Mudah Sangat Buat Roti Bakar Ala Kopitiam, Guna Pemanggang Ajaib Saja!

Share

Roti bakar, sedapnya kalau makan masa panas-panas. Nak-nak bila diletakkan mentega atau jem. Tapi, kadang-kadang ikut mood juga bila nak bakar roti ni. Paling mudah letak jem terus.

Ada masa time roti bakar atau biasa ‘tak laku’ boleh expired ia pose cantik kat dapur itu. Nak buang sayang, jadi mak-mak buatlah puding roti daripada selamat ke dalam tong sampah. Membazir pula.

Kali ini, Rain Fizrain berkongsi roti bakar ala kopitiam. Maklumlah sekarang ini asyik duduk rumah, teringin pula nak makan roti ala kopitiam.

Tak payah fikir nak bakar dalam oven, guna saja pemanggang ajaib yang biasanya mesti ada dalam setiap rumah mak-mak. Ini pun dah menjadi roti bakar ala kopitiam.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mudahnya Tanam Taugeh, Siram 2 Kali Sehari, Hasilnya Gemuk Macam Beli Di Kedai

Resipi Kek Pisang Sesedap Rasa, Tak Muak, Guna Blender Saja, Mudah Dan Senang!

Info Menarik Lain DI SINI

Roti Bakar Versi Inovasi Pemanggang Ajaib

“Roti bakar ala kopitiam versi diubahsuai guna pemanggang ajaib sebab kat rumah tak ada oven. Lepas ini, mesti tak sempat nak expired roti kat rumah. Cara nak buat pun senang sangat. Bila bagi jiran, dia minta buatkan lagi, sedap katanya!”

Cara Membuat:
1. Boleh guna mana-mana roti pun, tapi lagi sedap roti gardenia.

2. Jangan lupa, buangkan bahagian kerak tepi roti itu.

3. Kemudian, sapukan kaya pada kedua belah roti. Saya guna kaya brand yoes sebab sedap dan tak berketul. Brand lain pun boleh.

4. Lepas itu, hiris butter. Pastikan butter itu keras yang disimpan di dalam peti ais.

5. Letakkan hirisan itu pada kedua-dua belah.

6. Bolehlah bakar dalam pemanggang ajaib atau kuali nonstick. Kalau nak guna oven pun boleh dengan suhu 180’ selsius.

7. Dah siap. Nak garing atau tidak, ikut selera masing-masing. Masa panas, abutter dia meleleh, memang mantap!

Mingguan Wanita : nanti boleh buat kat rumah untuk sarapan atau minum petang pun best.

Sumber: Rain Fizrain

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN