Sempena Hari Malaysia yang jatuh pada hari ini,Mingguan Wanita Talk Show mengundang aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang dan juga sukarelawan, Lanesh Kumar berkongsi pandangan mereka tentang topik “Budi Demi Malaysiaku”.  Slot yang dikendalikan oleh Siti Elizad dan Erra Fazira dilihat teruja mendengar pandangan luhur Lanesh dan Uncle Kentang tentang perpaduan di Malaysia di mata mereka.

Selaku penghidap asma,ianya tidak memadamkan semangat Lanesh turut serta dalam ekspedisi pencarian pendaki, kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali Acap. Walaupun hanya dia satu-satunya bukan Melayu yang menyertai kumpulan pencarian tersebut,Lanesh dilihat tak kekok mengaminkan doa ketika sesi berdoa dilakukan ketika itu.

Bagi anak muda ini,doa satu medium kita menzahirkan perasaan kita memohon pada tuhan dalam melancarkan satu-satu urusan. Sudah menjadi kelaziman dalam keluarganya,bangsa bukan isu utama dalam menyebarkan kebaikkan.

IKLAN

Berkongsi misi yang sama seperti Lanesh, Uncle Kentang juga tidak pernah menjadikan isu bangsa sebagai penghalangnya untuk buat kebaikan.

Cukup dikenali dengan kemurahan hatinya dalam menjayakan projek sukarelawan membantu pelbagai kelompok masyarakat…membuatkan Uncle Kentang menegaskan, provokasi itu hanyalah isu kecil. Budi baik masyarakat Malaysia selalunya pantas apabila berlakunya satu-satu isu diviralkan di medium media sosial.Di situ kita boleh lihat kesungguhan rakyat Malaysia bersatu membantu.

IKLAN

Tegas Uncle Kentang lagi,nak buat baik…jangan pedulikan bangsa dan apa kata Bawang Rangers. Dia juga yakin tiap kebaikan akan dihisab dan dinilai di akhirat kelak.

IKLAN

Hadir sama aktres Vanidah Imran berkongsi pengalaman mewakili Malaysia Vanidah dalam Chengju World Martial Arts Masterships (WMC) 2019 di Korea Selatan bersama Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi) Ogos baru-baru ini. Siapa sangka,hanya sekadar memenuhi tuntutannya sebagai pelakon dalam menjayakan watak lakonannya..membuatkan beliau kini serius mendalami seni budaya mempertahankan diri Melayu itu hingga ke peringkat antarabangasa.

Jangan lupa saksika keseluruhan komentar bernas ini dalam ulangan Mingguan Wanita Talkshow,pada jam 5 petang ini di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.Nak Buat Baik,Jangan Peduli Apa Kata “Bawang Rangers”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI