
Nabila Huda diserang slip disc, waspada kalau ada petanda ini! Aktres ini kini memerlukan bantuan orang lain bagi mengangkat barang berat kerana bimbang akan menambah lagi sakit tulang belakangnya.
Nabila Huda Diserang Slip Disc

“Sekarang kalau penat ketika penggambaran, saya akan duduk atau baring sekejap dan tak boleh buat kerja berat-berat sangat.
“Pergerakan pun perlu lebih perlahan, bangun tidur sudah tak boleh secara mengejut. Kena tarik nafas dulu, baring mengiring, baru bangun.
Pergerakan Jadi Perlahan

Sekarang kalua mahu bergerak, kena langkah demi langkah, sedangkan sebelum ini jenis buat semua benda cepat, bangun tidur terus nak masak dan turun tangga laju.
“Jadi, kalau nampak saya lambat lepas ini, maafkanlah dan fahamlah keadaan saya ini,” katanya.
Menurut ceritanya, sakit tulang belakang tersebut pernah dialaminya namun memilih untuk tidak mengambil serius sebelum ini kerana lebih fokus dengan kerjaya.
“Dahulu pernah ada kemalangan, ketika itu masih muda, dan tidak ambil serius walaupun doktor kata ada sesuatu yang tak kena.
“Kemudian ketika sibuk dengan teater Masmona, tiba-tiba pinggang sangat sakit selepas bangun tidur, berdiri pun kena kaku sekejap sebelum boleh berjalan.
“Sangat risau sebab saya nak buat persembahan dan memilih untuk terus pergi hospital menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnet (MRI) untuk tahu keadaan sebenar” katanya lagi.
Ujarnya, dia bakal menjalani rawatan fisioterapi pada minggu depan bagi memulihkan kecederaan tulang belakangnya.
“Selepas ini saya kena lebih berdisiplin sebab tak nak bangun tidur dalam keadaan sakit.
“Sekarang Alhamdulillah dah tak sakit macam sebelum ini sebab saya ada sapu krim dan doktor kata rawatan terbaik adalah dengan fisioterapi saja.
“Saya tak akan lakukan pembedahan sebab orang kata pembedahan ada risikonya. Doktor kata insya-Allah boleh sembuh dengan fisioterapi, cuma kena rajin,” ujarnya.
Sekitar Disember lalu, Nabila mula membuat pemeriksaan fizikal selepas diserang kesakitan pada bahagian pinggang apabila bangun daripada tidur.
Bukan Penyakit Orang Tua

Untuk pengetahuan, slip disc bukan penyakit orang tua. Sakit ini boleh berlaku pada usia 20-an, 30-an pada orang yang kerja lama duduk, angkat berat, pernah jatuh, pernah kemalangan kecil, atau bertahun-tahun tahan sakit belakang tanpa pemeriksaan.
Kadang-kadang kita nampak seseorang masih muda, masih kemas berpakaian tapi hakikatnya dia sedang menyembunyikan kesakitan yang orang lain tak nampak.
Menerusi perkongsian Public Health, lip disc boleh bermula senyap, bukan terus lumpuh. Bukan terus berkerusi roda. Ini antara tanda-tanda awal yang sering diabaikan:
• sakit belakang yang menjalar ke punggung atau kaki
• kebas atau semut-semut di paha, betis atau tapak kaki
• kaki cepat letih atau rasa lemah sebelah
• sakit bertambah bila duduk lama, bangun, batuk atau bersin
• rasa tak stabil bila berjalan
Jadi jika anda pernah melalui simptom di atas, boleh terus jumpa doktor untuk rawatan. Jangan dibiar sampai berlarutan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


