Bila musim raya, masih ramai yang terlepas pandang bab bersalam. Main hulur tangan tanpa ambil tahu tentang hukum bersalam dengan orang tetamu.
Kadang nak tegur pun tak sampai hati sebab yang menghulur pun bukan anak kecil. Mungkin salah sebabnya sangat rapat dengan orang itu dah sudah biasa!
“Nampak macam boleh, tapi sebenarnya TAK BOLEH!”
Haaa… itulah sedikit teguran daripada saudara Firdaus Shakirin yang kita patut renungkan dan betulkan balik mana yang silap.
Ads
Hari Raya nanti, bukan semua orang awak boleh salam. Awak boleh salam dengan orang yang mahram dengan awak sahaja dan tak boleh salam dengan orang yang BUKAN mahram dengan awak.
Mahram dan Bukan Mahram
Mahram ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram kita bernikah dengannya. Bukan Mahram pula ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi kita boleh bernikah dengannya.
Untuk lelaki, orang yang dia tak boleh salam ialah :
Adik dan kakak ipar perempuan, biras perempuan, semua sepupu perempuan, makcik-makcik yang kahwin dengan adik beradik belah bapa / mak, Makcik-makcik belah bapa dan mak mertua.
Ads
Untuk perempuan, orang yang dia tak boleh salam ialah :
Adik dan abang ipar lelaki, Biras Lelaki, semua sepupu lelaki, pakcik-pakcik yang kahwin dengan adik beradik belah bapa / mak, Pakcik-pakcik belah bapa dan mak mertua.
Hukum bersalaman dengan orang yang bukan mahram dengan kita ialah HARAM. Jadi, kita perlu tahu dengan siapa yang kita boleh salam dan dengan siapa yang kita TAK BOLEH salam.
Ads
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul dan bukan biasa-biasa kalau masih tak betul.
*Applicable for setiap hari, not Hari Raya sahaja.
Nota kaki :
Yang perempuan tu, bila balik kumpul ramai-ramai ni, hatta dalam rumah sekalipun, kena pakai tudung, baju lengan panjang dan tutup aurat daripada orang yang bukan mahram tengok.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita tak boleh pandang remeh tentang aurat. Andai tak malu pada diri sendiri pun, tolonglah malu kepada Pencipta di bulan yang mulia ini.
Dan sebelum melangkah keluar dari rumah, lihat lah diri di depan cermin seketika. Adakah pakaian itu cukup melegakan mata orang lain yang memandang?
Jangan kata cukuplah jaga kubur masing-masing, sebab ini teguran ‘manis’ untuk ke syurga bersama-sama. Nah, cuba baiki apa yang silap sebelum ini melalui perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini tentang aurat.
Wahai muslimat, andainya kehadiranmu ke masjid untuk solat tarawih berjemaah itu dengan memakai pakaian yang tidak patuh syariat, memakai kain tanpa ada seluar panjang di dalam, tanpa stokin, aurat kaki-lengan terdedah sewaktu melintas kawasan muslimin, kemudian apabila naik motor tersingkap kain menampakkan aurat betis hingga tersipu pak imam mengalihkan pandangan,
Maka sebenarnya, lebih afdal kalian bersolat di rumah kerana bimbang kebaikan dan pahala ibadah kalian ‘disapu bersih’ oleh kejahilan dan terlepas pandang kalian dalam hal yang wajib.
Menutup aurat, menjaga maruah diri kalian adalah hal wajib yang sangat berat. Jangan sekali ambil mudah.
Islam tak pernah menghalang keterlibatan wanita di tempat awam, tetapi wajib menjaga batasan, menutup segala pintu aib dan fitnah. Sekiranya kalian tidak mampu, eloklah duduk diam-diam di rumah.
Begitu juga dengan pergi ke tempat awam yang ramai muslimin seperti di bazar dan pasar Ramadan. Jika tak mampu menjaga aurat, menghindari wangian yang terlalu menusuk dan memelihara maruah sebaiknya tunggu sahajalah bapa atau suami pulang ke rumah, pesan sahajalah apa menu yang berkenan di hati kepada mereka.
Wanita, pesanan ini kerana sayang. Mungkin silap suami tidak tegur, bapa tidak tegur kerana malas hendak bertengkar dengan wanita-wanita mereka yang degil dan jahil.
Kita ini jangan cakap kita dah tua, dah beranak berderet maka, tiada siapa pandang. Maka, kita bermudah-mudah dengan hal menjaga aurat.
Tudung singkat, baju ketat, seluar menampakkan bentuk kaki, stokin tidak dipakai, yang hamil ke tempat awam dengan aurat bentuk perut terlalu menonjol. Astaghfirullah. Semua dosa ini dikhuatiri hanya akan menjadikan amalan puasa kita yang berpenat lelah itu sia-sia.
Wahai diri…
Sekiranya kita tak malu dengan manusia, malulah kepada Allah. Malulah kenapa dalam bulan mulia syaitan diikat pun kita masih tak mampu mentaati syariatNya?
Ya Allah, ampuni kejahilan dan kedegilan kami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berlaku curang dalam rumah tangga itu sebenarnya pilihan individu. Dia boleh saja tahan hati dari menjebakkan diri dalam cinta tiga segi. Boleh saja dari melayan emosi cinta selain isteri. Tapi akhirnya dia pilih curang.
Dan bila curang sudah terjadi.. dan diketahui. Itu memang silap besar. Kesannya bukan saja makan diri sendiri. Malah, orang yang kau pernah sayang, janji sehidup semati itu tercalar, tawar hatinya. Kalau pun masih setia.. cintanya bagaikan cermin yang pernah dihempas ke lantai. Walau disatukan, ia retak seribu.
Wahai isteri, setia itu ada batasnya. Ini yang dijelaskan BroOhsem, Akhtar Syamir. Kenapa kesetiaan isteri boleh jadi satu yang sia-sia. Lagi-lagi pada suami yang ketagih untuk curang.
Bila saya sering menulis mengenai kecurangan lelaki atau lebih tepatnya suami, ramai lelaki yang suruh saya adil dan tulis mengenai kecurangan isteri juga. Katanya sekarang kita di zaman lelaki dan wanita sama-sama naik. Katanya la..
Masalahnya, mana? Mana cerita yang isteri curang dengan lelaki lain? Kenapa jarang sekali kita dengar? Kenapa dari 100 kes yang kita dengar dan baca, mungkin 1 atau 2 sahaja pihak isteri yang menggatal? Yang 98 lagi tu takkan nak samakan dengan yang 1, 2 tu?
Adil itu bukan sama rata, adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan kali ini saya meletakkan penulisan saya pada tempat yang 98 tu.
Curang ini adalah satu ketagihan. Bukan mudah untuk berhenti. Dalam 100 orang, mungkin 1 orang yang berjaya insaf dengan serta merta. Dari 100, mungkin 50 orang yang berniat mahu insaf. Dari 50 itu pula, mungkin ramai lagi yang gagal berubah dan yang selebihnya memang tidak mahu berhenti dari curang. Mereka hanya berhenti seketika apabila perbuatannya diketahui sahaja. Jika tak tertangkap, pasti diteruskan lagi kecurangan itu.
Yang tidak mahu berubah ini memang ketagihan. Mereka rasakan satu nikmat keseronokan atau dalam English, “pleasure” dari perbuatannya. Ditambah dengan keseronokan apabila berjaya menyimpan rahsia dan tidak dihidu perbuatan itu dari pasangannya. Ia bagaikan satu permainan bagi mereka. Mereka dahagakan perasaan nafsu dicampur sedikit rasa bersalah itu. Perasaan seperti ini seperti memberi mereka kebanggaan dan rasa kejayaan.
Curang itu bukan kesilapan. Tolong berhenti menjadikannya alasan untuk curang. Curang itu satu pilihan yang dibuat di dalam sedar. Jika kamu kata ianya kesilapan, hanya orang yang tidak cerdik akan mempercayainya.
Dan kadang-kala ada isteri yang kurang cerdik. Saya bukan nak merendah-rendahkan orang sebegini. Kalau anda telah ditipu berkali-kali, anda sememangnya layak untuk berada di dalam situasi itu. Nak jaga hati siapa lagi kalau bukan diri sendiri?
Si suami tu dah ternyata tak memikirkan perasaan pasangannya dan sanggup menolak tepi semua kebaikan, kenangan, masa bersama dan harapan isterinya apabila dia mula curang. Masih nak jaga hati si pembelot perkahwinan itu?
Ada yang kata jika suaminya benar-benar insaf, mereka akan memaafkannya. Saya nak tanya, bagaimana agaknya perasaan mereka bangun pagi dan melihat muka orang disebelahnya yang pernah tidur dengan orang lain selain isterinya? Sayang sangat ke? Bangga sangat ke dengan kesetiaan yang sia-sia tu? Jika anda dapat memandang muka suami penipu sama seperti anda pandang dia semasa baru berkahwin dulu, memang dia untuk kamu dan kamu untuk dia. Sesuai sangat.
Berhenti berbangga dengan kesetiaan yang sia-sia. Anda telah ditipu berkali-kali dan penipu itu takkan berubah. Beranikan diri, anda tak patut dilayan sebegitu. Dapatkan pendapat orang di Jabatan Agama secepat mungkin. Si pencurang mengambil peluang di atas kesetiaan anda sebenarnya.
Rumusannya : 1. Orang yang curang, besar kemungkinan seorang yang ketagihan untuk curang berkali-kali. 2. Berhentilah kesetiaan yang sia-sia ini. Anda bakal ditipu lagi dan lagi.
Tiada kesudahan yang manis dari kecurangan. Ianya tawar dan pahit serta meninggalkan kesan yang bakal diingati sampai bila-bila.
Mula buka mata. Mula pasang telinga. Jika anda sayangkan keluarga anda, perlu kesan perkara ini dari awal dan perlu elakkannya.
Kepada yang kata suami curang disebabkan isteri adalah satu alasan sampah. Isteri mungkin boleh jadi punca kepada ketidakbahagiaan, tetapi bukan punca untuk kecurangan. Punca curang terhasil dari pilihan sendiri. Bukan orang lain.
Semoga ramai yang terjaga dari tidur yang lena. Sila SHARE peringatan ini dengan orang lain supaya lebih ramai yang akan celik matanya.
Adakah curang itu satu kesilapan atau pilihan? Kongsikan pendapat anda di komen.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa di Supergroup Telegram BroOhsem Fans : http://t.me/broohsemfans
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Iya, mak ayah kita tak pernah minta pun huluran duit dari anak-anaknya. Sebab dia pun tahu, anak-anak ada komitmen lain yang banyak. Keluarga, hutang dan sebagainya.
Bila mak ayah bahagia hatinya, mereka mendoakan. Doa itulah jadi keberkatan rezeki anak-anak makin berganda. Perkongsian sedekah untuk mak ayah, catatan Farrawati Sabli begitu menjentik emosi.
Cukup dekat untuk mengingatkan kita, agar jangan bernanti-nanti dalam membuat amal kebaikan dekat orang tua sendiri mahupun siapa saja.
Saya masuk ke bank di Tuaran, ada seorang makcik menegur saya.
“Boleh tolong cek, manatau masuk sudah duit saya.”
“Oo, boleh makcik.”
Tiba giliran, selesaikan dulu urusan saya, baru bantu makcik tu.
Beliau hulurkan kad ATM beserta IC.
Bila dicek.
“Baki duit RM18 makcik.”
“Oh, belum masuk lagi.” Kami keluar bersama-sama dari bank itu. Walau hampa, beliau masih tersenyum.
“Makcik dari mana?”
“Dari Kg Kindu.”
“Sekarang makcik mahu ke mana?”
“Balik ke kampung, saya turun Tuaran cek duit saja, ingatkan anak saya sudah kasi masuk.”
“Anak makcik di mana?”
“Kerja di Sandakan. Barangkali dia belum gaji lagi.”
Allahuakbar, mungkin juga makcik turun ke Tuaran mahu beli barang-barang rumah, untuk keperluan berbuka puasa. Tetapi hampa kerana duitnya belum masuk lagi.
Pertemuan singkat dengan makcik ini memberi peringatan pada saya, jangan bertangguh memberi pada ayah ibu. Adakala mereka tidak pernah meminta, namun mereka tetap menunggu. Kudrat mereka untuk bekerja semakin berkurangan dari hari ke hari.
Kita bersangka baik, sudah pasti anaknya juga tengah berusaha keras menafkahkan ibunya yang tersayang.
Semoga dipermudahkan urusan makcik ini dan dimurahkan rezeki anaknya mencari rezeki diperantauan.
Terima kasih Ya Allah, beri peluang sedekah buat makcik yang memerlukan ini.
Avatar The Last Airbender jadi perhatian selepas klip filem baharu bocor di media sosial. Seorang lelaki ditahan kerana didakwa akses server secara haram.