Dambaan memiliki kulit yang cantik dan mulus pastinya menjadi idaman setiap wanita. Tidak salah jika kita menghabiskan wang untuk kelihatan cantik bukan sekadar tampak anggun malah keselesaan buat diri sendiri. Mulakan menjaga kulit wajah pada usia muda agar kulit tidak kelihatan cepat tua.

Bagi mereka yang mahukan kulit tegang dan menghilangkan kedutan, Rawatan Silkpeel Microdermabrasion dapat membantu mengatasi masalah ini. Microdermabrasion merupakan salah satu rawatan untuk skin rejuvenation.

Ia bertujuan untuk mendapatkan kulit sihat, segar dan nampak cantik. Menerusi rawatan ini juga akan melalui proses sedutan bahagian kulit paling luar untuk membuang sel-sel kulit mati, bintik hitam, bintik putih, jerawat dan sekaligus menjadikan kulit bersih dan berseri.

Mereka yang mempunyai masalah garis atau kedut muka yang halus, bintik-bintik penuaan, pigmentasi, sunburn, tona tidak sekata, kulit kusam, pori-pori tersumbat, jeragat, bintik hitam dan bintik putih sesuai mendapatkan rawatan ini.

Selepas rawatan lapisan kulit epidermis dan dermis akan menjadi lebih tebal. Kulit akan menjadi cerah disebabkan pembentukan baru kolagen dan elastin. Malah kulit juga akan bertambah cerah kerana kemerosotan zat melanin pada lapisan kulit.

Perlu Titik Beratkan Kesihatan Kulit Wajah

Pengarah Lovina Clinic, klinik hibrid milik syarikat HND Wellness Sdn Bhd, Mejar (B) Dr. Hamidah Mohd Salleh, menyatakan wanita seharusnya menitikberatkan kesihatan kulit.

“Sebagai wanita saya menitikberatkan kesihatan kulit dan sering mengunjungi pusat kecantikan, tetapi rawatan kulit muka berasaskan klinikal sukar didapati. Rawatan sedia ada pula mahal dan rata-ratanya dipolopori golongan bukan Islam.

“Masyarakat masih kurang kefahaman terhadap perubatan rawatan kulit wajah kerana sering dikatakan tidak patuh syariah dan kononnya menyerupai pembedahan plastik yang memudaratkan. Bidang ini mempunyai pasaran yang besar khususnya pelanggan wanita Muslimah berkarier yang meminati rawatan kecantikan berasaskan klinikal dan mesra pengguna Muslim,” katanya yang juga merupakan pengamal perubatan bertauliah dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Nak Kulit Cantik & Mulus, Kenalah Rajin Jaga Kulit Wajah Jangan Tunggu Sampai Berkedut

Nak Kulit Cantik & Mulus, Kenalah Rajin Jaga Kulit Wajah Jangan Tunggu Sampai Berkedut

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI