Pelakon dan wartawan senior Indonesia, Najwa Shihab berkongsi berita duka mengenai  suami tercinta, Ibrahim Assegaf  meninggal dunia pada jam 2.30 petang, Selasa, 20 Mei 2025 lalu.

Najwa Shihab Kehilangan Cinta Hati, Suami Tercinta Ibrahim Assegaf Meninggal Dunia Akibat Strok

Berita sedih itu disahkan oleh rakan rapat Najwa, Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid, menerusi satu kenyataan ringkas kepada media. Menurut laporan Detik, Allahyarham Ibrahim menghembuskan nafas terakhir akibat serangan strok di Rumah Sakit Pusat Otak Nasional, Jakarta Timur.

Jenazah ditempatkan di rumah duka di Cilandak Timur, Pasar Minggu, Jakarta Selatan dan akan dimandikan di sana sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Jeruk Purut pada Rabu, 21 Mei.

Najwa Shihab Kehilangan Cinta Hati, Suami Tercinta Ibrahim Assegaf Meninggal Dunia Akibat Strok

Bukan Sekadar Suami – Teman Hidup & Penyokong Setia

Najwa dan Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 11 November 1997, dan dari perkongsian penuh cinta itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Izzat dan Namiyah (yang telah meninggal dunia).

Ads

Najwa Shihab Kehilangan Cinta Hati, Suami Tercinta Ibrahim Assegaf Meninggal Dunia Akibat Strok

Ibrahim bukan sahaja dikenali sebagai tokoh dalam dunia perundangan Indonesia, tetapi juga sebagai insan yang sentiasa berdiri di belakang kejayaan Najwa.

Dalam dunia yang mencabar dan penuh liku, Ibrahim dilihat sebagai tiang kuat yang menyokong perjuangan Najwa dalam menyampaikan suara rakyat dan menegakkan keadilan sosial.

Najwa Shihab Kehilangan Cinta Hati, Suami Tercinta Ibrahim Assegaf Meninggal Dunia Akibat Strok

Ads

Najwa – Wanita Besi yang Kini Kehilangan Separuh Jiwanya

Sebagai seorang wanita yang sering tampil tegas dan lantang membela masyarakat, kehilangan suami tercinta pastinya satu tamparan besar buat Najwa. Namun seperti yang sering ditonjolkan dalam kerjayanya, Najwa diyakini akan terus tabah menghadapi ujian ini demi anak, dan demi perjuangannya yang masih panjang.

Najwa Shihab Kehilangan Cinta Hati, Suami Tercinta Ibrahim Assegaf Meninggal Dunia Akibat Strok

Pemergian Ibrahim Assegaf bukan sekadar membawa pergi seorang suami, tetapi separuh jiwa yang selama ini menjadi tempat Najwa Shihab bersandar dalam diam. Di sebalik wajah tenangnya sebagai wartawan yang tegar memperjuangkan suara rakyat, hanya Tuhan yang tahu betapa luluh dan sunyinya hati seorang isteri yang kehilangan cinta pertama, sahabat paling setia dan lelaki yang menyaksikan jatuh bangunnya sejak awal perkahwinan.

Dalam setiap detik sunyi selepas ini, mungkin hanya doa dan kenangan yang mampu menjadi penawar rindu seorang Najwa kepada lelaki yang telah pergi, namun tak pernah benar-benar hilang dari hatinya.

Ads

Najwa Shihab Kehilangan Cinta Hati, Suami Tercinta Ibrahim Assegaf Meninggal Dunia Akibat Strok

Najwa Shihab merupakan antara wartawan paling tersohor dan berpengaruh di Indonesia, dikenali bukan sahaja kerana kepetahannya mengemudi wawancara, tetapi juga keberaniannya menyentuh isu-isu sensitif yang melibatkan kepentingan rakyat.

Melalui program seperti Mata Najwa, beliau tampil sebagai suara yang lantang, tegas dan tidak gentar mempersoalkan integriti pemimpin serta institusi.

Gaya penyampaiannya yang tajam namun penuh berhemah menjadikan Najwa simbol kewartawanan berprinsip, seorang wanita yang berdiri megah atas nama kebenaran dan keadilan sosial.

Dalam dunia media yang sering digoncang kepentingan, Najwa kekal sebagai figura yang dipercayai, dihormati dan terus menjadi inspirasi ramai wanita.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI