lambat kahwin

Ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan daripadaNya. Lambat atau cepat mendirikan rumahtangga bukanlah penentu kebahagian sebenar. Apa yang penting, persediaan melengkapkan diri dengan akhlak dan agama serta memilih jodoh yang tepat sebelum berkahwin.

Jemput baca perkongsian dan nasihat daripada Hafiz Aiman ini sebagai panduan.

Kenapa lelaki seperti saya lambat kahwin ?

Sejak dari usia saya 23 tahun sampai usia saya sebelum kahwin iaitu 33 tahun. Bila ditanya kamu bila nak kahwin. Saya dengan tenang just jawab inshaAllah mak cik , pak cik kalau jodoh dah sampai. Akan ada surat jemputan dari saya.

Kenapa saya tak fed up mendengar soalan yang sama dari tahun ke tahun. Kerana sebelum kahwin saya sudah dihidangkan dengan pelbagai jenis permasalahan rumahtangga dari orang sekeliling. Malah permasalahan rumahtangga yang timbul itu majoritinya berpunca dari perangai seorang suami.

Apatah lagi, saya juga dihidangkan dengan perangai manusia yang suka kondem bila kahwin lambat. Mereka suka kondem terhadap individu yang belum berkahwin tapi dalam waktu yang sama, mereka juga tidak menjaga batasan agama dalam diri isteri mereka mahupun anak – anak mereka.

Titik Beratkan Akhlak & Agama

Dengan itu saya jadikan ia sebagai suatu pengajaran dalam hidup .Supaya diri ini tidak terhegeh – hegeh dengan soal jodoh . Tapi sebelumnya perlu menitik beratkan akan perkara-perkara yang diperlukan dalam bahtera perkahwinan iaitu akhlak yang baik dan berkefahaman dalam agama .

Selepas kahwin saya hanya praktikan terhadap apa yang saya belajar dan apa yang saya usahakan sebelum kahwin .

Mujurlah isteri saya ini orang yang baik kerana dia bukan memandang saya dari sudut harta dan jawatan tapi hanya memandang 2 perkara iaitu akhlak yang baik dan beragama .

Dalam waktu yang sama juga. Saya juga tidak nafikan yang ramai wanita terlalu memilih (perfect 10) . Itu sampai menyebabkan hidup keseorangan.

IKLAN

Nasihat Buat Wanita Bujang

Baca nasihat aku ni wahai wanita-wanita bujang. Kerana penjagaku seorang hakim syarie . Apa yang aku tulis ini semua maklumat darinya .

Dalam kes perceraian kata penjagaku 70% itu datang dari perangai lelaki (suami ). 20 % datangnya dari perangai perempuan (isteri) dan 10% lagi datang dari pihak ketiga .

Hati-hati.

Hakikat kepada perkahwinan adalah takdir (jodoh). Asbab kepada perkahwinan adalah usaha dari diri kita .

Diri kita yang memilih.

Sebelum menerima seorang lelaki untuk dijadikan suami.Mohon kaji dulu diri lelaki itu sebelum meneruskan ke hari pernikahan.
Kerana ada diantara kami yang lelaki ini ada yang jenis keparat, biawak hidup, talam 2 muka dan BAIK . Justeru, mohon jadikan gerbang pertunangan itu bukan semata-mata gerbang ikatan sementara tapi lebih kepada gerbang untuk menilai diri pasangan.

IKLAN

Itu juga tujuan utama melayu wujudkan majlis pertunangan. Majlis pertunangan itu bukan sekadar menanda anak dara orang tapi ia lebih kepada menilai dan mengkaji diri pasangan. Jika kamu merasakan jalan ini sukar dan tidak berani ambil jalan ini .Nasihat saya selamat hadapi risiko ancaman kebodohan seorang suami.

Allah pun telah janjikan wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik .

Justeru jadikan diri ini baik . Baik itu mestilah baik kepada Allah yakni laksanakan segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA . Baik itu juga mestilah baik sesama manusia .

Jodoh itu kita yang pilih .Baik buruk pasangan kita itulah pilihan kita .

Ni tak , ada sahaja lelaki masuk meminang terus mempersetujui untuk ke hari pernikahan. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu kerja kerajaan, berjawatan tinggi, berharta dan ada paras rupa. Agama dan akhlak terus dipinggirkan. Sedangkan yang memandu hidup selepas kahwin bukan harta, bukan pangkat, bukan paras rupa tapi ia datang dari 2 perkara iaitu akhlak yang baik dan beragama .

Okay simple.

IKLAN

Nota kaki: Saya juga tak nafikan ramai kaum saya ini (lelaki) suka mendiskriminasikan golongan wanita yang tak berapa nak cantik dan miskin . Jadi dalam hal ini orang lelaki juga supaya tidak bersikap sebegitu kerana cantiknya wanita itu bukan datang dari rupanya tapi datang dari 2 sahaja iaitu berakhlak dan beragama .

Juga kaum lelaki wajib tahu yang kayakan kita bukan manusia tapi Allah atas asbab kita berusaha. Bila kita berkahwin Allah akan membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya.Juga bila kita sentiasa berbuat baik dan sentiasa membahagiakan isteri, Allah akan sentiasa mempermudahkan hidup kita atas asbab kita berusaha .

Masalahnya ramai dari kaum kita (lelaki) ini bila berkahwin suka menjadikan diri umpama seekor biawak hidup. Bila jadi biawak hidup memang miskin la bro . Nak dapat anak pun kena ada isteri.

Isteri saya umur 39, chubby dan mukapun tak berapa nak putih . Saya umur 33, muka putih tapi bekerja petani .

Saya tidak pandang isteri saya pada sudut umur, rupa dan fizikal . Isteri saya tidak pandang saya pada sudut umur , jawatan dan harta .

Jadi betol lah kata Allah wanita yang baik buat lelaki yang baik.

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat.Buat para wanita yang masih belum berkahwin boleh jadikan perkongsian ini satu panduan. Berusahalah menjadi wanita yang baik, kenali dahulu latar belakang pasangan, baik buruk perangainya sebelum meneruskan untuk mendirikan rumahtangga.

Sumber: Hafiz Aiman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI