Demi anak, seorang ibu sanggup berkorban apa saja. Sementelah, dalam masa sama menjaga cucu yang sakit dan langsung tiada bekalan untuk bagi mereka makan.
Tekad seorang nenek demi anak dan cucu dengan mencuri ibu rebus bagi iberi makan untuk anak dan cucunya, sehingga ditangkap atas kesalahan itu. Tiada siapa yang bersimpati, akhirnya nenek ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang dilakukan.
Namun, atas perikemanusiaan dan pengajaran ini telah membuka mata dan fikiran buat sesiapa yang hadir semasa perbicaraan itu. Antara kisah yang dipaparkan itu:
Seorang nenek telah di tangkap atas tuduhan mencuri ubi rebus (singkong).
“Saya mencuri kerana ingin memberi kepada anak saya yang sangat lapar & cucu yang sakit dirumah”.
Dengan kata mudah, mencuri kerana terpaksa. Ketua Hakim Apandi kusyuk menatapi wajah nenek seolah-memikirkan sesuatu.
Manakala pihak pendakwa raya menegaskan hukuman yang berat harus dikenakan, atas alasan ingin memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak mengulangi perbuatan wanita yang lanjut usia itu.
Hakim Apandi menarik nafas lalu menyatakan “maaf nenek saya tidak boleh membuat pengecualian terhadap undang-undang, maka nenek harus dihukum tanpa kompromi”.
Ads
Nenek tunduk pasrah, tanpa disedari air mata menitis dicelah kedutan rautnya.
Lalu Hakim Marzuki bersuara,
“Dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1000 atau penjara setahun”.
Nenek tersebut seperti langsung tidak memikirkan tentang wang, kerana mustahil baginya mendapatkan wang yang tidak pernah dipegang seumur hidupnya.
Baginya tempat tinggal selepas ini adalah “tirai besi”. Walau tiada kerelaan, dia terpaksa menerimanya. Mungkin sisa hidup untuk bersama dan menjaga anak dan cucu yang sakit sudah menemui noktah.
Hukuman Buat Ahli Mahkamah
Bagi nenek tersebut walau terpaksa menempuh kesukaran hidup namun dia tetap gembira dengan adanya anak dan cucu.
Ads
Begitu tinggi nilai seorang anak dan cucu disisi nenek ini. Raut wajah seperti ingin meraung kesedihan kerana hilangnya semangat peneman hidup.
Tiba-tiba Hakim Apandi membuka topi dan memasukkan sejumlah wang ke dalam topi tersebut dan berkata,
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya sebagai hakim juga menjatuhkan hukuman kepada ahli mahkamah minimum RM100 seorang atas kerana membiarkan nenek, anak dan cucunya kelaparan”.
Tukul kehakiman diketuk sebagai tanda tamatnya perbicaraan. Hakim Apandi meminta duit berkenaan dikumpul dalam topi yang sudah berisi wangnya tadi.
Seluruh individu yang ada di mahkamah akur lantas memberikan wang yang diminta oleh Hakim Apandi tadi, tanpa pengecualian. Segala berjalan seperti kehendaknya.
Hasil dari kesemua kutipan sebanyak RM3,500 diserahkan kepada nenek tersebut. Lalu Hakim Apandi meninggalkan mahkamah dengan tenang sambil mengukir sejuta senyuman.
Ads
Nenek dilihat menadah tangan lalu berdoa
“Ya Allah, masih ada insan yang bernama manusia di muka bumi mu ini. Moga kau rahmatilah hidupnya dan pengikutnya”.
Seluruh penghuni mahkamah memerhati nenek yang berpelukan bersama anak dan cucu dengan titisan air mata.
“Apabila KEMANUSIAAN menjadi budaya, maka KEHARMONIAN akan dirasa”.
“Apabila KEADILAN ditegakkan, maka matilah segala KEZALIMAN”.
Mingguan Wanita : Moga ia menjadi ikhtibar untuk kita semua. Jangan terus menghukum dan lihatlah sisi tepi pesalah itu.
Rasanya setiap rumah mak-mak mesti ada satu atau dua koleksi pinggan mangkuk yang cantik dan mahal disimpan dalam almari hiasan kan! Sayang pula nak guna, paling dirisaukan takut pecah. Mahunya tak lengkap set pinggan itu nanti.
Itulah fikiran mak-mak bila beli koleksi pinggan mangkuk yang mahal. Kalau ada diguna pun bila tetamu datang atau guna untuk masa hari istimewa sahaja seperti hari raya.
Bagi kegunaan kat rumah, mak-mak lebih rela guna koleksi pinggan mangkuk yang biasa-biasa sahaja. Kalau pecah atau rosak tidaklah ralat kan!. Jangan begitu dan usah berkira nak bagi ahli keluarga guna.
Sayang memanglah sayang tapi mak-mak kena fikir, semua itu boleh dibeli lagi dan tidak luak pun untuk diguna pakai oleh ahli keluarga sendiri.
Perkongsian daripada Firda Ashaary ada betulnya. Boleh saja bagi ahli keluarga guna, lebih-lebih lagi anak kita. Jangan berkira sangat. Cuma, apa yang mak-mak boleh cakap, pesanlah beratus kali pada anak-anak, dia pun akan lebih berhati-hati.
Ada secebis nasihat khas untuk mak-mak yang suka beli atau kumpul koleksi pinggan mangkuk, tak kisahlah yang mahal atau murah.
1. Lepas Beli, Sila Guna
Jangan simpan dalam almari buat perhiasan. Tunggu tetamu datang, baru nak keluarkan. Tapi, suami dan anak-anak, hari-hari mak hidang dalam pinggan eco saja. Sedih tau! Tak baik, berkira-kira kalau nak keluarga guna.
2. Bagi Anak-Anak Guna
Ajar anak guna dengan berhemah dan cermat. Pesanlah walaupun sehari 66 kali, pesanan yang sama.
Beruntung sebenarnya mereka yang sukakan budak-budak ini. Buat diri jadi sentiasa muda pun iya. Dan pelakon Fasha Sandha pun ada sebab tersendiri kenapa dia berasa selesa, tak rimas pun bila di kelilingi ramai budak-budak.
Berkongsi pandangan di instagram miliknya, Fasha akui yang kanak-kanak lah buat hatinya jadi lebih gembira. Kerana mereka begitu jujur menghargai orang di sekeliling mereka.
Ramai Tanya, Tak Rimas Ke Dikelilingi Budak-budak
Kata Fasha,
“Ramai tanya, tak rimas ke dengan kids. Jawapannya, lagi ramai lagi I suka, sebab kids buat I happy, diaorang sangat jujur, dan pandai menghargai kita. Berbanding orang besar.”
Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi foto kenangan bersama kanak-kanak.
“Ni anak-anak buah kesayangan mami, anak BFF dan anak jiran pun. Kebetulan ada di negeri yang sama. Tak lengkap rasanya bercuti this time tanpa KR kids an elsa.
Bila mana Fasha kongsikan kebahagiaannya dikelilingi kanak-kanak, ramai yang memberikan respons positif. Malah, ada peminatnya yang berpendapat Fasha serasi jika menjadi seorang guru. Tentu anak-anaknya seronok untuk menjadi anak muridnya.
Malah, ada juga yang berpandangan, banyak pahala untuk seseorang yang ikhlas menyantuni kanak-kanak.
Banyak benarnya, malah bila tak lokek dengan kanak-kanak, ada peluang untuk gembirakan hati mereka.. maka gembirakanlah. InsyaAllah, ada rezeki yang akan bertambah tuhan berikan ganjarannya nanti.
Untuk rekod, hasil perkahwinan Fasha bersama Aidil Aziz, Fasha dikurniakan bayi perempuan Aisha Amira, 4 bulan.
Sebelumnya, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun berpisah pada 2016. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata; Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6 tahun.
Rupanya rahsia untuk buat kuih ‘Beko Nyor’ atau lebih dikenali Bingka Kelapa lebih sedap, tak kiralah nak buat yang original mahupun perisa pandan adalah menggunakan kelapa parut yang masih muda. Kuih ni rasanya lembut dan lemak manis, sesuai sangat dibuat untuk minum petang. Bahan-bahannya tak banyak nak buat pun mudah.
Berikut perkongsian resipi oleh Aizaakma Jaafar sebagai panduan;
“Bila hari cuti je sahabat R datang bertandang, sebelah dapur masak lauk sebelah lagi untuk kuih.Alang-alang datang tu maka jadi la kuih feberet kami laki bini.Ada tempat panggil beke nyor, ada panggil beko nyor, ada jugak panggil bingka kelapa.Buat sendiri boleh ikut tekak sendiri nak nyor banyak mana nak manis takat mana.Original kuih ni tak de warna..putih aje..ni saje buat 2 warna.Yang original dengan yang 100% air pandan.Peminat kuih ni mesti ramai kan.
*ni resepi untuk sukatan yang saya buat hari ni.Dapat banyak ni kalau guna acuan besar ni.kalau guna acuan kuih cara tu dapat la lebih lagi.So sahabat-sahabat yang ada acuan ni dekat rumah nak buat banyak, gandakan la bahan-bahan tu ye.
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut (sengaja lebihkan)
Gula (yang ni memang kena rasa ikut tekak sendiri)
1 biji telur
Secubit garam
Air (jangan banyak jangan sikit, biar adunan nampak kelapa parut)
Air pandan (kalau nak buat warna hijau)
Cara Membuat:
1.Satukan tepung pulut, kelapa parut, gula & garam gaul sebati.
2.Pecahkan telur dalam bekas lain baru masukkan dalam adunan kelapa dan gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, adunan tak terlalu pekat atau terlalu cair. Biar kelihatan parutan kelapa bila diadun.Masa ni boleh la rasa tahap kemanisan yang kita nak.
4.Panaskan acuan, sapu minyak atau majerin.Saya guna majerin, dah panas boleh masukkan adunan.
5.Perhatikan jugak takut hangit bahagian bawah.
Info Ekstra!
*Kalau nak buat yang pandan, pandai-pandailah bahagi adunan ye *telur pecahkan baru bahagi
*Jangan terlebih tepungnya nanti dah sejuk keras
*Kelapa dapat yang muda lagi sedap!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.