Dijemput berbuka untuk dirai, anak yatim akhirnya makan di R&R. Tempat penuh hanya untuk tetamu. Tak terbayang akal bila mana anak-anak yatim yang sudah berharap dapat berbuka dengan makanan yang enak akhirnya terpaksa makan di kawasan Rawat & Rehat sahaja berikutan kerusi dan meja tidak diperuntukkan untuk mereka.

Untuk apa sekadar menjemput adanya kehadiran anak-anak yatim di bulan Ramadan yang mulia tetapi akhirnya melebih-lebihkan tetamu dari anak yatim yang dirai.

Allah sendiri menyuruh kita berbuat kebaikan dan memuliakan  anak yatim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah ayat 220).

Dijemput Berbuka Untuk Dirai, Anak Yatim Akhirnya Makan Di R&R

Satu perkongsian di fb Raja Annuar Adnan pasti membuat kita tersentuh hati. Dirinya  terserempak dengan sekumpulan anak yatim sedang berbuka di R&R. Menyedihkan kata penyelia mereka, anak-anak ini berusia di antara 7-17 tahun menerima jemputan berbuka tapi akhirnya tiada tempat duduk untuk mereka dan diberikan seorang sebungkus makanan sahaja kerana tempat penuh dengan tetamu. Akhirnya mereka terpaksa berbuka di tepi highway saja untuk mengalas perut.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI: Faham Betul-Betul Ilmu Faraid, Jangan Sampai Aniaya Waris Yang Layak

Gadis Penghantar Makanan DiSamun, Tangan Kanan Tidak Dapat Diselamatkan Terpaksa Dipotong

12 Tahun Diseksa Suami Kaki Judi, Isteri Bertahan Kenang Mentua Terlalu Baik

Ayah BARU Hanya Mahukan Ibunya, Kini Anak Bijak Menumpang Kasih Di Rumah Kebajikan

IKLAN

Ini perkongsiannya :-

Sedih nak cerita. Benda berlaku selepas waktu berbuka tadi, ketika aku berbuka di RnR highway.

Lepas berbuka aku lepak kejap. Dalam jam 8 malam aku nampak ada sekumpulan anak-anak yatim dalam 30-40 orang bersama 2-3 penyelia mereka. Anak-anak yatim tu dalam lingkungan 7-15 tahun. Aku tau sebab aku tanya salah seorang penyelianya.

Mereka duduk dengan masing-masing membuka dan menjamah sebungkus makanan, seketul daging berkuah kari. Kuat suara mereka berdoa sebelum makan. Tapi aku tengok tiada minuman buat mereka.

Aku tanya penyelia tu, “Dari mana?”

Jawab penyelia, “Tadi ke jemputan majlis berbuka, mereka beri bungkusan makanan”.

IKLAN

Aku tanya, “Kenapa tak makan di majlis tu?”

Jawabnya, “Tak ada ruang untuk anak-anak ni, tempat hanya untuk tetamu mereka”.

Tempat Penuh Hanya Untuk Tetamu

Bila aku kira dalam 40 orang kos belanja air lebih kurang RM100, aku tawarkan untuk belanja mereka air. Penyelia tu kata air dah order tapi belum bayar.

Aku ke kaunter untuk bayar. Budak counter air tu kata dah ada orang lain bayar. Alhamdulillah, ada juga yang pemurah.

Kesimpulannya, aku harap janganlah kita menganiaya anak-anak yatim. Kasihanilah mereka.

Saya yakin mereka yang semuanya sudah berpakaian baju Melayu seragam warnanya pasti teruja kerana menjangkakan akan diraikan di majlis itu.

IKLAN

Maklumlah bukan selalu dapat peluang keluar dan disajikan makanan yang enak sikit. Bukan untuk pergi ambil bungkusan dan balik.

Pihak pengurusan anak yatim sudah bersusah payah membawa mereka, mengurus dan membayar kos pengangkutan. Setiap sen yang dibelanjakan besar bagi mereka.

Bagaimana dengan perasaan mereka. Pasti kecewa dan rasa terhina. Pasti mereka rasa dipergunakan kerana kononnya majlis tersebut menyantuni anak-anak yatim, sebaliknya melayani anak-anak syurga ini seperti insan buangan.

Bersabarlah anak-anak syurga ku sayang.

Mingguan Wanita : Kadang-kadang pengorbanan isteri langsung tak dihargai oleh suami. Mungkin inilah jalan terbaik untuk cari kebahagiaan lain.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI