Sesungguhnya nafkah seorang isteri wajib diberi dahulu, barulah disusuli taat isteri, umpama mahar yang dibayar tunai ketika majlis akad nikah.
Jika seorang suami memberi nafkah dan memenuhi segala keperluan seorang isteri, sudah tentu isteri akan membalas segala kebaikan suami yang amat bertanggungjawab. Betul tak?
Mana mungkin seorang isteri sanggup mempersiakan seorang suami yang baik dan menjalankan segala tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Nafkah Wajib Diberi Dahulu
Kongsi Peguam Syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli, suami itu memenuhi segala keperluan dan kehendak si isteri dan sedaya upaya dengan bersungguh-sungguh mencari jalan untuk membahagiakan isteri mengikut kemampuan.
Jika ini yang ditunjukkan oleh sang suami, maka layaklah suami itu memperoleh seorang isteri yang taat hingga hujung nyawa.
Tanpa kunci utama, manakan wujudnya kunci pendua, kerana segalanya bermula dari ketua yang berjanji berakad untuk membahagiakan seisi keluarga.
Dah macam mana pula kalau suami sudah berusaha dan bersungguh-sungguh mencipta bahagia namun tidak dihargai setelah berusaha???
Jawapannya :
1. Sama ada suami itu belum cukup usaha dengan bersungguh-sungguh, ATAU
2. Isteri itu yang tidak dijodohkan untuk kekal bersama.
Jika jawapannya adalah 1, dan anda yakin masih belum cukup berusaha, maka teruskan usaha untuk kecapi nikmat bahagia.
Namun jika anda telahpun cukup berusaha maka jawapannya yang sesuai adalah 2, pilihlah untuk kekal atau melepaskannya.
Ads
Kerana berdasarkan sabda Nabi SAW., daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (Riwayat Abu Daud – 1692)
Dan di dalam Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (men-jadi kewajipan) ke atas seorang bapa itu (untuk menyediakan) rezeki untuk mereka (ibu-ibu) dan juga pakaian mereka dengan cara yang makruf. (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Umpama Mahar Dibayar Tunai
Persoalan taat dan nafkah, mana datang dulu?
Nafkah wajib diberi terlebih dahulu, disusuli taat seorang isteri. Umpamanya mahar perlu dibayar tunai terlebih dahulu sebelum mendatangi isteri itu.
Ayuh kita CIPTA BAHAGIA,
Jangan kita CIPTA DERITA,
Kerana yang membahagia pasti ke syurga,
Ads
Yang mencipta DERITA, kelak kau akan ke neraka sebagai PENDOSA.
Mingguan Wanita : Soal rezeki, jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Usahlah membandingkan pasangan kita dengan orang lain, berusahalah untuk menjadi suami atau isteri terbaik dengan cara tersendiri.
Pengorbanan seorang mak sewaktu melahirkan anak amatlah tidak ternilai. Berdepan dengan pelbagai risiko dan komplikasi lain sehingga nyawa yang menjadi taruhan. Tak dapat digambarkan dengan perasaan apabila terpisah dan tidak dapat langsung bertemu dengan anak sendiri selepas melahirkannya akibat masalah kesihatan yang dialami.
Akibat Komplikasi Beranak
Seorang ibu yang koma selama 138 hari akibat komplikasi semasa beranak hanya mampu mengalirkan air mata melihat anak lelaki sulungnya buat kali pertama semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Perasaan Norfadilla Che Par, 28, yang gembira bercampur sebak melihat bayinya, Muhamad Syahmi Mohd. Saiful yang dilahirkannya itu kini sudah hampir memasuki usia lima bulan.
Wanita itu koma selepas menjalani pembedahan untuk bersalin dan mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya turut berhenti selama 10 minit mengakibatkan oksigen tidak sampai ke otak. Bayi itu bagaimanapun selamat dilahirkan dengan berat 3.7 kilogram serta dalam keadaan sihat.
Menangis Teresak-Esak
Sepanjang dua jam pertemuan itu, Norfaidilla yang masih tidak mampu bercakap dilihat menangis teresak-esak sehingga mengeluarkan suara kerana terlalu gembira apabila anak yang dilahirkannya pada November lalu diletakkan di pangkuannya buat kali pertama.
Biarpun Norfaidilla tidak dapat bergerak, dia dilihat berusaha untuk mencium anak sulungnya itu sambil dibantu oleh suaminya Mohd Saiful Sudin, 30. Muhamad Syahmi yang pada mulanya tersenyum, turut menangis seolah-olah mengerti perasaan ibunya itu.
Beransur Pulih 80 Peratus
Mohd Saiful berkata, sebelum ini, dia sudah beberapa kali meminta kebenaran daripada pihak hospital untuk mengatur pertemuan itu, namun terpaksa ditangguhkan dengan mengambil kira keadaan isteri.
Katanya, bagaimanapun beberapa hari lalu, dia mendapat khabar gembira apabila doktor memberi kebenaran selepas isterinya beransur pulih 80 peratus.
“Pertemuan dibuat di luar wad untuk mengelakkan bayi kami terkena jangkitan di wad. Saya dan ahli keluarga lain turut sebak melihat isteri menangis teresak-esak apabila anak diletakkan di pangkuannya buat kali pertama.
“Selama tempoh dua jam itu, isteri menangis tidak berhenti-henti kerana sebelum ini saya hanya mampu menunjukkan gambar anak kepadanya sahaja.
“Semalam adalah kali pertama isteri dapat menyentuh anak selepas 138 hari koma di hospital,” katanya
Perkembangan Positif
Menurutnya, isterinya mula menunjukkan perkembangan positif sejak Januari lalu.
“Dua bulan selepas koma, doktor terpaksa membuat pembedahan memasukkan tiub di leher isteri untuk pernafasan dan selepas hampir dua minggu isteri mula memberi tindak balas.
“Apabila namanya dipanggil, dia sudah boleh memalingkan muka dan doktor pun maklum yang isteri sudah sedar daripada koma, namun masih memerlukan pemantauan rapi,” katanya.
Mohd Saiful berkata, dia bersyukur sejak berita mengenai penderitaan isterinya dipaparkan, ramai pihak tampil menghulurkan bantuan.
“Saya turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga selepas saya bercuti tanpa gaji untuk menjaga isteri.
“Terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan isteri, hanya tuhan yang dapat membalasnya,” katanya.
MW: Alhamdulillah, semoga kesihatan wanita ini kembali pulih dan segera sembuh seperti sedia kala serta dapat berada disamping anak dan keluarganya secepat mungkin.Buat para suami, hargailah pengorbanan isteri yang berkorban melahirkan anak sehingga nyawa menjadi taruhan.
Suami atau isteri perlu sedar akan status diri. Anda bukan bujang lagi, sudah ada tanggung jawab dan perlu menjaga keharmonian keluarga. Bagi lelaki pula, apabila sudah menjadi seorang suami adakalanya anda perlu menjadi sombong.
Lelaki Bila Sudah Jadi Suami Adakalanya Perlu Jadi Sombong
Pergaulan atau percampuran bebas antara lelaki dan wanita dapat memberi kesan di dalam sesebuah perhubungan, terutama sekali mereka yang sudah berumah tangga. Kerana itu wujudnya percakaran antara suami isteri sehinggakan ikatan perkahwinan berantakan.
Dalam masa yang sama, pasangan jangan terlalu ‘keras’ dalam menegur dan menasihati kerana ia boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah. Bukan dalam bentuk serius atau tegang.
Mungkin ada benarnya jika perempuan itu tidak melayan, pasti hubungan terlarang itu tidak terjadi. Jadi sebelum anda dilabel ‘pengacau’ rumah tangga orang, sila fikir dahulu perkara-perkara ini.
Tetapi andai suami tidak melayan, perkara sebegini takkan berlaku. Perkongsian saudara Firdaus Shakirin ada benarnya juga.
“Saya ‘sombong’ sebab saya ini suami orang…”
Bila sudah jadi suami orang, adakalanya perlu untuk kita jadi ‘sombong’…
Bukan sombong yang menjengkelkan, tapi sombong jenis yang tidak terlalu peramah, tidak terlalu baik dan tidak terlalu melayan wanita yang tidak mempunyai pertalian dengan kita…siapa? orang luar dari rumahtangga kita especially kaum hawa di tempat kerja dan di media sosial…
Sebab kita ini suami orang…
Perbuatan terlalu ramah, terlalu baik, terlalu melayan akan menimbulkan konflik dalam rumah tangga sendiri…
Dia datang mintak tolong tentang kerja, tolong hanya tentang kerja…dia nak suruh hantar dia balik rumah dia ke, nak suruh tolong beli barang kat dia ke, dia lapar tak makan lagi ke, takde orang teman dia shopping ke, dia takut tidur sorang-sorang ke, itu dah di luar bidang kerja kita dan kita tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu dia selagi dia masih bertangan, berkaki, celik, tak pekak, tak bisu dan tak gila…
Dia boleh buat sendiri bukan…
If dia ada masalah, suruh dia cari kaunselor or ustazah…kita nak dengar masalah dia? boleh, tapi jangan smpai rasa yang kita wajib kena selesaikan masalah dia, hanya kita saja yang boleh bantu dia dalam dunia ini…nak simpati pun boleh, nak rasa kesian pun boleh, tapi jangan sampai ada perasaan lain di sebalik simpati dan kesian itu…
Jangan menangguk di air keruh…
Bercakap bila perlu, melayan bila perlu, berhubung hanya bila perlu…jika tiada apa-apa kepentingan or keperluan, just take care of yourself and your family 1st before u take care about others…jaga pergaulan kita…
Peramah kita, kebaikan kita dan layanan kita hanya untuk isteri di rumah…always remember that because kita ini someone’s husband…
Saya langsung tak kisah orang kata saya “sombong” as long as saya tahu apa yang saya buat itu adalah untuk kebaikan rumah tangga sendiri…akhir kalam,
“I don’t live by people’s compliments or die by their criticism”?
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami isteri yang pakai baju sedondon memang nampak romantis, sehati dan sejiwa. Tak kiralah pakai sedondon baik pergi jalan-jalan, kenduri kahwin atau apa-apa majlis. Biasanya para isteri yang suka tetapkan tema warna dan pakai baju sedondon ni berbanding golongan suami. Berita baik, boleh teruskan rutin ini dalam rumahtangga kerana ia adalah salah satu tip suami isteri kekal bahagia.
Tips Kekal Bahagia
Ini dibuktikan oleh sepasang warga emas dari California, Amerika Syarikat (AS) yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-68 bulan depan, berkongsi tips rahsia mereka untuk kekal bahagia.
Francis dan Rosemary Klontz masing-masing berusia 87 tahun berpasangan sejak zaman sekolah menengah.
Menurut pasangan berkenaan, antara rahsia perkahwinan bahagia mereka ialah berpakaian sedondon sejak sebelum mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun.
“Ibu saya membelikan kami baju sedondon ketika zaman sekolah tinggi, saya yang memilih pakaian tersebut dan sejak itu kami berpakaian sama,” kata Rosemary kepada KOVR-TV.
Tak Kisah Isteri Sediakan Pakaian
Suami Rosemary, Francis pula berkata, dia tidak kisah isterinya menyediakan pakaiannya setiap hari.
“Dia menyediakan pakaian saya dan saya tidak perlu bimbang tentang apa-apa,” kata Francis.
Pasangan terbabit yang juga bekas pastor gereja berkata, agama turut memainkan peranan penting dalam perkahwinan mereka.
MW: Tak sangka suami isteri yang pakai baju sedondon juga antara tips untuk kekalkan keharmonian dan kebahagiaan dalam rumahtangga. Jadi buat pasangan suami isteri bolehlah amalkan selalu. Selain nampak romantis, ia sebenarnya menzahirkan kesepakatan, toleransi dan kepercayaan pada pasangan.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...