Mula Mengaji Pada Usia 3 Tahun, Rahsia Adik Zinnirah Khatam Hafazan 30 Juzuk Di Usia 10 Tahun

Share

Mula mengaji pada usia 3 tahun, rahsia adik Zinnirah khatam hafazan 30 juzuk pada  usia 10 tahun. Usianya masih muda, baru 12 tahun. Namun ada sesuatu yang istimewa pada pelajar darjah 6 ini.

Ini kerana pada usianya 10 tahun 11 bulan, adik Zinnirah Abu Dzar sudah pun menghafal 30 juzuk Al-Quran.  Perkongsian menarik mengenai diri adik Zinniriah dikongsikan di fb Jabatan Agama Islam Malaysia (JAWI) sempena Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Wilya Persekutuan yang diadakan baru ini.

Mula Mengaji Pada Usia 3 Tahun

Adik Zinnirah Abu Dzar sudah pun menghafal 30 juzuk Al-Quran. Dirinya memasuki pertandingan Tilawah & Hafazan anjuran JAWI pada usia 12 tahun.

Sebagai peserta hafazan yang agak muda, berusia 12 tahun, adik Zinnirah murid darjah 6 Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin, sudah mula menghafaz Al-Quran pada usia 3 tahun secara  talaqqi bersama ibu dan ayahnya.

Rahsia Adik Zinnirah Khatam Hafazan 30 Juzuk Di Usia 10 Tahun

Dan, Masya-Allah, adik Zinnirah sudah khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada usia 10 tahun 11 bulan.

Ini kali pertama dia menyertai Majlis Hafazan Peringkat Negeri. Kami tanya apa rahsia mengekalkan hafazan? Katanya rutin menghafaz setengah muka Al-Quran setiap hari di rumah.

Bersama kedua ibu bapa dan adik-adiknya

Dalam pada itu, bapanya, Abu Dzar yang juga mudir di Tahfiz Darul Haafizhiin Al-Furqan sempat menitipkan nasihat buat ibu bapa.

Katanya, “anak-anak  sangat mudah menghafaz sebab akalnya masih suci bersih. Kalau kita tak galakkan anak-anak menghafaz Al-Quran, mungkin mereka akan hafal perkara lain yang kurang baik. Lebih-lebih lagi dengan persekitaran mencabar hari ini. Jadi tanamkan Al-Quran dalam jiwa anak sedari kecil, insya Allah mereka lebih mudah menghafalnya, katanya yang menitipkan sedikit pesanan buat semua.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Hukum Membahagikan Bacaan Juzuk Al-Quran Secara Berkumpulan, Adakah Kita Dikira Khatam Quran?

Lelaki Kongsi Pengalaman Hati Gementar Jumpa Ulama Sohor Pak Su Mid

Ini Doa Diajarkan Rasulullah Agar Kita Mudah Hafal Al-Quran, Baca Tak Merangkak-Rangkak

Fouziah Gous Kongsi Tip Dua Kali Khatam Al-Quran Sepanjang Ramadan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!

 

 

IKLAN