Stresnya melihat lebihan lemak di bawah dagu, bukan sahaja membuatkan bentuk wajah tidak menarik malah ia juga menjejaskan emosi wanita. Ramai yang sanggup ke spa atau pusat estetik semata-mata mahu membuang lebihan lemak ini.

Selain ke pusat kecantikan, sebenarnya ada cara alami untuk mengatasi dagu berlapis. Masalah ini tidak hanya berlaku kepada wanita yang mempunyai lebihan berat badan malah ramai juga golongan kurus yang mempunyai dagu berlapis.

7 Tip Alami Buang Lemak Bawah Dagu

1. Masker Putih Telur

Bagi membantu anda mendapatkan kulit wajah yang tegang, campurkan sebiji putih telur bersama satu sudu madu dan minyak pati (essential oil) Peppermint. Gaul sebati, jadikan ramuan ini sebagai masker.

Oleskan pada wajah, dagu dan leher. Biarkan sehingga masker kering, kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu, kulit di bawah dagu akan semakin anjal dan masalah dagu berlapis berkurangan.

 

Nah! 7 Cara Alami Buang Dagu Berlapis, Jangan Tak Tahu Orang Kurus Pun Berisiko

2. Urutan Wajah

Lakukan urutan wajah, fokus pada bahagian bawah dagu. Lakukan urutan secara menaik setiap pagi dan malam.

Bagi mendapatkan hasil terbaik, gunakan minyak yang mengandungi Vitamin E. Ia membantu mengatasi kulit kendur. Anda juga boleh mengambil suplemen Vitamin C sebagai makanan tambahan.

3. ‘Senaman Dagu’

Lakukan senaman khas bagi membantu mengencangkan otot pada bahagian ini. Pusingkan leher mengikut pusingan jam, kemudian berlawanan pusingan jam. Lakukan gerakan ini beberapa kali.

Anda juga boleh melakukan gerakan dengan cara mendongakkan wajah sambil merapatkan kedua-dua tangan dan menolak bahagian dagu ke atas.

Kemudian tundukkan kepala ke bawah. Gerakan senaman ini membantu memecahkan lemak di bahagian dagu.

Ads

4. Berbicara Dan Ketawa

Berbicara dan ketawa adalah cara alami yang melatih otot wajah menjadi aktif. Ia bukan sahaja membuatkan wanita ceria dan awet muda malah cara ini juga mengurangkan lemak pada bahagian dagu.

 

Nah! 7 Cara Alami Buang Dagu Berlapis, Jangan Tak Tahu Orang Kurus Pun Berisiko

5. Kunyah Gula-Gula Getah

Mengunyah gula-gula getah adalah senaman yang baik untuk otot wajah. Ia membantu menegangkan kulit dan mengatasi masalah dagu berlapis.

Makanan ini juga menghilangkan bau mulut. Pilih gula-gula getah yang bebas gula.

6. Jangan Terlebih Tidur

Jika anda terlebih tidur, wajah akan kelihatan sembap dan lemak mudah berkumpul di bawah dagu.

Bagi mengatasi masalah ini, jangan tidur berlebihan terutama pada waktu siang. Tubuh akan menjadi lemah dan wajah akan kelihatan tua.

Ads

7. Teh Hijau

Amalkan minum teh hijau setiap hari, ia dapat meningkatkan metabolisme. Secara tidak langsung, lemak dalam tubuh anda akan terbakar, termasuk di bahagian dagu dan leher.

Teh hijau yang kaya dengan antioksidan berfungsi membuang toksin dalam tubuh.

 

Nah! 7 Cara Alami Buang Dagu Berlapis, Jangan Tak Tahu Orang Kurus Pun Berisiko

 

Ramuan Rahsia Wanita Jepun Tegangkan Kulit

Melihat kulit wanita Jepun yang halus dan cerah membuatkan ramai yang tertanya-tanya tentang rahsia kecantikan mereka.

Mingguan Wanita kongsikan tiga ramuan utama yang digunakan oleh wanita Jepun untuk merawat kulit wajah. Jom cuba.

Ads

 

Nah! 7 Cara Alami Buang Dagu Berlapis, Jangan Tak Tahu Orang Kurus Pun Berisiko

 

Bahan-bahan:

3 sudu besar beras Jepun (sushi rice)} boleh juga diganti dengan beras pulut
1 sudu besar madu
1 sudu besar segar

Cara membuat:

1. Rebus beras selama dua minit.
2. Kemudian, toskan beras. Air rebusan ini simpan di dalam bekas lain.
3. Campurkan susu panas bersama madu.
4. Gaul sebati, kemudian jadikan ramuan ini sebagai masker.
5. Oles pada seluruh wajah dan leher.
6. Biarkan ia kering antara 20 hingga 30 minit.
7. Akhir sekali, bilas wajah dengan air rebusan beras tadi.

Khasiat

1. Membantu melancarkan perjalanan darah pada wajah.
2. Kaya dengan antioksidan.
3. Membantu melembapkan kulit dan antipenuaan.
4. Ia mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah.

Tip Penting!

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, lakukan petua ini seminggu sekali. Anda akan terkejut melihat perubahan kulit yang akan kelihatan sihat dan cantik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI