Selalu kita dengar mak-mak mengeluh bila menceritakan tentang anaknya yang selalu tidur lewat. Entah! Apa yang dibuatnya, sampaikan mak-mak pun terpaksa berjaga juga. Bimbang, dibiarkan entah apa-apa yang dia lakukan.
Itu, kalau anak kecil. Tapi bila anak makin membesar, tabiat suka tidur lewat tetap ada Lebih-lebih lagi, bila esoknya hujung minggu. Sanggup bersengkang mata untuk main games atau pun menonton televisyen.
Mungkin sebab hujung minggu tak adalah anak-anak kena bangun awal seperti hari sekolah biasa. Jika hari sekolah, sepanjang hari sudah keletihan dengan pelbagai aktiviti, mahunya anak akan tidur awal.
Namun, tidak mustahil ada anak yang sudah terbiasa tidur lewat. Baik hari biasa atau pun hujung minggu. Sebenarnya, tidak elok untuk biarkan anak berjaga hingga lewat malam. Inilah yang dikongsikan oleh #superdaddy, Khairul Abdullah tentang perkara ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Elak Cerita ‘Kenakalan’ Anak, Sebab Dia Pun Ada Harga Diri
Mak Ayah Ambillah 15 Minit ‘Special Time’, Bukannya ‘Cari Masa’ Bermain Dengan Anak
Info Lebih Menarik DI SINI
Tidur Lewat, Berpotensi Gagal Dalam Akademik
Tahu tak? Anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk gemuk, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup. Itu kata pakar kanak-kanak mengikut artikel yang aku baca.
Anak-anak yang seawal jam 8 dah bersiap sedia untuk tidur didapati lebih sihat dan kurang risiko dijangkiti penyakit, kurang risiko untuk gemuk bila dewasa dan berjaya dalam akademik.
Waktu tidur untuk anak anak yang disarankan adalah seperti berikut:
1. Bayi 0-1 tahun perlu tidur antara 12-16 jam.
2. Anak berumur 1-2 tahun perlu antara 11-14 jam.
3. Manakala anak berumur 3-5 tahun antara 10-13 jam.
Anak-anak yang tak cukup tidur akan terganggu kemampuan mereka untuk belajar, menyimpan maklumat dan mengatur emosi. Kesan lain tak cukup tidur ni adalah potensi untuk kena penyakit, dan juga gemuk bila meningkat remaja.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik menunjukkan tidur awal di kalangan kanak-kanak memberi kesan yang besar bila anak itu remaja. Yang tidur awal lebih sihat, kurang gemuk dan lebih berjaya dalam akademik.
Tidur Yang Cukup
Jadi, jomlah mak ayah sekalian pakat-pakat latih anak-anak untuk tidur awal. Lagi awal lagi bagus kerana tidur yang cukup:
1. Membantu tumbesaran. Hormon tumbesaran dirembaskan sewaktu anak-anak tidur dengan nyenyak.
2. Menyihatkan jantung. Anak yang tak cukup tidur tahap glukosa dalam darah dan kortisol depa meningkat yang menjadi punca kepada obesiti, diabetis dan masalah jantung.
3. Mengelak kegemukan. Anak yang tak cukup tidur di dapati tabiat makan dia berbeza dengan yang cukup tidur dan sebab tu depa akan lebih gemuk.
4. Membantu melawan kuman. Waktu tidur badan mengeluarkan protein bernama Cytokines yang mana diperlukan oleh badan untuk lawan jangkitan kuman, penyakit dan juga stress. Sebab itu waktu kita demam atau selesema badan lemah asyik nak tidur sebab badan nak keluarkan protein tu nak lawan penyakit.
5. Mengurangkan risiko kecederaan. Kajian mendapati budak tidur tak cukup 9 jam selalu tercedera. Jatuhlah, berlanggar lah, patah tangan lah dan macam-macam.
6. Kurang hyperaktif. Budak tak cukup tidur lebih hyper berbanding yang cukup tidur. Kalau start umur 3 tahun tidur lambat, nanti umur 6 tahun masalah impulsif dan hyperaktif akan muncul.
7. Membantu pembelajaran. Tidur yang cukup memberikan daya ingatan yang baik kepada semua peringkat umur terutamanya anak-anak kecil.
Jadi, paksalah anak tidur awal yer. Tip aku dah share dalam post sebelum ni.
1. Bagi depa main dan penat.
2. Bagi makan awal dan elakkan benda manis.
3. Lepas Isyak gelapkan rumah tutup semua lampu.
Insya Allah dalam sejam lepas tu depa akan tidur dah. Cuba dan terus cuba sampai berjaya.
Teringat waktu aku tinggal di Jerman dulu.
Pukul 9.30 semua rumah dah sunyi sepi, pakat tidur habis dah. Kita tak akan nampak budak-budak di luar rumah, kedai, restoran, mall dan sebagainya selepas 8 malam.
Kalau mereka nampak ada orang bawak anak jenuh kita kena tegur dan marah dengan orang ramai. Katanya, budak-budak pukul 8 malam patut berada atas katil dah. So pukul 6-7 malam semua orang kelam kabut bawak balik anak dan bersiap untuk tidur dah.
Kita pulak bawak anak pergi mamak jam 11 malam okeh.
#SuperDaddy
MW: Mungkin masa bersekolah, anak-anak boleh tidur awal. Tapi kalau cuti sekolah memang liat sikit untuk tidur awal. Kena pantau juga ye mak-mak.
Sumber: KHAIRUL ABDULLAH
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI