Orang cakap tanam serai sangatlah senang nak hidup. Bukan apa, serai ni memang banyak kegunaan untuk mak-mak kat dapur terutamanya dan bab-bab memasak. Boleh dikatakan baha nyang perlu ada kat dapur.
Walau bagaimanapun, tak semua yang nak tanam serai tu sednang hidup. Silap cara, memang tak jadi serai yang nak ditanam. Tapi ada jugak yang tanam serai, letak sahaja dan lepas tu merimbun serainya. Puas hati.
Kali ini, ada cara yang mak-mak boleh guna, kalau nak tanam serai dengan cara mudah. Sebab kadang-kadang kalau cucuk serai pun belum tentu hidup kan. Perkongsian daripada Azyan Syazwani ini bolehlah di cuba oleh mak-mak kat rumah.
Sebelum ni kami tanam serai Memang terus cucuk direct ke tanah Hidup memang hidup cuma ambil masa nak bertunas. Makin di skodeng rasa makin lambat serai nak bertunas baru.
Ini tip yang boleh digunakan supaya tunas serai cepat keluar.
1. Potong serai tinggalkan baki seinci. Ubi/isinya kita guna untuk masak. Tak adalah membazir.
Ads
Tinggalkan seinci bahagian bawah serai sebab boleh guna untuk memasak, tak membazir.
2. Kemudian rendam serai tu dengan air. Air tak payah banyak sangat. Cukup sekadar paras untuk akar tu keluar.
3. Pastikan keadaan serai tu susun berdiri tau
Rendam air sedikit. Isi air bila berkurang ya. Pastikan terendam dalam keadaan berdiri.
Ads
4. Lepas tu, biar je serai-serai itu berendam. Kalau air kurang dari sehari ke sehari tu, kita tambah la ya.
5. Insya Allah dalam beberapa hari muncul la akar. Lepas tu muncul tunas pokok-pokok baru.Selepas beberapa hari, akar & anak pokok pun cepat bertunas. Tak ambil masa berbulan pun.
6. Dah keluar 2 3 tunas anak pokok, kak yan pindahkan ke tanah. Sebab akar serai tak boleh ajak bincang dah. Bergaduh dengan akar lain.
MW: Tak nak membazir bahagian bawah yang kita potong itu pun boleh ambil ye…guna untuk bagi keluar tunas. Moga bermanfaat untuk mak-mak.
Manfaat Simpan Air Dalam LABU SAYONG, Boleh Sejukkan Ruang Dalam Rumah! Cuaca panas melampau ketika ini membuatkan kita tak selesa, selalu berpeluh tak kiralah pada waktu siang mahupun malam. Pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kepanasan.
Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.
Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Norini.
Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.
Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.
Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.
Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.
Mingguan Wanita: Cuaca panas melampau ketika ini, boleh cuba simpan air di dalam labu sayong dan letakkan di dalam rumah untuk membantu penyejukan ruang.
Rimasnya bila tengok lantai penuh dengan rambut gugur. Ini belum lagi bila sikat rambut. Lama-lama rambut yang tebal pun boleh jadi nipis.
Rambut gugur boleh buat kita stres juga. Macam-macam cara yang nak dibuat tapi kalau tak sesuai, ia tetap akan gugur. Mungkin ada juga yang sesuai dan ada yang tak sesuai dengan jeis rambut terutamanya bila buat rawatan di salon.
Jalan terbaik untuk rawat rambut gugur boleh cuba dengan bahan semulajadi. Kadang-kadang, cara inilah yang berkesan dan sesuai dengan kita.
Kos untuk rawat rambut gugur dengan bahan semulajadi pun murah dan tak perlukan modal yang besar. Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Ana Mahabu ini. Mungkin boleh membantu.
1. Cuba kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Selesai tempoh berkenaan, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
2. Ambil daun pokok lidah buaya, potong bahagian tengahnya dan ambil lendirnya. Lumur pada rambut hingga rata. Urut kulit kepala dan biarkan lima minit. Cuci rambut hingga bersih.
3. Minyak kelapa adalah perapi semula jadi yang dapat mencegah pertumbuhan rambut rosak. Untuk mengatasi rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga mengenai seluruh kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas. Mengurut juga membantu peredaran darah menjadi lebih lancar.
4. Sebaiknya gunakan minyak zaitun asli. Caranya campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu yang lembut.
5. Ia bukan sekadar mengembalikan kilauan, memperkuat dan membaiki tekstur helaian rambut, malah mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun. Caranya, lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.
6. Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Tapiskan kacang hijau tadi dan ambil airnya. Air kacang hijau itu kemudian disapu pada kulit kepala. Sambil anda sapu, picit kulit kepala secara pelahan-lahan. Untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
7. Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk, kemudian campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari, kemudian barulah ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut. Biarkan lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum membilasnya dengan air. Lakukan sekerap yang boleh bagi mengatasi masalah rambut gugur.
8. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala selama 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini 3-4 kali dalam seminggu.
9. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
10. Ambil sepuluh helai daun bunga raya. Tak kisahlah bunga warna apa sekali pun, yang penting ianya bunga raya. Masukkan daun tadi ke dalam besen bersama air, ramaskan daun tadi sehingga air menjadi kehijauan. Basuh kepala dengan air ramasan tadi, biarkan seketika sebelum dibilas dengan air sehingga bersih.
11. Bawang besar mengandungi sulfur yang berfungsi untuk membaiki peredaran darah dikulit kepala dan merangsang akar rambut bagi menggalakkan pertumbuhan anak rambut yang banyak. Madu pula berfungsi untuk menyuburkan rambut dan memberikan rambut yang licin dan berkilat. Pati minyak lavender berfungsi untuk mengurangkan bau tengik bawang yang akan melekat dirambut. Jika anda tidak menyukai bau lavender, boleh gunakan pati minyak lain yang mempunyai bau kegemaran anda.
Caranya:
Ambil suku biji bawang besar, cincang sehingga halus dan berair. Lalu masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan 1 sudu madu ke dalam mangkuk berisi bawang tadi.
Kemudian, masukkan 3 titis minyak pati lavender.
Kacau hingga sebati.
Sapukan ke kulit kepala dan rambut sehingga rata.
Biarkan dikepala selama 30 minit. Basuh dengan bersih.
Mingguan Wanita : Tak perlu pening kepala bila rambut mula gugur. Cuba rawat dengan guna bahan semulajadi ini. Jimat dan tak perlukan modal yang besar pun.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.