Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad mendedahkan bahawa beliau sedang membangunkan sebuah madrasah di atas tanah milik keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan dengan kos hampir mencecah RM500,000.

Nabil Ahmad Labur RM500k Ubah Suai Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Penuhi Hasrat Ibu

Projek berkenaan, menurut Nabil, menggunakan sepenuhnya sebidang tanah seluas kira-kira satu ekar setengah dan bakal menempatkan kemudahan seperti kediaman untuk ustaz dan pelajar, serta ruang pengajian untuk orang ramai.

“Tanah ini lebih kurang seluas satu ekar setengah dan saya akan guna sepenuhnya. Kos untuk membina madrasah termasuk penempatan ustaz, pelajar dan tempat orang datang mengaji sekitar RM500,000,” jelasnya.

Nabil Ahmad Labur RM500k Ubah Suai Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Penuhi Hasrat Ibu

Tambahnya, buat masa ini beliau membiayai sendiri kos pembinaan tersebut, namun terbuka menerima sumbangan daripada mana-mana pihak yang ingin menyokong usaha murni ini.

“Sekarang ini saya biayai sendiri tempat pembinaan itu tetapi insya-Allah nanti saya akan buka kepada sesiapa yang ingin turut serta (menyumbang).

Ads

“Apabila saya uar-uarkan saya mahu buka madrasah ramai yang mesej saya mahu turut serta,” katanya lagi.

Nabil yang juga pengacara program popular Gegar Vaganza berkongsi bahawa idea pembinaan madrasah ini tercetus atas permintaan ibunya, Rohaizah Abdul Latiff, yang kini menjalani rawatan dialisis dan mahu melakukan sesuatu sebagai bekalan akhirat.

“Ibu saya sering tanya mengenai madrasah sebab sekarang sudah lapan tahun dia menjalani rawatan dialisis.

Nabil Ahmad Labur RM500k Ubah Suai Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Penuhi Hasrat Ibu

Ads

“Dia juga risau sebab sudah tua jadi dia mahu buat bekalan untuk akhirat. Saya tengah cuba secepat mungkin untuk memulakan pembinaan madrasah ini.

“Impian saya kalau boleh mahu ibu lihat proses pembinaan sendiri. Jika umur dia panjang, saya nak dia tengok sampai madrasah itu didiami pelajar dan siap sepenuhnya,” ujarnya semasa ditemui dalam sidang akhbar The Chosen One Xtra X Jutawan Ekspress.

Terdahulu, Nabil pernah menyuarakan hasrat untuk menukar rumah pusaka keluarganya menjadi sebuah madrasah bagi tujuan pengajian dan penyebaran ilmu agama. Beliau turut mengimbas kenangan sewaktu membesar di rumah tersebut bersama ahli keluarga lain.

Sumber: Kosmo online TikTok Nabil Ahmad 

Ads

 

Baca artikel lain juga: “Jadi Suri Hati..” Nabil Ahmad Sanggup Bayar Gaji Isteri RM7k Sebulan, Minta Berhenti Kerja

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI