Nahas pelajar UPSI, Muhammad Zahim antara yang terselamat, alami kecederaan di bahagian pinggang. Tragedi nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah menggemparkan negara serta mengundang rasa dukacita seluruh rakyat.
Nahas Pelajar UPSI, Muhammad Zahim Antara Yang Terselamat, Alami kecederaan Di Bahagian Pinggang
Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah. Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.
Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tempoh hari juga ialah Muhammad Zahim Zakri bin Mokharizam yang tinggal di Kampung Bukit Pelong, Permaisuri. Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir telah berkesempatan melawat pelajar ini.
Muhammad Zahim mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan sukar nak bercakap lagi kerana menahan kesakitan. Ketika kejadian berlaku, Zahim tidak tidur dan sedar sepenuhnya sepanjang detik cemas itu serta sempat keluar dari bas berkenaan.
Ads
Lebih menyedihkan, ada rakannya yang duduk sebaris telah terkorban dalam tragedi tersebut. Sama-sama kita doakan agar adik Zahim terus diberi kekuatan dan kesembuhan yang sempurna.
Perkongsian Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Bekas finalis MasterChef dan bekas suami dipenjara 34 Tahun, dera amah hingga maut. Seorang bekas peserta akhir rancangan realiti MasterChef Malaysia bersama bekas suaminya dijatuhi hukuman penjara selama 34 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu selepas disabitkan bersalah membunuh pembantu rumah mereka empat tahun lalu.
Tertuduh lelaki, Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, turut dikenakan 12 sebatan. Manakala, bekas isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 37, dikecualikan daripada hukuman sebat secara mandatori kerana faktor jantina sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah.
Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng ketika membacakan keputusan menyatakan kedua-dua individu tersebut didapati bersalah atas tuduhan membunuh Nur Afiyah Daeng Damin, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah mereka di sebuah kondominium di Penampang dalam tempoh antara 8 hingga 11 Disember 2021.
Menurut beliau, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melangkaui tahap keraguan munasabah, manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap pertuduhan yang dikenakan.
Dalam penghakiman tersebut, mahkamah menekankan bahawa elemen penting dalam pertuduhan telah dibuktikan secara jelas termasuk fakta bahawa kematian mangsa berpunca daripada kecederaan fizikal, kecederaan itu dilakukan oleh tertuduh dengan niat seperti diperuntukkan dalam Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan, dan kedua-duanya bertindak secara bersama.
Walaupun kedua-dua peguam bela mengemukakan rayuan secara bersungguh-sungguh bagi meringankan hukuman, mahkamah tetap menekankan bahawa kekejaman yang dialami mangsa tidak boleh diketepikan.
Faktor-faktor seperti jenis kecederaan dan cara ia dilakukan dalam jangka masa yang panjang turut diambil kira dalam penetapan hukuman.
Kedua-dua tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun. Sekiranya tidak dihukum mati, pesalah lelaki wajib dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.
Mohammad Ambree diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh, manakala Etiqah diwakili oleh Datuk Seri Rakhbir Singh.
Elfira Loy kongsi pengalaman diserang penyakit ain. Pelakon yang juga ibu kepada dua cahaya mata, Elfira Loy menyifatkan penyakit ain bukan mitos, sebaliknya berpunca daripada hasad dengki atau pandangan mata iri terhadap kebahagiaan orang lain, dan boleh menyebabkan penyakit “seram” yang sukar dipulihkan jika tidak dirawat segera.
Perkongsian tersebut dihuraikan menerusi sebuah audio siar. Dek kerana sebelum ini terlalu berkongsi kebahagiaan keluarga di dalam media sosial, Elfira menyatakan dirinya pernah diserang penyakit ain hinggakan terjejas kejidupannya dan hubungan bersama suami.
Jika sebelum ini sukar mempercayai penyakit tersebut namun kini dia semakin berhati-hati.
“Penyakit seram yang paling saya takut adalah penyakit ain. Orang tu tak buat apa-apa pun, tapi bila ada cemburu mendalam, kita boleh jatuh sakit,” jelas Elfira.
Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu juga yakin Allah sentiasa melindungi umatnya.
“Dulu saya tak terlalu percaya. Bukan tak percaya langsung, cuma saya yakin Allah sentiasa melindungi. Lagipun niat saya bukan untuk menunjuk.
“Tapi bila ada seseorang yang cemburu akan kita, kita boleh kena penyakit ain. Itu lebih seram sebab tak ada cara untuk ubati,” sambung Elfira.
Menerangkan lanjut mengenai kesan pada dirinya, Elfira mengatakan emosinya menjadi tidak stabil.
“Saya jadi malas, lemah, cepat marah dan hubungan dengan suami pun jadi tak seronok.
“Tapi bila saya mula sakit, saya terus cari orang yang betul untuk rawat. Jangan biar berlarutan,” katanya.
Elfira kini semakin berhati-hati dalam berkongsi kisah keluarganya.
“Saya cuba elakkan kongsi cerita secara berlebihan.
“Semua rezeki ni datang daripada Allah, bukan sebab kita hebat. Jadi saya kembalikan semuanya kepada Dia,” cerita Elfira.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Doktor kongsi saat genting rawat pelajar UPSI – “Kenangan yang sukar dilupakan buat kami di Hospital kecil.” Negara kita dikejutkan dengan tragedi memilukan yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam nahas bas carter yang berlaku awal pagi Isnin.
Kecemasan yang melibatkan angka kematian tinggi bukan sekadar satu cabaran rutin, tetapi menuntut respons pantas serta kerjasama menyeluruh bagi menyelamatkan nyawa-nyawa yang masih bergelut untuk hidup.
Dalam hiruk-pikuk tangisan dan bunyi siren ambulans yang silih berganti di pekarangan Hospital Gerik, tersembunyi sebuah kisah luar biasa, kisah yang jarang tersingkap di mata umum.
Seorang pegawai perubatan, Dr Muhammad Adam telah membuka ruang untuk masyarakat melihat sendiri realiti di sebalik tabir tugas petugas kesihatan yang sering kali tidak mendapat perhatian sewajarnya ketika negara berhadapan saat genting.
Apa yang dikongsikan bukanlah untuk mengundang simpati atau meraih sanjungan. Sebaliknya, beliau ingin menzahirkan bagaimana berkhidmat di sebuah fasiliti kecil yang perlu merawat seramai 29 mangsa dalam satu masa adalah satu tanggungjawab yang amat besar dan mencabar.
Namun begitu, bagi Dr. Muhammad Adam, insiden tersebut lebih daripada sekadar rutin tugas, ia merupakan detik getir yang penuh nilai kemanusiaan, dan akan kekal terpahat dalam memori semua anggota kesihatan yang terlibat.
Ketika menyelami semula detik mencemaskan itu, beliau tidak dapat menyembunyikan emosi tatkala mengenangkan dedikasi luar biasa rakan-rakan setugasnya. Dalam keadaan serba kekurangan dan tekanan yang tinggi, mereka tetap berdiri teguh, memberikan yang terbaik, dan membuktikan erti sebenar pengorbanan.
9 Jun 2025 — Kejadian MCI Melibatkan Sebuah Bas dan MPV
Kenangan yang sukar dilupakan buat kami di Hospital Kecil.
Alhamdulillah, pengalaman ini merupakan satu ujian yang pahit dan manis buat kami semua. Namun, perkara yang paling menyentuh hati saya adalah komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh para staf.
Seawal jam 3 pagi, mereka telah bersiap sedia menerima arahan dan menangani kes-kes kecemasan, berjuang menentang godaan tidur walaupun bukan dalam waktu bertugas. Inilah wira-wira yang tidak didendangkan.
Sering disalah ertikan peranan mereka, namun apabila tiba saat genting, merekalah yang berdiri di barisan hadapan, menyumbang tenaga tanpa banyak bicara.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf Hospital Gerik yang terlibat. Anda semua adalah wira sebenar saya. Tanpa anda, perjalanan pagi tadi pasti terasa jauh lebih mencabar dan memenatkan.
Hari ini, kita telah membuktikan bahawa apabila kita bersatu hati, tiada cabaran yang tidak dapat kita atasi.
Tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua agensi lain yang turut berganding bahu membantu dalam misi ini. Anda semua memang terbaik.
Takziah diucapkan kepada semua mangsa dan keluarga yang terkesan. Semoga anda diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.