Ubi Bit mungkin bukan sayuran berubi kegemaran rakyat Malaysia. Walau begitu, sayuran berubi yang dikenali dengan nama saintifiknya Beta vulgaris ini banyak dikaitkan dengan pelbagai kebaikan untuk kesihatan.

Dikatakan ubi bit penuh dengan zat yang diperlukan tubuh seperti serat, folat (vitamin B9), mangan, potassium, besi dan vitamin C. Kebanyakan kebaikan ubi bit ini berikutan dengan kandungan nitrat tak organik yang tinggi.

Jika anda ingin makan ubi bit, ketahuilah banyak kebaikannya untuk kesihatan.

Mungkin Kita Tidak Suka Ubi Bit, Tapi Banyak Kebaikannya Untuk Kesihatan

Rendahkan Risiko Penyakit Jantung

Dikatakan dengan memakan sayuran dan buah-buahan kaya dengan nitrat tak organik mampu merendahkan risiko penyakit jantung melalui cara merendahkan tekanan darah dan meningkatkan pembentukan nitrik oksida.

Penyelidik telah mendapati mereka yang minum 8 auns jus ubi bit setiap hari mampu merendahkan sistolik dan diastolik tekanan darah. Nitrat, sebatian dalam jus ubi bit mampu mengubah asid nitrik dalam darah dan membantu melebar dan menenangkan saluran darah.

Meningkatkan Keupayaan Untuk Bersenam

Pelbagai kajian dikatakan telah menunjukkan nitrat mampu menambah prestasi fizikal terutamanya semasa senaman ketahanan tinggi. Dikatakan nitrat pemakanan telah menunjukkan ia mampu mengurangkan oksigen semasa senaman fizikal melalui memberi kesan pada kecekapan mitochondria, sel-sel organ yang bertanggungjawab dalam menghasilkan tenaga.

IKLAN

Membantu Dalam Proses Penyahtoksin

Jus ubi bit dikatakan bagus untuk membantu hati jika ia sarat dengan toksin berikutan dengan gaya hidup tidak sihat. Ubi bit dikatakan mampu membantu dalam proses penyahtoksin kerana ia mengandungi betaine, sejenis bahan yang mampu mencegah atau mengurangkan pengumpulan lemak dalam hati. Betaine  juga mampu membantu melindungi hati daripada toksin.

Tinggi Zat Besi

Ubi bit berwarna merah ini sering dikaitkan dengan warna darah. Dikatakan kandungan zat besi ubi bit cukup tinggi sehingga membuatkan buah ini amat sesuai dimakan untuk mengaktifkan kembali dan meregenerasi sel darah merah .

Tiada Lagi Masalah Sembelit

Ubi bit kaya dengan kandungan serat dan dikatakan satu cawan ubi bit yang telah dipotong mengandungi lebih kurang 3.8 gram serat. Serat berfungsi untuk membantu makanan bergerak melalui usus pencernaan. Bagi mereka yang selalu mengalami masalah sembelit atau susah buang air besar bolehlah makan ubi bit.

IKLAN

Baik Untuk Wanita Hamil

Ubi bit kaya dengan asid folid dan sesuai sangat bagi ibu hamil masukkan sayuran berubi ini dalam pemakanan mereka. Asid folik dikatakan mampu mencegah kecacatan saluran saraf pada bayi.

Kurangkan Risiko Masalah Mata

Dikatakan ubi bit sumber terbaik karotenoid yang boleh mengurangkan risiko pembentukan katarak. Ia juga dikatakan mampu mencegah kemerosotan makular berkaitan usia.

Merangsang Kekuatan Tulang Dan Gigi

IKLAN

Ubi bit kaya kalsium. Kita tahu tulang dan gigi mustahil untuk jadi kuat tanpa mineral ini.

Kulit Lebih Sihat

Pengambilan ubi bit juga dikatakan baik untuk kulit kerana ia dikatakan mampu mencegah kanser kulit. Ubi bit mengandungi vitamin A yang  mampu mengekalkan kesihatan membrane mucus dan memperbaik kesihatan kulit.

Berapa Banyak Boleh Diambil Setiap Hari?

Walaupun tidak terdapat dos yang spesifik,  dos ubi bit biasanya diambil berdasarkan kandungan nitrat. Kandungan ideal nitrat adalah antara 6.4 hingga 12.8 mg bagi setiap 1 kg ubi bit.

Namun begitu tidak ada cara spesifik untuk menunjukkan jumlah ubi bit yang boleh membahayakan kesihatan. Ringkasnya satu cawan ubi bit iaitu kira-kira 136 gram sudah cukup setiap hari.

Bagi jus ubi bit pula, kita boleh minum lebih kurang 200 hingga 250 ml setiap hari.

Awas!

Air kencing dan najis anda boleh berubah kepada warna merah atau merah jambu selepas memakan ubi bit. Keadaan ini dikenali sebagai beeturia, tidak berbahaya. Tetapi ia boleh memberi kejutan yang tidak disangkakan.

Info daripada pelbagai sumber di laman web 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI