Sekarang ramai kaum wanita yang gigih amalkan makan jamu dan herba untuk kembali langsing dan dapatkan bentuk badan idaman. Malah mungkin ada mak-mak yang masih ragu-ragu nak makan jamu dan risau dengan kesan jamu pada tubuh badan.
Tetapi kalau suka sangat makan jamu, anda boleh teruskan cuma jangan sampai terlepas pandang untuk minum air yang banyak dan paling penting kena buat senaman. Atau paling tidak, mak-mak di luar sana boleh ikut nasihat saudara Muhammad Ahmad ini…
Kalau Makan Jamu, Pastikan Buat Perkara Ini
Wahai kakak semua. Nak makan jamu pun boleh, tak nak makan pun boleh. Tapi jangan tinggal senaman keluarkan peluh.
Sekarang tangan dah boleh pegang kaki ketika berada dalam keadaan melunjur, dahi sedikit lagi dapat sentuh lutut.
IKLAN
So kepada kakak-kakak semua, nak sihat, nak badan cantik kenalah exercise, minum air mineral yang cukup(1.5L paling kurang), pilih ulaman kampung, sayuran hijau, ikan bilis, tempe, tempoyak.
Dan yang paling penting apa yang kita makan itu semestinya HALAL LAGI BAIK, sebagaimana firman الله dalam surah Al-Baqarah ayat 168
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
Sejak akhir-akhir ini ramai dikalangan wanita yang ingin memanjangkan bulu mata atau lebih dikenali ‘eyelash extension’ demi untuk untuk memiliki mata yang cantik dan mengikut trend semasa.
Pemakaian eyelash extension ini ia sebenarnya boleh membahayakan kesihatan mata malah lebih membimbangkan boleh menyebabkan wuduk yang diambil TIDAK SAH! Apabila wuduk yang diambil tidak sempurna sekaligus mengakibatkan solat fardu yang didirikan juga tidak sah.
Perkara ini didedahkan oleh Datuk Prof Dr. Che Muhaya Haji Mohamad,58 sendiri, yang merupakan seorang doktor Pakar Bedah Mata dalam perkongsian video yang dikongsikan di instagram beliau petang tadi.
90 Peratus Tidak Solat Cukup 5 Waktu
Dalam perkongsian video-video tersebut, Prof Muhaya ada berkongsi statistik menunujukka bahawa 90 orang Malaysia tidak solat cukup 5 waktu, manakala yang cukup solat 5 waktu tidak dapat dipastikan sama ada wuduk diambil sempurna atau tidak.
Kerisauan terhadap trend pemakaian eyelash extension semakin meningkat. Sebagai seorang doktor Pakar Bedah Mata, Prof Muhaya menjelaskan bahaya pemakaian eyelash adalah TIDAK SAH wuduk kerana plastik yang dilekatkan pada mata mempunyai gam yang boleh menghalang dan menutup bulu mata.
Prof Muhaya juga menyeru para wanita yang nak cantik, tidak perlu bergantung pada keadaan fizikal, kerana ia boleh menjadi makanan ulat. Sebaliknya pentingkan kebersihan jiwa, bila hati bersih, cahaya kecantikan akan terserlah pada wajah.
Bukan itu sahaja, Prof Dr Muhaya juga ada berkongsi video gambar mata pesakitnya yang telah membuat eyelash extension. Kesannya mata pesakit tersebut jadi tidak sihat, tidak selesa, merah dan berair.Malah bagi orang Islam pula, pemakaian Eyelash ini menyebabkan wuduk tidak sah dan solat juga jadi tidak sah.
Jadi buat para wanita, semoga perkongsian Prof Muhaya ini bermanfaat dan jadikan panduan. Jika ada berangan-angan dan memasang niat nak ikut trend panjangkan bulu mata, ada baiknya lupakanlah hasrat tersebut. Selain menyebabkan wuduk tidak sah, banyak kesan buruk yang diperolehi boleh menjejaskan kesihatan mata.
Ramai wanita yang merungut tentang kenapa mereka kelihatan lesu dan
nampak seperti tiada seri tidak kira golongan berkerjaya mahupun suri rumah.
Akibat lesu dan tiada seri wajah diakui menjadi punca ramai wanita lebih gemar
berkurung di dalam rumah daripada keluar untuk beriadah apatah lagi
bersosial.
Di antara faktor-faktor yang menyebabkan wanita lesu dan kelihatan tidak
berseri adalah seperti berikut:
#1 Peredaran Darah Tidak Lancar
Fungsi organ dalaman badan termasuk otot boleh terganggu jika tidak dibekalkan dengan oksigen yang cukup dan nutrisi yang diperlukan. Peredaran darah yang tidak lancar juga boleh membuatkan anda berasa kebas atau sejuk pada bahagian kaki dan tangan.
#2 Banyak Toksin Dalam Badan
Toksin yang terkumpul di dalam tubuh mampu mengganggu penyerapan nutrisi, membunuh bakteria baik dalam badan serta menghalang oksigen untuk bergabung dengan sel darah merah. Toksin di dalam badan juga turut dikaitkan dengan masalah kulit dan jerawat yang teruk.
#3 Lenguh, Sakit Urat & Banyak Angin Dalam Badan
Banyak angin dalam badan boleh mengakibatkan perut kembung, sakit-sakit dalam badan dan rasa yang tidak selesa mengganggu aktiviti harian serta kekhusyukan ketika beribadah mahupun sewaktu bekerja.
#4 Tidak Bertenaga
Kadangkala boleh menjadi alasan untuk MALAS. Jika tidak bertenaga, AUTOMATIK badan kita akan malas bergerak sekaligus mempengaruhi perwatakan, prestasi kerja serta personaliti anda.
#5 Keputihan Yang Luar Biasa
Keputihan yang banyak, berbau busuk atau tidak menyenangkan, berwarna, pekat dan mengakibatkan gatal-gatal pada Miss V serta mampu mengganggu kesubúran wanita jika dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan.
#6 Period yang Tidak Teratur
Paras hormon yang tidak stabil, period tidak teratur menyebabkan anda sukar mengatur masa dan aktiviti yang telah dirancang. Pengambilan ubat atau pil pelawas haid pula berisiko mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.
Hubungan suami isteri menjadi renggang dan tidak mesra (Sumber Gambar: freepik)
#7 Hubungan Intim Yang Hambar
Kering, berbau, tiada keinginan, sakit semasa bersama pastinya memberi kesan yang mendalam terhadap diri anda dan pasangan dalam menjalani kehidupan harian.
Nah, anda rasa semua perkara di atas remeh?
Jika dibiarkan, ia bakal mempengaruhi dan memberi impak terhadap penampilan diri serta prestasi anda sebagai seorang wanita yang berkerjaya, masih belajar mahupun sudah berumah tangga. Macam mana nak tampil cantik berrseri kalau diri sendiri pun tak yakin?
Jadi, bagaimana caranya nak naikkan SERI WAJAH, CERIA & BERTENAGA setiap masa?
#1 Amalkan gaya hidup yang sihat dengan meluangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 20 minit, 3 hingga 5 kali seminggu.
#2 Berkomunikasi dengan baik, luahkan, ceritakan dan kongsikan masalah anda dengan orang yang boleh bantu atau memberi anda sokongan seperti suami, ibu bapa, rakan karib mahupun doktor anda.
#3 Yang terakhir, amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Elakkan hidangan makanan atau minuman yang mengandungi tinggi kandungan gula.
Anda juga boleh mengambil suplemen tambahan yang betul mengikut tujuan atau kesan yang anda inginkan.
Produk Adinda HERBS dihasilkan oleh kilang yang beriktiraf MeSTI, GMP dan HALAL serta turut berdaftar di bawah produk pengkelasan KKM.
Cara mudah bagi wanita untuk kelihatan berseri, menawan, yakin, ceria dan bertenaga sepanjang hari adalah dengan mengamalkan minuman herba keluaran Adinda HERBS iaitu AROMA PUTERI.
Pengasas Adinda HERBS komited untuk membantu para wanita mengamalkan minuman herba dengan cara mudah sedia & sedap untuk diminum sebagai minuman harian.
AROMA PUTERI adalah minuman herba harian wanita yang di rumus khas, gabungan herba tempatan seperti Kacip Fatimah, Manjakani, Akar Serapat dan di tambah baik dengan Raja Herba Saffron, Pueraria Mirifica, Stevia, menghasilkan minuman herba yang berkhasiat lengkap, rasa sedap serta beraroma.
BOLEH DIAMALKAN UNTUK SEMUA WANITA SEJAK PERIOD HINGGA SESUDAH MENOPAUS
Adinda HERBS ~ AROMA PUTERI, Minuman Herba Harian Wanita. Pengambilan Adinda HERBS AROMA PUTERI juga turut membantu anda untuk mengatasi 7 faktor yang telah dinyatakan di atas.
Sebarkan CINTA bersama Adinda HERBS. Aroma Puteri, minuman herba harian wanita. Pilihan bijak era milenium. Yakini Adinda HERBS!
Biar kami bantu anda selesaikan masalah di atas dan dapatkan pek percubaan ekslusif Adinda HERBS Aroma Puteri untuk 25 orang pertama secara PERCUMA. Klik sini http://adindaherbs.com/
Alhamdulillah, majoriti wanita yang telah mengamalkan produk Adinda HERBS telah membantu mereka sentiasa segar, ringan badan & bertenaga.
Untuk perkongsian lanjut tentang Aroma Puteri serta info dan tip-tip kesihatan, like FB page Adinda Herbs HQ.
Untuk pertanyaan dan konsultansi secara PERCUMA, hubungi 07-2556392 atau 016-2219559.
Waktu dalam pantang bersalin 44 hari inilah, masa terbaik untuk recover balik tubuh badan, kulit muka mak-mak. Petua makan jamu daun inai ini memang ‘rare’ tapi berkesan untuk buat wajah mak-mak BERPANTANG kembali berseri-seri.
Mana mak-mak yang nak mencuba boleh ikut panduan yang dikongsikan oleh Ct Fatimahini. Katanya, “Daun inai buat wajah berseri ketika PANTANG dan baik untuk dalaman dan mewangikan keintiman.”
Petua yang dikongsikan ini adalah ‘petua ibu buat wajah berseri-seri selepas pantang.’
Bahan-bahan Jamu Daun Inai
Daun inai segenggam
Lesung batu buat menumbuk
Cara-cara buat jamu daun inai:
√ Cuci bersih daun inai
√ Tumbuk-tumbuk lumat daun inai
√ Gentel-gentelkan kecil-kecil sebesar kepala mancis tu.
√ Simpan dalam bekas kecil dan letak dalam peti ais.
Bentukkan saiz sebesar kepala mancis. Boleh makan terus. Tak perlu keringkan.
Panduan Betul Makan Jamu Daun Inai
Makan jamu daun inai ini selama 2 minggu
Ambil selepas sarapan
1 biji sehari
Syarat penting : Tunggu sehingga anak betul-betul bebas dari kuning baru amalkan jamu daun inai ini ya mak-mak. Makan sehingga wajah pinkish dan glowing gitew.
Selamat mencuba mak-mak dalam pantang bersalin itu. Tak salah pun nak mencuba, asalkan ianya mengikut panduan makan jamu daun inai seperti yang dikongsikan ini.
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.