMEBAKERS USHA USHA BISKUT RAYA.
Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemetiahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
20 jenama biskut lokal paling sedap dan wajib beli untuk Aidilfitri ini adalah hasil keluaran para pengusaha biskut tempatan yang terlibat di Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya Mingguan Wanita bersama CSR pada 12 Mac 2023 lalu.
Ini adalah sebahagian daripada 40 pembuat biskut raya yang terlibat dalam fiesta yang sangat meriah itu. Ada pelbagai jenis biskut yang pasti menggoda rasa.
Klik sahaja pada semua pautan dan pastinya ada yang mengundang rasa. Semua memang sedap, Tak perlu bersusah payah ke mana-mana kerana boleh dibeli atas talian. Sebut sahaja nak apa, semuanya ada.
Menawarkan inovasi biskut tradisional kepada yang moden mengikut cita rasa terkini. Digabungkan dengan bahan dan rasa mewah. Enak dan berbaloi dengan harga.
Send You a Better Taste of Tart. Menggunakan mentega sepenuhnya untuk rasa yang pemium dan tart gebu.
Choc Button Nutella yang semakin di minati ramai ini bakal melengkapkan juadah hari raya anda. Biskut yang satu ini bukan biasa-biasa. Ia disalut penuh badam yang ‘crunchy’. Ditambah pula dengan lemak manis rasa nutella yang seolah-olah ‘menari-nari’ di dalam mulut anda. Pasti memukau citarasa sesiapa sahaja. Satu pasti tidak cukup, memang tak berhenti kalau makan!
“Biskut batik by sista sekali rasa pasti teringat-ingat”
Rasa klasik zaman dahulu serratus peratus mengunakan milo tanpa pengawet dan telur, serbuk koko rasa crunchy biskut Merry serta kekenyalan coklat milo. Sekali rasa pasti teringat-ingat.
Gabungan citarasa lama dan baru di tambah penggunaan 100% pure butter menjanjikan setiap biskut mempunyai rasa yang tersendiri dan unik.
Biskut Kacang Peas yang istimewa. Menggunakan kacang peas yang dikisar halus dan disangai hingga menghasilkan biskut dengan tekstur yang ringan dan halus. Ditambah lagi dengan serbuk santan yang membangkitkan lagi beraroma. Rasa klasik dan istimewa. Tetap menjadi buruan penggemar-penggemar biskut raya dulu-dulu.
Rasa cornflakes cookies yang lain dari lain. Menggunakan resepi yang dibawa khas dari masa hadapan, tahun 3000. Rasa sedap, rangup & teringat-ingat. Terasa seperti hari-hari, hari raya.
Kualiti adalah resepi kami. Semperit Classic menjadi pilihan yang muda dan tua. Tart Cardbury cair di mulut sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. Rasa sekali pasti nak lagi. Dibawakan dari penyediaan cara tradisional hingga ke moden. Diadun bersama bahan-bahan premium. Tanpa bahan pemutih untuk setiap produk kami. Setiap gigitan akan membuatkan anda melting. Pasti tetamu tidak akan melupakan setiap gigitan produk kami. Rasa premium tapi harga kasih sayang.
Tart Sandwich yang cair di mulut makan sekali pasti teringat-ingat lagi dan juga pelbagai biskut yang diinovasi untuk raya kali ini mengikut selera anda.
“Menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti dari biskut tradisi sehinggalah ke moden. Resepi yang digunakan untuk membuat biskut tradisi juga adalah resepi dari turun temurun. Keunikan kesemua biskut raya yang dihasilkan menggunakan tangan ini sangat berbeza rasanya jika dibandingkan dengan biskut raya yang mengunakan mesin. Ianya dapat dipantau satu persatu selain dijamin kualitinya. Rasa yang tidak begitu manis dan amat bersesuaian dengan semua peringkat usia juga menjadi keutamaan kami. Rasa sekali, pasti nak lagi”
“Dari classic ke moden, semuanya boleh didapati di The Parfait Bites. Lima jenis biskut raya klasik resepi turun temurun dgn citarasa orang lama. Terdapat juga lebih 10 jenis biskut moden pilihan ramai setiap generasi dengan rasa yang akan membuatkan anda tak boleh berhenti mengunyah.”
Mengimbas kenangan dan nostalgia indah saat menikmati keenakan tart nenas. Kami turut menjual pelbagai Brownies, Marble cake dan Butter cake. Bahan-bahan daripada kualiti premium yang dijamin keenakannya.
AGAR-AGAR KERING MENGGAMIT KENANGAN
Ramai pengunjung pertengahan usia, #fiestahomebakersmingguanwanita di Setia City Mall Setia Alam teruja dapat merasa agar-agar kering yang kami hasilkan. Mereka kata, kuih dulu-dulu dan nostalgia zaman kanak-kanak. Kalau anak muda pula, “ehhh apa ni?” Sedappp… Macam jelly… Kami sebagai pengusaha rasa bangga dan seronok kerana dapat perkenalkan resipi warisan kepada anak muda dan mengimbau kenangan silam.
Jika dulu-dulu agar-agar kering di susun didalam talam dan dijemur terik matahari, sekarang kami menggunakan mesin pengering khas. Jadi terhindar dari habuk pencemaran udara dan serangga.
Produk terbaru kami pula Tart Bar Keju pun mendapat sambutan hangat. Terasa lemak keju dan gabungan masam manis jem nenas memang padu.
“Homemade cookies with butter & love, 𝚌𝚕𝚊𝚜𝚜𝚒𝚌 𝚝𝚘 𝚖𝚘𝚍𝚎𝚛𝚗 𝚌𝚘𝚘𝚔𝚒𝚎𝚜 ”
“Kuih-kuih dari klasik ke moden, yang klasik rasa seperti air tangan orang zaman dahulu. Yang moden pula menggunakan bahan-bahan premium. Yang penting tidak terlalu manis sesuai untuk semua. Rasa premium , TAPI tidak pada harga!
The way to bring back memory
“Raya bersama Hayfa’s Kukis dengan variasi 17 jenis biskut raya tradisional & moden yang memenuhi citarasa segenap lapisan umur. Resepi tradisi turun temurun air tangan ibu. Setiap gigitan mampu mengimbau kenangan raya bersama keluarga tersayang.
” Cookies made with love, And be remembered for all time” Bahan utama dalam cookies umielicious adalah pure butter dan dark chocolate compound yang menjadikan cookies ini premium dan berkualiti. Memang ummphh rasa biskut raya ini. Kami pasti ianya akan menjadi biskut yang paling cepat habis dalam balang. Selamat Mencuba.
Semua cookies Menggunakan Anchor Pure butter dan coklat Yang berkualiti tinggi, kurang manis sesuai untuk semua golongan dengan harga mampu milik. Setiap gigitan terasa premium, Cair dimulut, tidak melekat Di lelalangit, rapuh Dan membuatkan semua teringat² dengan kesedapannya.
Biskut raya moden dan tradisional yang menggunakan bahan-bahan premium serta berkualiti tinggi untuk kepuasan pembeli. Kuih raya tradisional seperti Buah Rotan dan Popia Nestum yang kurang manis dan rangup hasil dari air tangan orang lama sentiasa akan memberikan kepuasan kepada sesiapa yang menjamahnya.
Selain itu, biskut moden yang semestinya mengikut trend kuih semasa seperti Nastar Cheese Tart, Biskut Arab, Chocolate Cornflake Bar dan Swiss Nutella pula menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti tinggi yang pastinya tidak rugi dicuba.
Yang pasti tetamu akan memuji-muji kuih raya anda tahun ni.
MW: Semua sedap dan ada keistimewaan sendiri. Apa pun memang kena cuba mana-mana yang berkenan di hati. Klik sahaja pada pautan yang diberi untuk setiap pembuat kuih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!