Gambar sekadar hiasan

Wanita dan fesyen memang sesuatu yang sinonim, bagai isi dan kulit. Tapi tak semua orang pandai berfesyen. Kadang ada yang secara tidak sengaja tampil dengan gaya yang tersendiri lantas menjadi trendsetter untuk sesebuah gaya. Ada pula yang tampil tidak kena gaya lantas dilabel sebagai mangsa fesyen.

Definisi mangsa fesyen itu sendiri sesuatu yang subjektif dan terpulang kepada interpretasi masing-masing. Tak salah nak bergaya mengikut trend terkini tapi kalau tersalah pilih kelak penampilan anda akan menjadi pelik atau aneh.

Hari ini pelbagai fesyen boleh didapati dan dijadikan inspirasi untuk bergaya. Tapi perlu ingat fesyen bukan hanya terhad terhadap trend dan jenama semata-mata. Pandai bergaya tanpa memperagakan busana berjenama terkenal juga dapat memberi impak yang baik dalam berfesyen.

Dalam berfesyen, wanita perlu sesuaikan penampilan diri dengan keadaan dan jangan sampai terjerat menjadi mangsa fesyen dek kerana terlalu mahu cantik. Dalam berfesyen ia bukan sahaja melibatkan cara kita berpakaian, malah solekan juga menjadi penanda aras untuk menentukan bahawa anda bukannya mangsa fesyen.

IKLAN

Nak tahu apa yang anda gayakan itu kena atau tidak? Saksikan MWTV esok dengan tajuk “Mangsa Fesyen, Yakinnya Kamu” dengan barisan tetamu jemputan yang hebat antaranya Perunding imej;Sharifah Shawati, Hijab Stylist;Didiyana Ehsan, Pereka fesyen;Azura Couture dan juga Saidatulnisa Aminuddin, jurusolek yang tidak asing lagi akan mengupas lebih lanjut tentang topik tersebut.

Selain mereka, MUA Bellaz atau Nor Nabilah Zulyadaini jurusolek yang tular dengan tutorial solekan juga bakal hadir ke studio dan akan bersama-sama dengan Siti Elizad dan Erra Fazira selaku hos untuk MWTV. Bersiaran seperti biasa pada jam 11 pagi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121, siapa tahu kupasan esok buat wanita semua lebih bijak untuk berfesyen.

IKLAN

#mingguanwanita

#temansetiapwanita

IKLAN

#MingguanWanitaTV

#AstroPrima