Dalam Negara

Nahas Pelajar UPSI, Muhammad Zahim Antara Yang Terselamat, Alami Kecederaan Di Bahagian Pinggang

Share

Nahas pelajar UPSI, Muhammad Zahim antara yang terselamat, alami kecederaan di bahagian pinggang. Tragedi nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah menggemparkan negara serta mengundang rasa dukacita seluruh rakyat.

Nahas Pelajar UPSI, Muhammad Zahim Antara Yang Terselamat, Alami kecederaan Di Bahagian Pinggang

Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah. Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.

Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tempoh hari juga ialah Muhammad Zahim Zakri bin Mokharizam yang tinggal di Kampung Bukit Pelong, Permaisuri. Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir telah berkesempatan melawat pelajar ini.

 

Muhammad Zahim mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan sukar nak bercakap lagi kerana menahan kesakitan. Ketika kejadian berlaku, Zahim tidak tidur dan sedar sepenuhnya sepanjang detik cemas itu serta sempat keluar dari bas berkenaan.

 

Lebih menyedihkan, ada rakannya yang duduk sebaris telah terkorban dalam tragedi tersebut. Sama-sama kita doakan agar adik Zahim terus diberi kekuatan dan kesembuhan yang sempurna.

Perkongsian Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:

 

 

Sumber: Facebook Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir Ahli Parlimen Setiu

Baca artikel lain juga: Doktor Kongsi Saat Genting Rawat Pelajar UPSI  Kenangan Yang Sukar Dilupakan Buat Kami Di Hospital Kecil&

Beli Set Cadar Dan Bunga Jasmine Warna Putih, Arwah Nor Ayuni Macam Dapat Rasa Dia Nak Pergi Buat Selamanya

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has