Bila dah muak dengan biskut raya kebanyakan orang lebih suka makan sejenis snek, salah satunya Cornflakes Pedas. Apa yang menarik, resepi ini dikongsi oleh seorang lelaki, Rezal Mansor yang katanya ini snek ini sedap dan laku keras kalau jamu waktu raya.
Satu kuih raya dah siap, Cornflakes pedas ini taste dia sedap macam kerepek ubi pedas dan garing. Tadi tak ada daun limau purut, jadi gantikan dengan daun kari. Ikan bilis tu saje nak menyedapkan rasa dan sedap lagi, kalau bubuh kacang goreng.
Snek Cornflakes Pedas
Ads
Bahan-bahan:
40 gm bawang putih dicincang
40 gm bawang merah dicincang
2 sudu kecik minyak
60 gm pes cili
120 gm gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap
4 helai daun limau purut dihiris halus
120 gm bijiran cornflakes
Ads
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
Ads
2. Tambahkan pes cili dan masak lagi selama beberapa minit.
3. Kemudian masukkan gula, garam, kicap dan daun limau purut dan masak lagi selama 2 minit.
4. Masukkan cornflakes dan kacau sehingga semua rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
6. Letakkan cornflakes pedas dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 hingga 6 minit atau sehingga cornflakes garing
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Panas di media sosial dengan komen dan status netizen berkenaan beg tangan berjenama termasuk Hermes dan Birkin dan beg macam-macam saiz ditemui dan berisi duit yang dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.
Rata-rata netizen agak terkejut dengan berita penemuan 72 beg pelbagai saiz berisi wang tunai pelbagai mata wang, barang kemas, jam berjenama dan barang-barang berharga serta 284 kotak berisi beg tangan yang dimiliki individu bergelar Tan Sri.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketika pemeriksaan dibuat, tiada penghuni di dalam kondominium tersebut yang mana melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar ‘Tan Sri’ dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.
“Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib). Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak,” kata Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.
Maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Sebelum ini lima lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nota penting bagi mak-mak yang memiliki akaun dan ada menyimpan di Lembaga Tabung Haji (TH), mohon aktifkan kembali akaun tersebut. Ini kerana bermula 9 Jun depan, akaun pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak aktif melebihi tujuh tahun akan dipindahkan ke kumpulan `Akaun Tidak Aktif’ yang tidak akan menerima agihan Hibah Tahunan atau Hibah Haji mulai 2018.
Tabung Haji dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehingga kini pihaknya sudah mengenal pasti hampir 500,000 akaun pendeposit tidak aktif dengan jumlah simpanan sebanyak RM62.8 juta.
Menurut Tabung Haji, inisiatif pengelasan `Akaun Tidak Aktif’ adalah sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi mencurigakan.
“Pendeposit boleh mengaktifkan akaun dengan melakukan sekurang-kurangnya satu aktiviti transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi atas talian rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan membuat urusan simpanan di pelbagai saluran ejen kutipan Tabung Haji sebelum 8 Jun,” katanya.
Dalam kenyataan itu juga, Tabung Haji menasihatkan pendeposit untuk membuat pengemaskinian profil seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris untuk memudahkan TH menghubungi bakal haji bagi urusan surat penghantaran tawaran haji serta pengurusan harta oleh waris.
Katanya, jika Tabung Haji tidak dapat menghubungi pendeposit, bakal haji berkemungkinan akan terlepas giliran haji pada tahun berkenaan dan perlu menunggu tahun yang seterusnya untuk mengerjakan ibadah haji.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-62071919.
Jadi jangan lupa, lakukan sekurang-kurangnya satu transaksi agar akaun ini kekal aktif dan terus mendapat agihan hibah mahupun agihan haji daripada Tabung Haji.
Hati seorang isteri pasti berbunga-bunga bahagia, bila dapat ucapan penghargaan, penuh rasa cinta daripada suami tersayang. Terutamanya pada hari yang penuh bermakna seperti Hari ulangtahun perkahwinan dan hari jadi. Bukan apa, selalunya kaum suami ni,suka simpan perasaan mereka. Payah nak jumpa yang jenis suka meluahkan perasaan, kata-kata yang manis ni pada isteri. Kebanyakannya, isterilah yang kena paham-paham sendiri.Kan!
Rupanya semalam, 4 Mei merupakan ulangtahun perkahwinan ke-enam bagi pasangan selebriti Awal Ashaari,37 dan Scha Alyahya, 34 ini. Pasangan sama cantik sama padan ini telah mendirikan rumahtangga pada 2012 dan dianugerahkan cahaya mata yang comel, Lara Alana, 4 tahun.
Apa yang mencuri perhatian Mingguan Wanita adalah luahan kata-kata romantis Awal buat isterinya Scha sempena ulangtahun keenam perkahwinan mereka. Didalam posting terbaru di Instagram, Awal telah memuatkan memori gambar-gambar sewaktu perkahwinan mereka dengan kapsyen yang cukup romantis buat isteri tersayang.
“Tepat waktu ini, enam tahun yang lalu, saya telah berjanji menjaga, mencintai dan menyayangi dia, Sharifah Nor Azean dengan sepenuh jiwa raga. Hingga saat ini, perasaan dan cinta saya tetap milik dia dan sedikit pun tak pernah kurang, malahan semakin kuat setiap hari. Dia membuatkan saya mahu jadi lebih baik setiap hari, Dan dia merupakan semangat saya. Saya mungkin tak sempurna, tapi dia menyempurnakan saya”
“Bila orang tanya, apa saya nampak pada dia? Saya nampak masa depan saya dimata dia. Dia ibu kepada anak saya, dia tulang rusuk saya, dia segala-galanya”
Sweet sungguh kan! Mingguan Wanita mengucapkan tahniah dan selamat ulangtahun perkahwinan buat Awal dan Scha.Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Para suami lain pun boleh contohi, luahkanlah kata yang manis-manis buat isteri pun dah mampu buat isteri tersenyum bahagia.
Kisah seorang isteri tunggu dalam kereta ketika menemani suaminya bekerja hangat diperkatakan sejak semalam, nak-nak tahu dilanggar oleh pemandu mabuk secara tiba-tiba.