
“Nak bantu supaya bekas suami tunaikan tanggungjawab, agar kami semua sama-sama menuju ke syurga” itulah antara luahan Raja Azura apabila ada segelintir netizen menyifatkan dirinya seolah-olah mencari publisiti atau tidak lagi relevan dalam industri seni.
Mengambil pendekatan positif, Raja Azura tidak pernah ambil hati dengan komen netizen. Diriny Ahanya mahu menuntut hak anak-anak dek kerana perkara nafkah ini melibatkan hukum dalam Islam.
“Nak Bantu Supaya Bekas Suami Tunaikan Tanggungjawab”
Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Raja Azura juga tidak mahu bermusuh dengan sesiapa tindakanya itu menuntut nafkah terhadap bekas suami, Adzmin Osman hanya mahu menegakkan hak anak-anak yang terabai sejak sekian lama.
“Saya cuma tuntut hak anak-anak sebab perkara ini melibatkan hukum dalam Islam. Kalau tak buat, berdosa dan haram hukumnya.
“Saya tak minta lebih, hanya mahu dia keluarkan diri dan jalankan tanggungjawab yang dia sendiri setuju masa kami bercerai dahulu.
“Saya pernah beri nombor akaun tapi tiada duit pun dimasukkan. Saya bukan nak aibkan sesiapa, tapi anggap ini satu kesilapan yang masih boleh diperbetulkan,” ungkap Raja Azura yang sudah 15 tahun berpisah dengan suami.
Tak Pernah Letak Syarat Untuk Jumpa Anak-Anak
Sambungnya lagi sepanjang perpisahan dirinya tidak pernah menghalang bekas suami berjumpa dengan anak-anak.
“Hanya awal-awal selepas kami bercerai sahaja dia ada berjumpa anak-anak. Lepas tu terus hilang. Bertanya khabar pun tidak.
“Kalau dia segan atau tak mahu berhubung dengan saya, boleh saja melalui pengurus saya yang juga sepupu dia sendiri. Saya pun masih duduk rumah yang sama sejak dulu.
“Saya tak pernah letak syarat, tiada masalah pun kalau dia nak jumpa anak-anak. Boleh jumpa bila-bila,” kongsinya.
Sebagai selebriti dirinya juga tidak lari dari gosip malah mendapat kecaman netizen apabila dirinya menuntut nafkah anak-anak.
“Itu hak individu nak bercakap. Ada yang kata saya dah tua, dah tak ada kerja, itu semua saya tak kisah.
“Saya masih ada rezeki, masih kerja macam biasa. Tapi yang saya nak tekankan adalah saya buat semua ini untuk anak-anak dan demi akhirat.
“Saya dah jaga anak-anak seorang diri, sekarang saya cuma nak bantu supaya bekas suami saya tunaikan tanggungjawab dia agar kami semua sama-sama menuju ke syurga,” luahnya.
Sebelum ini Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan bercerai pada 28 September 2010.
“Hak Tetap Hak”
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi sokongan buat ibu tunggal ini.
View this post on Instagram
Baca Disini : Raja Azura Tuntut Nafkah Anak Selepas 15 Tahun Bercerai, “Minta Bekas Suami Munculkan Diri…
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI