Muhammad minta pulang sambut aidilfitri di Kedah. Pagi tadi pasangan suami isteri Diana Danielle dan Farid Kamil telah hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam berhubung sebutan kes hadanah iaitu hak penjagaan dua cahaya matanya, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Untuk rekod, Diana telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu. Pelakon wanita itu memaklumkan tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Namun Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Dek kerana itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Beberapa hari sebelum melantik JKP, pada 24 Mac. Diana memperoleh hadanah interim atau hak penjagaan sementara dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Muhammad Minta Pulang Sambut Aidilfitri Di Kedah

Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro Diana yang tidak mahu mengulas lanjut menerangkan dia mahukan keadilan buat anak-anaknya.

“Ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu keadilan untuk anak-anak. Selanjutnya, boleh tanya peguam saya.

“Alhamdulillah, sebutan hari ini berjalan dengan baik. Saya tidaklah mahu bercakap secara terperinci, cuma mendoakan yang terbaik. Dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian,” luahnya.

Pada masa yang sama Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Diana menerangkan hak penjagaan sementara diberikan kepada Diana dilanjutkan sehingga 30 Mei depan.

IKLAN

“Kedua-dua peguam sudah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan melalui mahkamah semua isu berkaitan mereka. Nampaknya ada harapan sebab pihak sebelah lagi memberi kemahuan untuk berbincang.

“Jadi, kami ada proses sulh pada 11 April depan, tetapi sebelum itu, insya-Allah kami akan berbincang. Kami akan rekod jika ada persetujuan. Selepas itu, kami teruskan untuk membubarkan perkahwinan di Mahkamah Petaling Jaya.

“Sekarang ini hak penjagaan interim masih lagi di bawah Diana. Hakim sudah memberikan lanjutan hak penjagaan hingga 30 Mei depan.

“Kalau ada persetujuan lebih awal, kami akan memohon kepada mahkamah supaya boleh merekod dan membubarkan perkahwinan dengan segera,” kongsinya.

Akan Pertimbangkan Permintaan Muhammad

Berbicara lanjut mengenai permintaan anak sulung pasangan itu, Muhammad untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman Farid di Kedah, peguam tersebut menerangkan pihaknya akan berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskannya.

IKLAN

“Kami sedang berbincang dengan peguam Farid dan akan mempertimbangkan semua ini. Kami akan membuat persetujuan setakat mana yang boleh seperti hak lawatan dan membawa ke Kedah, kemudiannya akan membuat perjanjian untuk perkara berkenaan,” ungkapnya.

Muhammad Minta Pulang Sambut Aidilfitri Di Kedah, Diana Dapat Hak Penjagaan Sementara Sehingga 30 Mei Muhammad Minta Pulang Sambut Aidilfitri Di Kedah, Diana Dapat Hak Penjagaan Sementara Sehingga 30 Mei

Muhammad Minta Pulang Sambut Aidilfitri Di Kedah, Diana Dapat Hak Penjagaan Sementara Sehingga 30 Mei

Baca Disini : Farid Kamil Cuba Curi Hati “Bunga Ini Nak Beri Kepada Diana Danielle Sebagai Tanda Pendamaian Pertama”

IKLAN

 Sumber : Berita Harian / Harian Metro 

Sumber Foto : Instagram Diana Danielle

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI